BAB 7

Romance Completed 7512

Ilham terduduk setelah hanya tinggal dirinya berseorangan di taman itu. Dia tidak menyedari bahawa dirinya sedang diperhatikan.

“Ya Allah, apakah dosaku? Kenapa hidup keluargaku bertambah keruh? Kenapa engkau mengujiku sebegini? Aku tidak kuiat Ya Allah. Mama, Papa kenapa kalian buat keputusan melulu. Kenapa mama… papa… tidak pernah fikirkan perasaan kami.” luah Ilham dengan suara perlahan tapi Siti Aisyah masih mampu mendengar luahan hati pemuda itu. Dia melihat tubuh pemuda itu terhenjut-henjut seperti sedang menangis.

Setelah seminggu peristiwa perceraian Tengku Mursyid demgan Tengku Nadhirah, Tengku Nadhirah kembali aktif seperti tiada apa yang berlaku dalam hidupnya. Dia kembali sibuk dengan aktivitinya. Namun peristiwa itu mengubah diri Tengku Akmal dengan Tengku Syaznani. Kedua-duanya tidak lagi ceria seperti sebelumnya. Begitu juga dengan Tengku Ilham Azhar yang kini kembali menjadi seorang yang pendiam.

“Abang, risau Nah tengok budak-budak tu bang. Peristiwa itu benar-benar merubah perangai Amal dengan Nani. Mereka dah tak ceria lagi. Nak tengok senyuman mereka pun susah bang. Am lagilah dia dah jadi diri dia yang dulu bang. Cuma lagi teruk sekarang ni. Apa kita nak buat ni bang. Kesian mereka bang. Tengku Nadhirah pula selalu balik lewat malam. Kadang-kadang tu dia tidak balik berhari-hari. “ ucap Mak Munah kepada suaminya, Pak Majid.

“Entahlah Nah. Tengku Mursyid juga dah hilang entah ke mana. Dengar cerita orang dia dah keluar negara dengan isteri barunya. Kata mereka dia ingin buka syarikat di sana. Nah nak tau tak semalam semasa abang nak pergi jemput Nani dengan Amal, abang terlihat Tengku Nadhirah dengan seorang lelaki mat salleh. Mereka macam rapat sangat. Tak taulah apa nasib budak-budak itu nanti.” cerita Pak Majid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience