Ariana hanya tersenyum. Tak adanya Hilman nak bercerita tentang dia kerja di situ. Hilman benci dia. ‘Dalam hidup aku… kau orang yang aku paling benci Ari. Kau…’ kata-kata Hilman terngiang-ngiang di fikirannya. Biarlah, biar Hilman benci dia tapi sikit pun dia tak benci Hilman. Hilman itu kawannya. Kawannya yang paling baik. Paling dia sayang.
“Kau dah kahwin? Dah berapa orang anak?” soal Ariana cuba alih topik. Dia berminat dengan kisah hidup Erin. Dulu masa sekolah bukan sikit lelaki yang sukakan Erin. Mana taknya, Erin cantik. Badan pula tinggi lampai seperti model. Semua orang pun boleh jatuh hati.
Erin tergelak kecik dengan soalan Ariana. Muka dia ada gaya dah kahwin ke?
“Aku belum kahwin lagi. Tengah dalam proses memikat. Dia jual mahal tapi aku tahu dia suka aku juga cuma tak nak mengaku.” Jelas Erin dengan senyuman yang masih terukir di bibir cantiknya.
“Siapa?” Ariana teruja. Pasti lelaki itu bukan calang-calang orang kerana mampu buat Erin jatuh cinta.
“Hilman.”
Terus hilang senyuman di bibir Ariana. Dadanya rasa sakit tiba-tiba. Dia jadi tak suka dengan kenyataan Erin. Hilman dan Erin bercinta? Kenapa hatinya pula yang sakit? Dia geleng kepala. Tak faham dengan hati sendiri.
“Kau geleng kepala kenapa? Tak suka aku dengan Hilman?” Erin kerut dahi. Dia perasan akan perubahan wajah Ariana. Tidak sukakah Ariana akan berita yang baru yang disampaikan?
“Eh, mana ada aku tak suka. Aku tumpang gembira dengan kau. Hilman is a good guy. Kau bertuah dapat dia.” Puji Ariana ikhlas. Sememangnya Erin bertuah memiliki Hilman kerana Hilman seorang yang penyayang, bertanggungjawab dan sangat protective. Muka kacaknya melengkapkan Hilman sebagai seorang lelaki idaman.
“Kawan baik kau, mestilah kau puji.” Erin mengusik.
Share this novel