“Bila kau nak masuk pinang aku?” soal Erin malu-malu. Sudah lama dia tunggu Hilman melamarnya namun sehingga sekarang Hilman langsung tak memulakan apa-apa tindakan.
“What?” Hilman kerut dahi. Dia salah dengar ke?
“Kau dengar apa yang aku cakap Hilman.”
“Aku tak cintakan kau Erin.” Yakin sahaja Hilman membalas. Cinta? Tak pernah wujud dalam kamus hidupnya.
“Tapi aku ingat kita saling mencintai.” Muka Erin muram.
“Aku tak tahu apa yang buat kau fikir macam tu tapi percayalah aku langsung tak ada perasaan pada kau. Aku hanya anggap kau kawan.” Erin sentiasa berada di sisinya. Dari dulu, sejak peristiwa itu Erin orang yang paling rapat dengannya.
“Habis tu kau cintakan siapa? Ari?” Erin tak puas hati. Dia peluk tubuh. Sememangnya dari dulu dia cemburu dengan Ariana yang sering mendapat perhatian Hilman.
“Dia bunuh keluarga aku. Aku tak akan jatuh cinta pada orang yang dah rampas kebahagiaan hidup aku. Dia tak layak. Langsung tak layak.” Hilman bersuara. Tapi benarkah? Sekelumit perasaan langsung tiada untuk Ariana? Dia jadi ragu-ragu dengan hati sendiri.
Fail yang dipegang Ariana jatuh. Hilman angkat muka. Dan dia terkedu bila Ariana pandang dia dengan penuh luka sebelum berlari keluar. Tanpa menunggu walau sesaat, Hilman mengejar Ariana. Ah, kenapa hatinya pula yang tersentuh bila Ariana kecewa? Rasa itu tak patut ada!
Share this novel