BAB 13

Romance Completed 7512

Assalamualaikum………..

Bismillahirrahmanirrahim,

Buat Saudara Ilham,

Disaat saudara membaca surat saya ini mungkin saya tidak lagi berada di Kuala Lumpur. Apa boleh buat saudara, keluarga diutamakan. Saudara, pertamanya, saya ingin mengitipkan ucapan Salam sayang saya kepada adik-adik saudara yang sangat comel. Saudara mahu tahu di saat pertama kali saya melihat keceriaan adik-adik saudara ingatan terarah kepada adik-adik saya di kampong. Jika diberi kesempatan oleh Allah ingin sekali saya kenalkan adik-adik saudara kepada keluarga saya. Insya Allah.

Saudara Ilham,

Mungkin saudara berasa pelik kenapa saya memberi pesanan supaya saudara bersabar yang disampaikan melalui sahabat saya, Anita. Sebenarnya saudara, sahari sebelum saya akan pulang ke kampung saya ingat saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Amal dan Nani. Lalu pagi-pagi lagi saya telah ke rumah saudara Ilham untuk saya berjumpa dan membawa mereka bersiar-siar sebelum saya pulang. Tetapi setibanya saya di hadapan pintu pagar rumah saudara saya terdengar pertelingkahan di antara ibu bapa saudara.

Oleh itu, saya pun mengetahui serba sedikit masalah keluarga saudara. Maafkan saya. Bukan niat saya untuk mencampuri urusan keluarga saudara tapi Allah tiba-tiba menggerakkan hati saya untuk kesana dan memahami perasaan saudara.

Saya hanya mampu mendoakan kekuatan dan ketabahan diri saudara kerana saya percaya saudara juga ingin kuat untuk Amal dan Nani. Saudara Allah menguji diri kita mengikut kemampuan hambanya. Percayalah pasti ada hikmah disebalik segala kejadian yang berlaku. La tahzan ya akhi. Innaallaha ma’ana. Percayalah Allah sentiasa di sisi kita untuk menyapu air mata kesedihan kita. Berdoalah saudara untuk dibukakan hati kedua ibu bapa saudara untuk menyayangi kalian. Saudara, saya akan sentiasa berdoa untuk saudara dari jauh…Tabahlah saudara demi Amal dan Nani. Sekian,

Ikhlas dari insan yang memahami,

SITI AISYAH KHADIJAH

Terima kasih Siti Aisyah Khadijah. Terima kasih Ya Allah. Amal, Nani jangan bimbang abang ada untuk kalian berdua. Kita akan mulakan hidup baru, dik. Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta berhenti dihadapan rumah mereka. Ilham lantas menuju ke tingkap biliknya yang mengadap jalan raya. Kelihatan seorang lelaki mat salleh keluar dari kereta itu. Tidak lama kemudian kelibat Tengku Nadhirah menuju ke arah lelaki tersebut bersama beg-beg pakaiannya. Mereka pun pergi setelah selesai mengisikan beg-beg itu ke dalam kereta.

Mama, selamat berbahagia. Sampai hati Mama, tidak menoleh ke arah rumah ni walau sekali. Tidak mengapa Mama, Am tetap berdoa Mama berbahagia selamanya. Ya Allah sunyinya rumah ini sesunyi hatiku, sunyinya hati ini seperti kesunyian di waktu malam di bumimu Ya Allah. Ya Allah terangkan hati ini seperti engkau menerangi bumiMu di siang hari. Amin….

“Am, mari minum petang, nak. Apa yang dimenungkan tu?” tegur Mak Munah. Tengku Ilham tersedar dari lamunannya. Keindahan petang di Kampung Padang Besar itu amat menenangkan. Terlupa dia sebentar kepada kenangan lalu yang memeritkan.

“Am, marilah minum dengan Bapak. Mak kamu masak special petang ni. Cekodok pisang ni. Marilah, nanti dah sejuk tidak sedap lagi,” ajak Pak Majid pula.. “Baiklah Bapak,” sahut Ilham.

“Wah, rajinnya Mak ni! Untung Bapak beristerikan Mak,” usik Ilham. “Betul tu Am. Alah kamu tu pun Am boleh dapat isteri macam Mak kamu ni tapi kamu tu saja belum juga beristeri. Bukannya tiada yang tak nak kat kamu, kamu je yang tak nak kat mereka.

Kenapa Am? Masa bapak dulu umur macam kamu ni dah ada anak ramai tau. Ha sekarang ni ramai dah cucu kami. Nak tunggu cucu dari kamu pula. Entah sempat ke tidak Bapak dengan Mak bermain dengan anak kamu, Am,” ujar Pak Majid sedih.

“Alah abangnya, biarlah mungkin Am nak tunggu bidadari dari langit turun agaknya. Am, hari ini Nani dengan Amal balikkan? Rindunya Mak dekat mereka. Sudah 3 bulan mereka tidak balik,” kata Mak Munah pula.

“Ya Mak. Mereka balik hari ni. Am nak jemput di stesen bas tapi mereka tidak benarkan. Kata mereka, mereka bawa kawan pulang bersama. Kata mereka, dulu mereka sudah pergi melawat keluarga kawan mereka tu. Kini giliran kawan mereka itu pula datang ke rumah kita. Macam-macam budak-budak ni, Mak. Kita tunggu sajalah kepulangan mereka. Kata Nani cuti kali ni lama sikit. Sebulan katanya. Lamalah Mak boleh belek anak kesayangan Mak tu,” usik Ilham pula.

“Kamu ni ada-ada saja Am. Ha macam mana kerja kamu sebagai ustaz dekat sekolah rendah tu. Seronok tak?”

”Seronok sangat Mak. Mak pun tahukan Am kan sangat menyukai budak-budak. melayan kerenah mereka menceriakan hidup Am seharian. Dapatlah Am lupakan sebentar kerinduan pada adik-adik. Mak, Am nak pergi surau sekejap. Dah nak masuk waktu Asar ni. Am pergi dulu, mak, bapak,” ujar Ilham.

“Eh Am sebentar Bapak nak ikut kamu.” “Jomlah Bapak.” Ilham dengan Pak Majid pun menuju ke Surau yang berdekatan.

Am, Am, Mak tahu kenangan lalu masih tidak dapat kau lupakan. Ya Allah kuatkanlah hati anakku ini. Dia tidak pernah menunjukkan dirinya lemah dihadapan kami. Tapi sering kali matanya yang kuyu itu berair. Kasihanilah dia Ya Allah. Amal dan Nani kini mampu melupakan segala kenangan tentang Mama dan Papa mereka tapi Am tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience