BAB 11

Romance Completed 7512

Sesungguhnya Allah menguji kita kerana Dia sayangkan kita. Itulah pesanannya Ilham. Lagi satu perkara dia ada tinggalkan something untuk awak dan adik-adik awak. Nani, Amal ni kak Aisyah tinggalkan hadiah untuk kamu berdua. Kak Aisyah pesan dia minta maaf sekali lagi kerana sekali lagi dia memungkiri janjinya tapi dia amat berharap dapat berjumpa dengan kamu berdua yang comel ini lagi suatu hari nanti. Kak Aisyah pesan Amal jangan buli adik. Selalu sayangkan adik. Nani dengan Amal mesti jadi budak baik tau. Itulah pesan kak Aisyah. Kepada awak pula Ilham, Aisyah kirimkan hadiah ini untuk awak supaya awak sentiasa tabah. Ilham saya tidak tahu apa tujuan pesanan Aisyah ini tapi saya percaya dia ikhlas beri semua ini,” ujar Anita.

“Terima kasih Anita. Jika dia ada hubungi awak, sampaikan salam kami kepadanya dan ucapan terima kasih dari saya kerana sesungguhnya kata-katanya mengembalikan kekuatan saya. Baiklah, kami minta diri dulu, Anita.

Semoga berjumpa lagi. Terima kasih. Jom adik, mama tengah tunggu dekat luar,” ujar Ilham.

”Ilham, nanti dulu… Ni ada sesuatu dari saya untuk awak. Saya ada banyak gambar bersama Aisyah, awak ambillah sekeping sebagai kenangan perkenalan kamu berdua. Saya harap suatu hari nanti awak akan bertemu dengan dia.” Ujar Anita sebelum Ilham berlalu pergi.

“Terima kasih Anita.”

Ketika mereka ingin keluar dari kedai buku itu, Ilham terpandang Mamanya sedang berbual mesra dengan seorang lelaki mat salleh. ‘Mungkin itulah dia bakal suami Mama.’ Sebelum mereka menghampiri Mama, lelaki tersebut telah pun berlalu.

“Mama, kami dah selesai,” ujar Ilham ketika mereka menghampiri Tengku Nadhirah. “Jadi kamu jumpa tak kakak tu Nani,” tanya Tengku Nadhirah mesra. “Tak jumpalah Mama. Kakak itu tidak ada tapi dia ada bagi hadiah dekat Nani dengan Abang Amal. Abang Am pun dapat,” ujar Nani.

“Ok sekarang jom kita pergi makan kemudian kita tengok wayang. Mama sudah beli tiket. Jika ada masa kita pergi main permainan ye sayang.”

“Ok Mama. Seronoknya. Kalau hari-hari macam ni kan best,” ujar Tengku Akmal keriangan.

Hari itu wajah adik-adik kembarku berseri-seri. Mereka sangat gembira dan senyum mereka tidak pernah pudar. Alangkah seronok jika Papa ada bersama. Aku bukan minta untuk diriku tapi untuk adik-adikku. Senangnya hatiku melihat kegembiraan di wajah adik-adikku di saat itu. Kemudian Tengku Ilham seakan tersedar sesuatu. ‘Amal, Nani, esok kita akan menjadi yatim piatu sayang. Yang bezanya papa dengan mama kita masih hidup. Tidak mengapa sayang abang akan sentiasa bahagiakan hidup kamu. Ya Allah kuatkanlah diriku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience