BAB 18

Romance Completed 7512

Dengan perlahan Aisyah mengesat air mata yang mengalir dari tubir mata suaminya yang kuyu itu. Ya Allah kuatkanlah hati suamiku ini. Padamkanlah kenangan yang memeritkan yang pernah dilaluinya selama ini. Abang saya berjanji saya akan membuat abang bahagia selepas ini. Aisyah menemani Ilham yang masih menitiskan air mata disamping rintihan yang memilukan hati Aisyah. Igauan Ilham berlanjutan sehingga azan subuh berkumandang. Ketika azan subuh berkumandang Aisyah sengaja menutup matanya kerana dia percaya sekejap lagi pasti suaminya itu tersedar dari tidurnya. Aisyah tidak mahu suaminya mengetahui Aisyah berjaga sepanjang malam untuk mengelap air mata Ilham.

‘Ya Allah cantiknya isteriku ini walaupun sedang tidur. Terima kasih Ya Allah. Kenapa mataku tidak berair hari ini. Kenapa mataku tidak lebam hari ini?’ tanya Ilham dalam hatinya.

“Sayang bangun… Jom kita solat subuh berjemaah…” kejut Ilham dengan lembut. Aisyah lantas membuka matanya. “Assalamualaikum abang. Sekejap eh saya pergi mandi dulu. Abang tunggu sekejap tau,” ujar Aisyah ketika matanya melihat Ilham sudah siap berpakaian solat. Ilham telah mengimami solat Subuh mereka pada pagi itu.

“Wah selamat pagi pengantin baru… Mari bersarapan. “ tegur ummi Aisyah, yakni Hajah Siti Umairah. “Ummi, ayah mana?” tanya Aisyah. “Ayah kau biasalah pagi-pagi ni sebelum bersarapan dia pergi bagi makan kambing lah, lembulah, ayamlah… Makan Am. Jangan malu-malu.”

“Adik-adik mana ummi?” tanya Aisyah lagi sambil mengisikan nasi goreng ke dalam pinggan suaminya itu. Dia juga menuangkan air ke dalam cawan suaminya itu. “Adik-adik biasalah hari cuti macam ni lepas subuh, mereka sambung tidur. Ha Am bila kamu hendak mula mengajar semula?” tanya ummi ramah.

“Hmm saya dapat cuti dua minggu Ummi.” Beritahu Ilham. “Jadi lama lagilah kamu di kampung ni Am. Hmm baguslah boleh bantu ayah,” ujar Haji Abdul Khalid yang baru pulang. “Ayah jom makan sekali,” ajak Ilham sopan. “Aisyah pergi kejut adik-adik, ajak mereka sarapan sama.” “Baik ayah.”

Tidak lama kemudian keadaan di dapur itu menjadi riuh dengan telatah adik-beradik Aisyah yang berjumlah 6 orang semuanya. Aisyah adalah anak sulung. Aisyah mempunyai dua orang adik perempuan dan tiga orang adik lelaki.

“Abang Yong nak duk tas angku leh ak,” ujar adik iparnya yang paling bongsu, iaitu Mohammad Ammar Danish. Ilham yang sememangnya menyayangi kanak-kanak lantas mendukung adiknya yang comel itu ke atas pangkuannya lalu Aisyah pula menyuap nasi goreng ke mulut adiknya yang baru berusia 4 tahun itu. “alah comelnya Abang Long dengan Kak Long ni.

Macam Abang Long sedang pangku anak manakala Kak Long pula menyuapkannya. Sweetnya…” usik Muhammad Faizul Hambali yang lebih dikenali sebagai Ijul oleh ahli keluarganya. “Alah Abang Ijul tu jelause lah tu. Tak pe nanti abang ijul pulak kahwin k.” Usik Hawa yang merupakan anak yang ketiga. Siti Hawa kini sebaya dengan adik kembarnya yang kini sedang berada di tingkatan lima manakala Faizul pula kini berusia 19 tahun yang kini sedang menuntut di tingkatan 6.

“Ayah, ummi bosanlah cuti-cuti sekolah ni kalau duduk rumah je. Jomlah pergi jalan-jalan.”ujar Muhammad Daniel Iskandar yang baru berumur 14 tahun. “Anis setuju dengan cadangan abang Is. Jomlah ayah, ummi. Hehehhehe,” pujuk Siti Aniss Zahrah pula yang baru berusia 10 tahun.

“Jomlah abang. Kesian budak-budak ni. Am pun cuti ada lagi 2 minggu. Kita ajak besan kita sekali baru seronok pergi melancong ramai-ramai.

Lagipun sudah lama kita tidak bercuti dan melawat tempat orang,” pujuk ummi pula menyetujui usulan anak-anaknya itu. “Macam mana Am, Aisyah kamu setuju ke?” tanya Haji Abdul Khalid sambil memandang wajah menantunya itu.

“Saya ikut saja ayah. Lagipun mesti seronok dapat jalan ramai-ramai,” ujar Ilham lalu menundukkan wajah menyembunyikan kesedihanya melihat kemeriahan keluarga mertuanya itu. ‘Mama, Papa, kenapa kalian tidak layan kami seperti ayah dan ummi layan anak-anaknya.’ Aisyah seakan mengerti apa yang sedang difikirkan oleh suami kesayangannya itu lantas tanpa diperasan oleh ahli keluarganya dia mencapai tangan suaminya di bawah meja lalu menggenggamnya seolah-olah memberitahu pada suaminya itu bahawa dia memahami perasaan Ilham.

“Baiklah, kita makan dulu. Lepas itu kita berkemas. Am kamu telefon Mak Munah dan Pak Majid. Kamu ajak mereka pergi sekali. Kata ayah yang ajak pergi bercuti satu keluarga. Kita akan ke Cameron Highlands esok. Setuju?” ujar Abdul Khalid. “Yey……” semua adik-adik Aisyah bersorak riang. “Okey Am, selepas itu kamu ikut ayah. Kita pergi sewa bas dan buat tempahan untuk tempat penginapan kita di sana. Aisyah pula tolong ibu apa yang patut.”

……………………

“Wah cantiknya pemandangan di sini abang. Sesungguhnya ciptaan tuhan itu amatlah indah,” ucap Aisyah ketika dia bersama dengan Ilham di dalam bilik penginapan di Kundasang, Sabah.

“SubhanaAllah, benar sayang. Ia bertambah cantik apabila abang berpeluanag melihatnya disamping isteri abang yang cantik ini,” ujar Tengku Ilham pula sambil memeluk bahu Aisyah. “Terima kasih sayang. Abang rasa sangat bahagia. Sayang dan keluarga sayang adalah sesuatu yang sangat istimewa yang Allah kurniakan kepada abang.”

Terima kasih Ya Allah kerana Kau telah menyebabkan mendung berlalu pergi. Mama, Papa, Am sekarang ni pun telah mendapat kebahagiaan yang Ilham inginkan. Berbahagialah Mama dan Papa disamping keluarga yang kalian bina. Doakan juga Am dan adik-adik mendapat mentari yang indah yang akan sentiasa menyinari hidup kami. Pergilah engkau wahai mendung yang sentiasa menyelubungi hatiku selama ini. Biarlah mentari indah terus bersinar dalam hidupku, juga dalam hidup adik-adikku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience