BAB 2

Romance Completed 7512

“Ya Allah kau ampunilah segala dosaku. Ya Allah, jadikanlah aku anak yang soleh yang dapat membimbing kedua-dua adik kesayanganku. Ya Allah, ampunilah dosa Mama dengan Papa. Bukakanlah hati mereka agar kembali ke jalanMu Ya Allah.” ucap Tengku Ilham Azhar setelah selesai menunaikan kewajipannya. Alhamdulillah walaupun dia dibesarkan dalam keluarga yang mewah namun dia tidak lupa tugasnya sebagai umat Islam. Berkat usaha didikan Mak Munah dengan suaminya Pak Majid dia menjadi seorang pemuda yang tidak pernah melupakan tanggungjawabnya kepada Tuhan Yang Esa. Kini dia pula yang mendidik kedua-dua adik kesayangannya.

Tengku Ilham memasuki ke dalam bilik adik kembarnya yang berlainan jantina. Kelihatan kedua-dua mereka sedang nyenyak tidur sambil tersenyum. ‘Apalah yang mereka mimpikan sampai tersenyum.

Maafkan Abang Am dik. Dua tiga hari ni abang banyak kerja sampai abang tiada masa untuk kamu berdua.’ Tugasnya sebagai Pengarah Urusan di syarikat papanya, Mutiara Holdings menyebabkan dia selalu pulang lewat ke rumah. Selalunya adik kembarnya, Tengku Izham Akmal dan Tengku Syaznani Natasya yang baru berumur 7 tahun itu menanti kepulangannya sebelum mereka tidur.

‘Mungkin mereka penat sangat hari ni. Lagipun aku pulang lewat hari ni. Oklah sayang tidur lah. Esok kita berborak. Selamat malam adik-adikku.’ ucap Ilham sambil melangkah keluar dari bilik adik-adiknya itu. Ketika Ilham baru ingin menuju ke biliknya kelihatan Tengku Murshid dengan Tengku Nadhirah baru sahaka pulang. Mereka kelihatan sedang mabuk. ‘Astaghfirullah hal a’zim, Ya Allah bilalah agaknya Mama dengan Papa nak berubah.’ Ilham bimbang dirinya akan menjadi kurang ajar lalu dia pun berlalu masuk ke dalam biliknya.

“Abang Am… Abang Am…. Bangunlah. Mak panggil sarapan… Cepatlah abang.” teriak Nani dari luar bilik Ilham. ‘Ya Dik. Abang dah bangun. Kejap eh lagi 10 minit abang turun…” sahut Ilham kerana dia tahu selagi dia tidak menyahut seruan adiknya yang seorang ini alamatnya si kecil itu akan berkampung di hadapan pintu biliknya sehingga dia keluar. Kalau senyap tidak mengapa tapi dia asyik berceloteh macam nenek tua. Oleh kerana itulah abang kembarnya menggelarkannya nenek kebayan. Namun begitu telatah mereka berdualah yang memeriahkan suasana pagi di banglo yang tersergam indah di atas bukit ini.

“Eh apa yang dibualkan oleh adik-adik abang ni. Dari atas dah kedengaran riuhnya… Tak nak cerita dengan abang ke. Mama dengan papa mana?” tanya Ilham apabila menyedari kerusi mama dengan papa masih kosong. “Alah abang ni, mama ngan papa mana ada sarapan. Abang Am nak tahu tak petang ini adik dengan abang Amal nak berjumpa akak cantik. Abang Am nak ikut?” kata si Nani sambil menyuakan roti ke mulutnya. “Akak mana ni Amal? Baik-baik tau sekarang punya masa tak boleh percaya dengan orang yang kita tak kenal.” nasihat Ilham kepada Tengku Izham Akmal yang lebih manja dipanggil Amal. “Hmm akak tu baik abang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience