BAB 5

Romance Completed 7512

Kemudian mereka pun menikmati makanan dengan selera dan gembira. Tiba-tiba Ilham terlihat kelibat ayahnya, Tengku Mursyid dengan seseorang. Pada pemerhatian Ilham mereka seperti ada hubungan yang rapat kerana cara mereka berjalan seperti sepasang kekasih yang sedang bercinta.

‘Astaghfirullahal a’ azim. Ya Allah selamatkanlah rumahtangga ibu dan ayahku.’ Doa Ilham di dalam hati. “Abang kenapa ni? Amal tengok abang macam terkejut sahaja. Abang nampak sesuatu ke?” Tanya Akmal prihatin. “Tidak ada apa-apa. Hmm cepat makan. Lepas ini kita ke masjid untuk solat Asar ya. Selepas itu kita pergi taman permainan nak tak?”

“Nak…nak…nak…”:ucap kedua-duanya girang. Hilang segala masalah Ilham melihat telatah manja adik-adiknya itu. Hari itu mereka bergembira sepuas-puasnya.

Setelah menikmati makan malam di salah sebuah restoran di Kuala Lumpur barulah ketiga-tiga beradik itu pulang ke rumah mereka. Sepanjang perjalanan pulang si kembar tertidur. Tersenyum Ilham melihat wajah keletihan adik-adiknya namun masih terdapat sinar kegembiraan di wajah Nani dan Akmal.

Setibanya mereka di rumah kelihatan Mak Munah setia menanti kepulangan mereka namun begitu kelibat mama dan papa tidak juga kelihatan. Fahamlah Ilham bahawa keduanya belum pulang lagi. Ilham lalu mendukung adik-adiknya ke bilik mereka.

“Am dah makan. Kalau belum biar mak hidangkan.” “Tak payahlah mak. Am dah makan dengan adik-adik tadi. Mak kenapa tak tidur lagi? Hmm mak lain kali tak payahlah tunggu Am. Kesian mak. Mak mesti penatkan. Mak tidurlah dulu. Ni mak dah makan ke?” tanya Tengku Ilham kerisauan. “Belum lagi nak. Mak ingat nak tunggu kamu semua makan dulu.” “Hmm kalau macam tu, jom Am teman mak makan.

Esok pun Am tak kerja. Am duduk rumah saja. Boleh borak-borak dengan mak.” ujar Ilham manja. Sesungguhnya Ilham sering mengimpikan satu hari di mana Mamalah insan yang menunggunya pulang dan dia teringin Mama menyuapnya makan. Dia ingin dimanjakan oleh Mama seperti Mak Munah memanjakan dirinya. Itulah harapan Ilham dari dulu lagi.

Keesokan harinya selepas solat subuh Tengku Ilham membantu Mak Munah membersihkan rumah.

“Mak, Mama dengan Papa ada kat rumah ya? Itu kereta Papa ada di garaj tu,” tanya Nani manja. “Ya sayang, Mama dengan Papa ada dekat dalam bilik.” Tiba-tiba………..

“U, baik U beritahu I siapa perempuan dalam gambar ni. U beritahu cepat. Selama ni I dengar dari kawan-kawan tentang perangai U tapi I tak percaya. Sekarang ni baik U mengaku siapa betina ni.” Jerit tengku Nadhirah menyebabkan perbualan Nani dan Mak Munah terhenti. Ketika itu semua yang berada di taman mini yang terdapat di halaman rumah banglo itu sunyi apabila semuanya ingin mendengar pertelingkahan Tengku Mursyid dengan Tengku Nadhirah.

“Kenapa U sibuk nak tahu dia siapa? Suka hati I lah. I lelaki I boleh kahwin empat. Islam membenarkan lelaki kahwin empat. Yang U nak bising-bising ni kenapa?” tengking Tengku Mursyid pula. “Ooo, sekarang baru U cakap pasal agama. Yang U tu tak solat, tak puasa, minum air syaitan tu, U tak fikir pulak pasal tuntutan Islam.” marah Tengku Nadhirah lagi.

“Baik kalau U nak tahu sangat perempuan tu Marsya, kekasih I dan tak lama lagi kami akan berkahwin. Dia bakal jadi madu U. U puas hati.” “Sampai hati U buat I mcm ni.

Apa kurang I? Kenapa U cari perempuan lain?” tangis Tengku Nadhirah apabila mendengar penjelasan suaminya itu. “Sebab I dah bosan dengan U. I rasa tidak salah I nak kahwin lagi. Lagipun I mampu. Kalau U tak nak dimadukan I sanggup ceraikan U.” ujar Tengku Mursyid tegas. Bertambah kuat tangisan Tengku Nadhirah mendengar ketegasan suaminya. “Sampai hati U. I sanggup tinggalkan agama I dulu, I sanggup peluk Islam. Keluarga I halau I dan buang I dari hidup mereka. I sanggup tinggalkan mereka kerana U, tapi ini balasan U di atas segala pengorbanan I. U memang lelaki yang tidak berguna. I benci U. I tidak sanggup terima perempuan itu sebagai keluarga kita. Kalau U dah tidak sayangkan I, ceraikan I. ceraikan I………….” jerit Tengku Nadhirah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience