BAB 3

Romance Completed 7512

Dia hantar kitorang sampai rumah semalam sebab dia takut kitorang diapa-apakan. Nanti Amal kenalkan dekat abang eh…” janji Akmal “Hmm jangan main jauh-jauh tau. Hujung minggu ni kita pergi jalan-jalan nak tak. Kita pergi makan KFC.” provok Ilham.

“Nak….nak…nak” ujar kedua-duanya serentak… “Ok lagi dua hari kita pergi jalan-jalan. Hari ni kan sudah hari Jumaat. Hmm mak hari ni Am tak balik makan malam tau mungkin Am balik lambat sikit. Am pergi makan dengan kawan-kawan lama. Kawan masa belajar dekat Mesir dulu.” terang Ilham agar Mak Munah tidak risau jika dia pulang lewat nanti.

“Oklah Adik-adik abang.. jangan nakal-nakal. Nani dengan Amal belajar rajin-rajin dekat sekolah nanti tau… Malam ini jangan tunggu abang. Esok kita berbual lama-lama. Abang tak kerja esok. Kita pergi kedai buku. Baiklah abang pergi kerja dulu.” nasihat Ilham sambil mengusap kepala adik kembarnya yang comel itu.

“Assalamualaikum… Eh awalnya Aisyah datang hari ni.” ujak Marina Mellissa, tuan empunya kedai buku tempatku bekerja ini. “Hmm Waalaikumusalam. Hari ini kan hari Sabtu. Aisyah tak kerja tu yang datang awal tu.”

Ilham sedang melayan kerenah adik-adiknya. “Abang nak pergi mana lagi ni?” tanya Tengku Izham Akmal. “Hmm Amal dengan Nani nak pergi makan ke nak pergi kedai buku dulu?” tanya Tengku Ilham. Sememangnya setiap kali keluar dengan adik-adiknya pasti keinginan mereka didahulukannya. Dia tak nak adik-adiknya itu merasa kesunyian seperti mana yang dirasainya ketika kecil dulu. Jadi kini dia ingin memberi sepenuh perhatian kepada mereka walaupun mereka sepertinya teringin dibelai dan dimanja oleh kedua ibu bapa.

Namun apa boleh buat Mama dengan Papa terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk anak-anak. “Hmm Nani nak pergi kedai buku. Nak beli buku boleh tak Abang Am?” pujuk Tengku Syaznani. “Boleh sayang. Jom dekat depan tu ada kedai buku yang besar. Nani dengan Amal boleh pilih berapa banyak buku yang kamu suka. ok.” ujar Ilham. Sememngnya dia memberitahu adik-adiknya bahawa buku adalah gudang ilmu. Jadi dia tidak kisah berhabis duit asal adik-adiknya minat mmbaca. Dia sendiri mempunyai perpustakaan mini di dalam biliknya.

“Aisyah tengok tu. Kacaknya.” ujar Anita, teman sekerjanya di kedai buku ini.

“Hish awak ni. Tak elok melihat sekeliling dengan pandangan nafsu. Berdosa tau. Itu merupakan zina mata.” nasihatku. “Alah saya cuma mengagumi ciptaan tuhan. Tapi dia dah berkahwin. Tu dia sedang memimpin dua orang budak kecil. Comel-comel Aisyah. Awak tukan mana boleh lihat budak comel.” ujar Anita menyedari ketelanjurannya. Aku tidak mengangkat wajahku. Aku terus tunduk melihat skrin komputer dihadapanku. Aku ingin menjaga pandanganku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience