BAB 6

Romance Completed 7512

Di ruang tamu itu hanya kedengaran tangisan Tengku Nadhirah. Tengku Syaznani ketakutan dan menangis dalam pelukan Mak Munah. Tengku Akmal pula telah membawa diri ke belakang rumah dengan ditemani Pak Majid. Tinggal Tengku Ilham melawan kesedihan di hati seorang diri mendengar pertelagahan kedua ibu bapanya. Tanpa mereka sedari di luar pagar rumah, Siti Aisyah Khadijah terdengar pertelingkahan keluarga itu.

Tujuannya yang sebenar adalah ingin berjumpa kedua-dua beradik yang comel itu dan membawa mereka bersiar-siar di taman untuk kali yang terakhir sebelum dia pulang ke kampung tetapi belum pun sempat dia memberi salam dia terdengar teriakan Tengku Nadhirah.

Tiba-tiba dia terpandang wajah Ilham yang sedang tunduk memandang bumi. ‘Kesiannya dia. Ya Allah kuatkanlah hatinya agar dia tabah untuk kedua-dua adiknya,’ rayu hati aisyah.

“Baiklah kalau itu yang U mahukan. Hari ini, saat ini, dan pada detik ini, I Tengku Mursyid ceraikan U, Tengku Nadhirah dengan talak 3. U puas hati.” ujar Tengku Mursyid sambil berlalu untuk mengemas pakaiannya untuk dibawa keluar dari rumah itu. Semakin kuat teriakan Tengku Nadhirah kerana kini dirinya telah menjadi janda. Tidak lama kemudian Tengku Mursyid turun dari biliknya sambil membawa 2 beg pakaian yang besar.

“Nadhirah, I serahkan rumah ini dan kereta kepada U. U tak perlu bimbang U masih ada tempat untuk berteduh. I juga tidak akan mengambil hak penjagaan anak-anak kita. U jagalah mereka. I akan tunaikan tanggungjawab I sebagai papa mereka.

Segala perbelanjaan anak-anak akan I masukkan ke dalam akaun mereka. I juga akan memberi nafkah kepada U. U jangan bimbang U masih ada share dalam syarikat. Biar I mulakan hidup baru bersama Marsya. I percaya U pun akan jumpa seseorang yang akan membahagiakan U tapi bila sampai suatu masa U berkahwin lagi maka segala harta yang I bagi dekat U akan menjadi milik anak-anak kita. U mesti keluar dari rumah ini saat U berkahwin lagi. Ingat I akan sentiasa mengawasi rumah ini.” Jelas Tengku Mursyid tegas. Kemudian dia pun keluar.

Di saat Tengku Mursyid keluar menuju ke kereta, Nani dan Akmal berlari mendapatkannya.

“Papa.. Papa. Papa nak ke mana? Kenapa Papa gaduh dengan Mama?” tanya Nani dengan suara seraknya. Tengku Mursyid membongkokkan dirinya agar ketinggiannya sama dengan puteri tunggalnya itu.

“Sayang papa nak ke rumah lain. Papa tidak boleh duduk sini lagi.” “Kenapa pula Papa? Papa dah tak sayang Amal dengan Nani ke? Janganlah pergi Papa” rayu Tengku Akmal pula.

“Tidak boleh sayang. Nanti setiap hujung minggu Papa datang ya. Papa kena pergi dulu,” ujar Tengku Mursyid sambil memeluk kedua-dua anak kembarnya itu. Kemudian matanya terarah kepada putera sulungnya yang berdiri membelakangkan wajahnya ketika itu.

“Am, maafkan Papa.” ujar Tengku Mursyid kerana dia tahu anak sulungnya itu lebih gemar memendam dari meluahkan isi hatinya.

Setelah itu Tengku Mursyid pun berlalu pergi. Nani menangis kesedihan lalu Mak Munah yang berada tidak jauh dari tempat Nani dan Akmal berdiri menghampiri kedua kembar itu lalu memujuk mereka dan membawa kedua-duanya masuk ke dalam rumah. Walaupun Tengku Syaznani dan Tengku Akmal masih kecil namun mereka mengerti bahawa kehidupan keluarga mereka akan bertambah keruh selepas ini. Tengku Ilham masih berdiri kaku tanpa berganjak. Tidak lama kemudian, Tengku Nadhirah pula keluar ingin menenangkan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience