“Perempuan macam mana maksud Encik Hilman?” soal Ariana. Dia mahu tahu apa yang Hilman fikir tentang dirinya. Matanya merenung mata Hilman. Hilman seolah benci padanya. Bukan… bukan benci tapi berdendam adalah perkataan yang paling tepat sekali.
Rafiq senyap. Rasa tertarik dengan apa yang dihidangkan di hadapan matanya.
“Perempuan yang perangai lepas. Pakai tudung tapi buat perkara tak senonoh kat belakang. Tak pandai jaga maruah diri sama macam apa yang you pernah…”
Ariana menampar muka Hilman kuat sebelum sempat lelaki itu menghabiskan ayat. Mata Ariana kabur dengan air mata yang mahu tumpah. Tak sangka Hilman sanggup berkata sebegitu rupa. Kawan yang dia paling sayang suatu ketika dulu. Kawan baiknya…
“Wow, I’m impressed. First day you kat sini tapi you berani tampar bos you?” Hilman tergelak sinis. Percayalah, sikit pun dia tak terkesan dengan tamparan Ariana kerana luka yang Ariana berikan lebih sakit, lebih dalam dan lebih melukakan.
“I’m sorry but I think you’re too much Encik Hilman.” Bergetar suara Ariana.
“I atau you yang melampau Cik Ariana? You fikir…”
“Ops… stop it guys. I don’t expect your first meeting would be like this. Take it easy. Kita satu team sekarang ni. Please, jangan gaduh-gaduh demi kebaikan syarikat ni.” Rafiq cuba menenangkan keadaan yang semakin panas. Bukan sikit rasa terkejutnya bila Ariana dengan berani menampar Hilman. Pasti ada sesuatu di antara mereka berdua fikirnya.
Muka Hilman tegang. Rasa nak ditelan hidup-hidup batang tubuh Ariana.
“Encik Rafiq, saya berhenti. Saya akan hantar notis berhenti 24 jam dan jangan risau. Saya akan bayar pampasan.” Ariana tak ambil peduli dengan pandangan tajam Hilman. Dia keluar dan membawa diri ke biliknya yang belum pun sampai sejam dia rasmikan sebagai seorang Account executive di situ.
Share this novel