BAB 4

Romance Completed 7961

“Kau bunuh adik aku Ari. Kau bunuh Haris.” Tekan Hilman lagi. Rahang diketap marah.

“Tak… aku tak bunuh dia.” Ariana menggeleng. Kenangan silam terselak kembali.’Kak Ari…tolong Haris.. tolong…’

“Kau pembunuh!” Hilman merengkuh lengan Ariana kejap. Ariana tersentak.

“Kau masih boleh hidup aman lepas kau bunuh adik aku. Kau masih boleh senyum dengan hidup kau. Perempuan jenis apa kau ni?”

“Hilman, you’re hurting me.” Pegangan kejap Hilman di lengannya begitu menyakitkan. Tapi ianya tak sesakit dengan apa yang dia rasa sekarang ini. Hilman menuduhnya tanpa mengetahui cerita sebenar!

“Aku lebih sakit dari kau. Kawan baik aku bunuh adik kandung aku. Kau tahu tak apa aku rasa? Aku rasa nak mati!” Hilman ketawa pedih. Benar, bukan sikit rasa terlukanya dengan apa yang berlaku. Dan saat dia mahu melupakan segalanya, Ariana kembali muncul. Menyebabkan hatinya kembali berdarah.

“Hilman…” air mata Ariana tumpah. Dia sebak dengan pengakuan Hilman. Hilman terluka teruk dengan kisah dulu tapi dia turut terluka. Dituduh menjadi punca kematian Haris, dia tak bersalah tapi mahukah Hilman mendengar?

Hilman menolak tubuh Ariana. Ariana yang tak bersedia terjatuh. Dia mengaduh perlahan bila kakinya rasa terseliuh. Sikit pun Hilman tak rasa belas. Dia mendekati tubuh Ariana. Dagu Ariana dipaut kasar. Air mata Ariana yang mengalir di pipi tidak diendahkan.

“Fine… kau kerja sini. Tapi sehari pun aku tak akan biarkan hidup kau tenang. Kau patut rasa sakit. Kau patut rasa apa yang aku rasa. Kau tak layak bahagia Ari. Kau tak layak.” Penuh dendam Hilman bersuara. Dagu Ariana dilepas kasar. Kalaulah dia diberi kuasa, dia sanggup menghapuskan Ariana sekarang juga!

“Aku tak bersalah Hilman. Kenapa kau tak nak dengar?” Dalam sayu Ariana bersuara. Rasa sakit dan sedih bergabung menjadi satu. Dia menekup muka. Tangisan dilepaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience