BAB 19

Romance Completed 7961

Arina membuka mata perlahan-lahan. Dia bukan berada di biliknya tapi di hospital. Bila dia menoleh,hatinya tersentuh bila Hilman turut ada di situ. Menjaganya sehingga tertidur. Ariana cuba untuk duduk dan gerakannya menyebabkan Hilman terjaga.

“Ari? Kau okay?” soal Hilman bimbang.

Ariana mengangguk. Hilman melaraskan katil dan menolongnya duduk. Lama pandangan Hilman jatuh pada wajah Ariana sehingga merah pipi Ariana kerana malu.

“Jangan pandang aku macam tu.” ujar Ariana tak selesa. Mukanya tunduk pandang tangan sendiri.

“Sorry.” Hilman senyum. Tak sangka pandangannya buat Ariana tak selesa.‘Kenapa comel sangat ni Ari? Kau buat aku jatuh sayang dengan kau.’ Bisik hati kecil Hilman. Pertama kali Ariana segan dengannya.

Ariana berdehem perlahan sebelum berbicara. “Terima kasih selamatkan aku. Kalau kau tak ada mesti aku…”

“Macam mana boleh jatuh? Ada orang tolak?”soal Hilman laju. Dia tak rasa Ariana terjatuh sendiri. Ariana tak mungkin secuai itu.

Ariana diam. Perlukah dia berterus terang?

“Siapa tolak kau Ari?” sekali lagi Hilman menyoal. Dia nampak Ariana teragak-agak untuk memberitahunya. Ada sesuatu yang cuba Ariana sembunyikan?

“Aku terjatuh. Masa tu aku…”

“Jangan bohong aku Ari. Siapa yang tolak kau? Cakap.” Keras Hilman menyoal. Sedikit bengang bila Ariana masih mahu menutup cerita sebenar.

“Aku tak ingat.”

Hilman mengeluh. Ariana masih lagi berdegil.

“Its okay. Kat area kolam renang tu ada CCTV. Rafiq dah pergi hotel untuk dapatkan rakaman CTCV tu. Once kita dah tahu siapa yang buat kau macam ni, aku akan sumbat dia masuk dalam penjara!”

“No, kau tak boleh buat macam tu.” halang Ariana cemas dan mata Hilman tajam memandang Ariana.

“Sekali lagi aku tanya dan aku nak kau terus terang. Kalau kau tak nak aku buat ‘orang tu’ masuk penjara tak keluar-keluar, lebih baik kau cakap. Aku serius Ari.” Tegas Hilman. Dia tak bergurau dengan kata-katanya. Orang yang buat Ariana terlantar di hospital harus bertanggungjawab!

“Erin.” Perlahan nama itu meluncur keluar dari bibir Ariana.

“Apa?” Hilman terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience