BAB 10

Romance Completed 7512

“Allahu Akbar, Allahu Akbar….” Ilham tersedar dari tidurnya apabila azan subuh berkumandang. Ya Allah kenapa mimpiku yang indah pada mulanya bertukar menjadi mimpi yang buruk. Ya Allah sesungguhnya Mama dan Papa pergi mencari kebahagiaan mereka tanpa membawa kami tiga beradik. Ilham bangun lalu menuju ke bilik adik-adik kembarnya.

‘Sayang-sayang abang, abang tidak akan meninggalkan kamu berdua. Kamulah kekuatan abang. Abang akan kembalikan senyuman di bibir kamu. Tolonglah Nani, Amal, bersemangatlah kembali agar abang pun bersemngat semula. Adik-adikku, kini abang ada untuk kalian, dan kalian ada untuk abang. Cerialah semula sayang. Tolonglah senyum kembali kerana dengan senyuman kalianlah abang mendapat kekuatan menempuh dugaan ini.’

“Abang Am, bangun, Mama dengan Mak panggil. Abang Am… cepat…abang, abang … bangun cepat… dah pagi …”jerit Tengku Syaznani sambil mengetuk pintu bilikku. Ya allah adakah aku sedang bermimpi? “Abang Ammmmmm”

“Ya sayang abang dah bangun. Nani turun dulu… Nanti lagi 10 minit abang turun” jerit Ilham perlahan. Nani berlari menuruni tangga. Tidak lama kemudian Tengku Ilham segak menuruni tangga. Terdengar riuh di ruang dapur dengan hilai tawa adik-adik kembarnya. Kedengaran juga mereka mengusik Mak Munah yang sememangnya terkenal dengan perangai melatahnya.

Tidak ketinggalan suara Tengku Nadhirah melayan kedua-dua anaknya itu. Ilham tersenyum kegembiraan melihat keriuhan yang sudah lama hilang sejak Mama dengan Papanya bercerai 3 bulan yang lepas. Terima kasih Ya Allah.

“Assalamualaikum… Wah riuhnya. Hmm adik-adik abang kenapa usik Mak? Kesian Mak? Kan Mak?” sergah Ilham sambil memeluk belakang Mak Munah.

“Oh Mak meletup… mak meletup.. meletup…” latah Mak Munah sambil berjoget. “Ya Allah, budak bertuah ni.. Terkejut Mak. Dah makan cepat.”

“Hahahhahhahahah” Ilham dan yang lain semua ketawa melihat telatah Mak Munah. “Am nak kemana ni?” Tanya Tengku Nadhirah setelah keriuhan tersebut kembali ke keadaan asal.

“Ke pejabatlah Mama. Kenapa?”

“Hmm…Mama ingat nak bawa Am dan adik-adik pergi bersiar-siar hari ni. Hari ni kan hari Sabtu, mana ada pejabat buka. Am ikut Mamalah hari ni boleh tak,”rayu Tengku Nadhirah. Tengku Ilham memandang Mak Munah seperti meminta pendapat dari insan yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri. Mak Munah menganggukkan kepala.

“Yelah Am. Mak lihat kamu tu tak pernah berehat. Pergilah tenangkan fikiran kamu tu. Janganlah asyik duduk di pejabat sahaja. Cubalah kelauar jalan-jalan. Ni pergi dating pun tak nak. Hmm bilalah agaknya Mak dapat lihat anak Mak yang kacak ni naik pelamin. Teringin jugak Mak. Tak begitu Tengku?” usik Mak Munah.

“Betul jugak tu Kak Nah.umur dah nak masuk 22 dah tapi belum juga tunjuk tanda yang diri tu dah ada calon yang sesuai.. Kalau tidak ada, kawan Mama ramai yang ada anak dara. Kalau Am benarkan boleh je Mama carikan.” usik Tengku Nadhirah pula.

“Tak sempat Mama. Tak sempat. Masa tidak akan kembali dan tidak dapat diubah.” ujar Ilham perlahan. Terdiam Tengku Nadhirah mendengar kata-kata anak sulungnya itu.

“Eh tak sempat apanya Am?” tanya Mak Munah kehairanan. “Tiada apa-apa Mak. Baiklah Am ikut Mama hari ni. Mungkin ini kali yang pertama dan yang terakhirkan Mama. Jadi biarlah kami bergembira hari ini. Mungkin esok perkara yang menyedihkan akan terjadi. Siapa tahu!” ujar Ilham sambil tersenyum.

“OK. Anak-anak Mama, kita nak kemana dulu? Am kita nak kemana sayang?” tanya Tengku Nadhirah setelah mereka tiba di Times Square Shopping Centre.

“Am tidak kisah. Mama tanyalah adik-adik.”

“Ok puteri Mama nak kemana? Nak main dulu ke nak makan dulu?” “Nani nak ke kedai buku dulu boleh tak Mama? Nani nak jumpa akak cantik”

“Amal pun sama.” sokong Amal. “Kedai buku? Kedai buku yang mana, sayang?” tanya Tengku Nadhirah kehairanan.

“Hmm takpe, jom kami tunjuk….. Haa kedai buku inilah. Jom mama,” Tengku Syaznani dan Tengku Akmal terus ke kaunter pembayaran untuk mencari Siti Aisyah.

“Akak, nak tumpang tanya?” tegur Tengku Akmal kepada penjaga kaunter itu. “Ya adik. Nak tanya apa?” sahut gadis itu sambil tersenyum manis melayan kerenah kedua-dua kanak-kanak cilik tersebut.

“Akak yang cantik pakai tudung yang kerja kat sini dulu ada lagi tak. Nak jumpa akak tu.” tanya Tengku Syaznani.

“Akak cantik? Akak yang mana, ya adik? Nama dia siapa?” Tengku Syaznani dan Tengku Akmal berpandangan kerana mereka tidak tahu nama kakak yang mereka cari itu.

“Namanya Aisyah” ujar Tengku Ilham yang baru tiba di kaunter itu apabila adik-adiknya kelihatan tidak tahu nama gadis yang cantik, manis yang dijumpainya 3 bulan yang lalu. “Aisyah? Siti Aisyah Khadijah ke? Sebentar ya. Saya panggil kawan baik dia.” ujar gadis itu ramah.

“Ya encik, apa boleh saya bantu?” tanya seorang gadis yang lain yang juga bertudung Cuma kulitnya sedikit gelap berbanding kulit Aisyah.

“Eh! tunggu sebentar. Saya rasa saya macam pernah lihat wajah encik. Ooo…ya saya dah ingat encik yang datang beli buku dekat kedai ini kira-kira 3 bulan lebih yang lepas. Dan adik-adik yang comel ni yang datang dengan abang dulu kan? Yang borak ngan kak Aisyah. Betul tak” ujar gadis tersebut.

“Benar saudari. Tak payahlah berEncik-encik. Panggil saja saya Ilham. Sebenarnya tujuan kami datang ni sebab hendak berjumpa dengan saudari Aisyah kerana adik-adik saya ni selalu bertanya tentang dia. Kami selalu juga ke taman di mana adik saya pernah berjumpa dengannya dahulu tapi dia tidak pernah lagi kelihatan. Kenapa ya, saudari?” tanya Ilham sopan.

“Baiklah Ilham. Awak pun tak payahlah bersaudari dengan saya. Panggil saya Anita. Sebenarnya Ilham, Aisyah sudah tidak bekerja di sini lagi. Dengar cerita, keluarganya memanggilnya pulang ke kampung. Oleh itu dia telah pulang ke kampungnya. Kami sendiri tidak tahu di mana kampungnya. Tetapi sebelum dia pergi dulu dia ada tinggalkan pesanan untuk awak. Katanya dia berharap awak dapat bersabar dengan ujian Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience