Hilman terkejut bila dia nampak tubuh Ariana terkapai-kapai di kolam renang. Tanpa membuang masa, Hilman terjun menyelamatkan Ariana. Dengan payah, dia capai pinggang Ariana dan membawa tubuh ramping itu ke atas. Nafasnya cungap.
Perlahan-lahan Hilman meletakkan Ariana di tepi kolam. Mata Ariana terpejam rapat.
“Ari!” Hilman resah bila Ariana kaku.
“Kau tak boleh mati Ari. Jangan mati depan aku.” Hilman melakukan CPR beberapa kali. Muka Ariana pucat tak berdarah.
Situasi ini sama seperti sepuluh tahun lepas. Tubuh kaku Haris di dalam dakapannya. Puas dia menjerit, menangis, merayu supaya Haris bangun namun Haris tetap senyap. Tak bernafas.
Jangan biarkan dia laluinya sekali lagi. Dia tak cukup kuat. Dia tak mampu merasai kehilangan lagi.
Cukuplah derita yang ditanggungnya. Dia tak mahu kehilangan Ariana pula. Dia tahu dia bersikap kejam pada Ariana namun jauh di sudut hati, dia masih sayangkan Ariana. Dia cuba untuk benci Ariana tapi dia tak mampu.
“Ari bangun! Kau tak boleh tinggalkan aku. Aku tak izinkan!” mata Hilman bergenang. Dadanya mahu meletup bila Ariana masih lagi kaku. Sekali lagi dia melakukan CPR. Menyalurkan udara dengan harapan mata Ariana akan terbuka tapi dia hampa bila Ariana masih diam tak berkutik.
“Wake up Ari! Open your eyes. Aku sanggup maafkan kau. Jangan tinggalkan aku Ari. Please!” suara Hilman terdesak. Badan Ariana digoncang kuat. Kepalanya mahu pecah bila tiada tanda Ariana akan bangun.
“Ya Allah, Hilman. What happen?”
“Rafiq, do something. She is dying!” jerit Hilman pada Rafiq yang baru muncul.
Tiba-tiba Ariana terbatuk. Air keluar dari mulut dan hidungnya.
“Ari?”
“Aku belum mati lagi Hilman.” Suara Ariana lemah.
Hilman tarik Ariana ke dalam pelukannya. Air mata lelakinya jatuh. Dia mengucap syukur dalam hati. ‘Terima kasih Ya Allah kerana tak mengambil dia dari aku.’
“Jangan tinggalkan aku, Ari. Aku tak boleh bila kau…” Hilman menahan nafas. Tangannya menggigil. Dia tak dapat bayangkan sekiranya Ariana benar-benar pergi dan tak kembali. Dia tak rasa dia akan mampu hidup. Dia hanya ada Ariana.
“Aku rasa nak mati bila kau… bila kau tak bernafas tadi. Jangan tinggalkan aku Ari. Aku rayu…” suara Hilman sebak. Dadanya sarat dengan perasaan yang tak dapat ditafsirkan.
“Aku tak pernah tinggalkan kau.” Perlahan Ariana balas dengan mata yang tertutup rapat. Nafasnya lemah.
“Kita kena bawa Ari pergi hospital.” Tegur Rafiq risau dengan keadaan lemah Ariana.
Hilman angguk dan melepaskan pelukannya. Dengan berhati-hati dia mencempung Ariana yang masih lemah.
“Aku sayang kau Ari.” Perlahan suara Hilman berbisik di tepi telinga Ariana. Dan dada Hilman lapang setelah menuturkan ayat itu. Ya… dia sayang Ari.
Share this novel