BAB 7

Romance Completed 7961

“Kawan baik siapa?” soal Hilman tiba-tiba muncul di pantry. Terus tubuh Ariana keras.

“Kau tak cakap kat aku yang Ari kerja sini kenapa?” soal Erin tak sabar.

“Why bother? She is nobody Erin. Nobody…” Hilman membalas. Mukanya beku. Pandangannya dingin.

Ariana senyum tawar. ‘ Aku dah tak bermakna dalam hidup dia.’ Bisik hati Ariana sayu.

“Nak minum ke? Nak aku tolong buatkan? Kau suka kopi pekat kan?” soal Ariana cuba menghalau kesedihan yang mula bermukin di hati. Dia ambil cawan dan mahu buat minuman kegemaran Hilman. Tapi tangannya berhenti bila kata-kata Hilman menusuk ke tangkai hati. Menyiat sehingga berdarah. Mencarik kasar sehingga tiada apa lagi yang tinggal.

“Oh, please… aku tak hadap nak minum air tangan kau. Aku takut aku jadi mangsa bunuh kau sama macam kau buat pada Haris.” Tajam lidah Hilman berbicara.

“Hilman!” Erin menegur.

“What? Memang itu kenyataannya. Ari pembunuh!” marah Hilman. Dia menggenggam erat tangannya. Kalau tak diikutkan sabar yang masih bersisa, mungkin dia sudah mencekik Ariana sekarang. Melenyapkan terus tubuh itu dari muka bumi. Biar derita yang ditanggungnya hilang.

Terpejam sesaat mata Ariana dengan tuduhan Hilman. Adakah dia patut hilang dari hidup Hilman untuk lenyapkan segala dendam Hilman? Begitukah? Dengan nafas yang tertahan, dia capai pisau yang berada di sinki dan dihulurkan pada Hilman. Air muka Hilman berubah.

“Bunuhlah aku. Aku memang tak layak hidup. Aku izinkan kau bunuh aku. Sekarang.” Penuh luka Ariana bersuara. Ada getaran pada suaranya. Air matanya mula luruh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience