BAB 15

Romance Completed 7512

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumusalam, Bapak…. Bapak sihat?” tanya Nani lantas mendapatkan tangan Pak Majid yang sudah dianggap macam bapanya itu.

“Sihat, Nani,” ujar Pak Majid lalu mencubit pipi anak gadisnya yang comel itu. Lalu Nani mendapatkan Tengku Ilham. “Abang Am….” jeritnya sambil memeluk abangnya itu. “Ya Allah Nani… Malulah dekat kawan-kawan kamu tu… Adik abang ni kan dah jadi anak dara tapi manjanya mengalahkan anak murid abang kat sekolah tau,” ujar Ilham sambil memicit kedua-dua pipi adik permpuannya itu. Kemudian Amal pula datang memeluknya.

“Abang, mari kami nak kenalkan abang dengan kawan kami. Ha abang ni namanya Mohammad Faizul Hambali panggil Faizul saja yang ni pula…..” “Siti Aisyah Khadijah!!!” ujar Ilham dengan terkejut. “Eh bukanlah abang Am.Ni namanya Siti Hajaratul Hawa. Eh Abang Am siapa Siti Aisyah Khadijah tu? Oooo sebab dia abang tak nak kahwin lagi ke?” usik Nani pula. Merah wajah Ilham diusik adiknya begitu.

Tetapi sememangnya wajah Hawa seiras dengan wajah Aisyah. Entah mengapa wajah Aisyah tidak dapat dilupakan walaupun sudah sepuluh tahun pertemuan itu terjadi. Yang lebih memeningkan kepala setiap kali Ilham membuat solat istikharah pasti wajah Siti Aisyah Khadijah akan muncul di dalam mimpinya. Ya Allah aku percaya dengan aturanmu.

“Abang Am…Abang Am….” panggil Nani sambil menggoncangkan tangannya di hadapan wajah Ilham. “Hish Abang Am ni, kita bercerita dengan dia, dia boleh berangan pula.” rajuk Akmal pula. “Tiada siapa-siapalah dik. Siti Aisyah Khadijah tu adik dah lupa ke?” “Siapa Abang Am?” tanya Nani dan Amal serentak. Mak Munah dan Pak Majid pun diam menanti jawapan dari Ilham.

“Alah takkan adik-adik abang ni dah lupa dengan Kak Aisyah yang kamu berdua jumpa di taman masa kamu berumur 7 tahun dulu,” beritahu Ilham.

“ooo… baru adik ingat tapi adik pun tidak berapa ingat muka dia. Tidak sangka abang masih ingat wajah dia sampai abang cakap kawan adik ni serupa dengan kak Aisyah tu,” usik Nani menyakat abang Ilhamnya yang sudah kemerahan wajahnya menahan malu. “ooo sebab tulah anak Mak sorang ni sampai sekarang tidak mahu kahwin rupanya dah ada bunga di dalam hati tu.” Usik Mak Munah pula.

“ Oklah Mak, Bapak, Am nak pergi kebun sekejap. Nak pergi tengok kambing-kambing kita tu ok ke tak,” ujar Ilham memberi alasan untuk pergi kerana tidak mahu terus diusik.

Setelah Ilham ke kebun, Tengku Syaznani, Tengku Ikram Akmal beserta kawan-kawanya berbual dengan Mak Munah dan Pak Majid sambil menikmati minum petang.

“Mak, Bapak sebenarnya Hawa dan Faizul ni adik kandung Kak Aisyah. Tu sebablah wajah Hawa serupa dengan Kak Aisyah. Tujuan Nani dengan Abang Akmal bawa mereka pulang ke rumah kita ni pun adalah untuk memastikan yang abang Amlah insan yang mereka cari selama ini,” terang Nani

“Bapak tidak berapa fahamlah Nani. Apa sebenarnya citenya ni?” tanya Pak Mjid yang kebingungan.

“Sebenarnya macam ni Bapak. Amal dengan Nani pernah terbaca diari abang Am secara tidak sengaja. Kami juga terjumpa gambar kak Aisyah dalam diari tu. Gambar tu serupa macam rupa kawan sekelas kami yakni Hawa. Sejak dari itu, Amal dengan Nani mula menyiasat tentang perkara in. Kami pun bertanya kepada Hawa tentang keluarganya. Dari situlah kami mendapat tahu yanag Hawa ni mempunyai seorang kakak yanag bernama Siti Aisyah Khadijah,” cerita Tengku Akmal.

“Kemudian ketika cuti semester yang lalu, Nani dengan abang Amal telah ke rumah Hawa dan Faizul. Dari situlah kami mengenali keluarga mereka. Mak, Bapak, kak Aisyah memang sangat sesuai dengan abang Am. Dah sampai masanya abang Am berumahtangga. Kami pun dah mampu hidup sendiri. Lagipun tahun depan dah mula pembahagian harta. Tapi kami nak sangat tangok abang Am berkahwin sebelum harta dibahagikan. Kami nak abang bahagia. Dah puas dia menderita. Mak dengan Bapak tolonglah tanya dekat abang dan kalau abang setuju nanti boleh lah kita pergi meminang tapi kalau boleh ini jadi rahsia kita. Nani nak bagi kejutan dekat abang. Jangan bagitau siapa bakal isterinya sehinggalah hari pernikhannya nanti. Kalau abang tanya nama perempuan yang nak dipinang tu, Mak cakap jelah nama dia Siti. Boleh tak Mak, Bapak?” cadang Nani pula

“Mak cik, pak cik, ini kami ada bawa sekali gambar kak long kami. Kak long ni pun sama macam abang Ilham. Sudah ramai yang datang untuk merisik namun tiada seorang pun yang diterimanya. Ketika kami kecil dahulu sering juga kak long bercerita tentang Nani dan Amal serta kadang-kadang terkeluar dari mulutnya nama abang Ilham,” ujar Faizul pula sambil menghulurkan gambar Siti Aisyah.

“Cantik orangnya bang. Kalau ini nak dijadikan menantu kita, saya setuju sangat. Tak apa nanti Mak dengan Bapak cuba berunding dengan abang kamu tu. Kamu bukan tak kenal abang Am kamu tu. Kalau cakap pasal kahwin ada saja alasan dia.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience