BAB 4

Romance Completed 7512

Aku bimbang aku terjebak dalam zina mata. Itulah yang sering dipesan oleh ayahku di kampung, “Siti Aisyah Khadijah, kamu haruslah menundukkan pandanganmu ya nak. Di Kuala Lumpur itu banyak kemaksiatan. Pandai-pandailah kamu menjaga dirimu. Ingatlah Aisyah nama kamu, ayah dengan ummi pilih sempena nama 2 tokoh wanita Islam yang agung, iaitu Siti Aisyah dan Siti Khadijah. Contohilah mereka anakku.” itulah pesan ayahku, Haji Abdul Khalid. “Saudari, assalamualaikum… Saudari…” panggil pemuda itu penuh sopan.

Anita yang disebelahku tersenyum sambil menepuk bahuku. “Eh… minta maaf saudara… Waalaikumusalam…” ujarku kekalutan. Tengku Ilham Azhar hanya tersenyum.

‘Cantiknya wajah wanita ini. Terjelas keayuannya lebih-lebih lagi ketika wajahnya kemerahan seperti sekarang ini. Astaghfirullah hal a’zim. Ya Allah maafkanlah hamba Mu ini. Aku terlalai dengan nafsuku Ya Allah.’ bisik hati Ilham.

“Ya saudara, boleh saya bantu,” ujarku lembut menyembunyikan perasaan kegundahanku. Aku mengangkat wajahku. ‘Ya Allah kacaknya. Mukanya berseri-seri dan bercahaya.’ Tiba-tiba pandangan mata kami bertaut. Aku pantas menyedari kekhilafanku lantas ku tundukkan wajahku semula.

“Sebenarnya saya ingin mencari buku yang berunsur Islam. Dimana raknya, saudari.” ujar Tengku Ilham. “Ohh baiklah mari saya tunjukkan rak yang saudara cari itu. Silakan.” ujarku ramah. “Terima Kasih.”

Ilham tekun memilih buku-buku yang difikirkan bermanfaat dalam membimbing dirinya juga adik-adiknya. Setelah puas memilih akhirnya dia membuat keputusan untuk membeli 20 buah buku yang dilihatnya amat berguna. Dia lalu membawa kesemua buku-buku yang ingin dibelinya itu ke kaunter untuk dibayar. Setibanya di kaunter pembayaran dilihatnya kedua-dua adik kembarnya masih belum selesai memilih buku yang ingin mereka beli. “Amal, Nani dah ke belum? Kalau dah, bawa ke sini.”ujar Ilham

Amal, Nani. itu bukan ke nama kanak-kanak yang aku jumpa di taman hari tu. Kesian mereka. Hari tu aku tidak dapat berjumpa dengan mereka kerana aku ada perjumpaan dengan rakan-rakan seuniversiti ketika aku di Mesir 3 tahun yang lalu. Agaknya mesti lama mereka tunggu aku.

“Hmm Dah pilih ke… Wah banyaknya buku Nani beli…. Ni pastikan baca tau.” ujar pemuda itu lembut. ‘Wah ada ciri-ciri bapa yang penyayang’ bisik hatiku. “Abang Am, Nak tengok akak tu kira.” rengek Nani manja. “Hish ngada-ngadalah adik ni. Adik kan dah besar kesian Abang Am tau,” ujar si Amal pula. ‘Oh abang rupanya ingatkan ayah budak-budak ni tadi.’ “Takpelah Amal. Hmm Nani mari abang dukung,” ujar pemuda dihadapanku ini lembut. Aku meneruskan kerjaku tanpa memandang pemuda dihadapanku ini. “Ehhhh. Akak kan Akak yang Nani jumpa dekat taman tukan. Masa Abang Amal ambik anak patung Nani.” ujar si comel Nani keriangan.

Aku lantas melihat ke arah Nani. “Betullah tu… Akak minta maaf ye akak tak datang hari tu.” ujarku sambil tersenyum. “Hmm… Penat tau Nani tunggu akak kat taman hari tu. Abang Amal pun ada.” rajuk gadis comel di hadapan ku ini.

“Maaflah sayang akak ada perjumpaan pula malam tu. Akak tidak dapat nak elak. Nanti akak belikan barbie tanda minta maaf. Untuk amal pula akak belikan…. Hmmm Amal nak apa?” tanyaku pada Amal yang sedang berdiri di sebelah abangnya itu. Abang mereka pula seakan tertanya-tanya bagaimana adik-adiknya boleh mengenaliku. Namun persoalannya dibiarkan begitu sahaja.

“Amal nak kereta kontrol. boleh tak?” Habis… Dekat mana aku nak beli kereta kontrol yang murah ni. Berkerut-kerut dahiku memikirkan keadaanku ini. “Eh saudari tak perlulah beli barang untuk adik-adik saya. Hish Abang, Adik, tak baik minta barang dari orang tau… Kan abang selalu nasihatkan kita hendaklah selalu memaafkan kesilapan orang lain. Jangan pernah meminta ganti rugi. Tak elok.” ujar pemuda itu menasihati adik-adiknya. Kedua-dua adiknya itu mengangguk-anggukkan kepala tanda memahami kesilapan mereka. “Hmm saudari, saya minta maaf jika adik-adik saya mengganggu saudari sebelum ini.”

“Eh tidak. Mereka tak pernah mengganggu saya pun bahkan saya seronok melihat telatah mereka. Baiklah harga buku encik………….” “Ilham” “Ok harga buku-buku Encik Ilham ialah RM450. Encik ada kad ahli. Jika ada, harga akan kurang sedikit kerana ada potongan harga.” “Tak ada pula. Hmm kalau nak buat kad ahli berapa ya?” tanya Ilham. “RM 20 sahaja encik” “Baiklah ini 470 untuk buat kad ahli sekali.” “Sebentar ya Encik. …………..ok ini resit pembelian dan ini kad ahli Encik. Jika berkesempatan datanglah lagi ke sini.” ujarku.

“Baiklah Terima kasih Cik………?” “Aisyah” “ok terima kasih cik Aisyah. Kami minta diri dulu. Assalamualaikum. Jom dik kita pergi makan.” Mereka pun bergerak keluar sambil kedua-dua kanak-kanak comel itu memandangku sambil melambai-lambaikan tangan mereka… “Nanti kita jumpa dekat taman ya kak” jerit Nani sambil tersenyum manja. “Insya Allah”

“Ok sekarang adik-adik abang mesti cerita dekat abang macam kamu boleh kenal akak dekat kedai buku tadi?” gesa Tengku Ilham Azhar. Tengku Syaznani Natasya dan Tengku Izham Akmal pun bercerita tentang perkenalan mereka dengan Aisyah. Tengku Ilham Azhar mendengar segala bicara adik-adiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience