“Ari! Kau dah gila ke?” Erin cuba merampas pisau di tangan Ariana tapi Ariana menepis tangan Erin. Dia menghulurkan lagi pisau itu pada Hilman yang terdiam.
“Ini yang kau nak Hilman. Bunuh aku.”
“Aku tak nak kotorkan tangan aku dengan menyentuh kau. Kau kotor Ari. Hatta sehelai rambut kau pun aku jijik nak sentuh.” Dalam suara Hilman. Air mata Ariana buat dia rasa teruk. Teruk kerana buat Ariana menangis lagi tapi bagaimana dengan air mata emaknya? Lebih banyak yang tumpah kerana meratapi kematian seorang anak lelaki. Dan emaknya turut… Hilman menahan nafas. Emaknya turut pergi…
Ariana menahan sendu. ‘Sampainya hati Hilman. Begitu sekali Hilman membencinya. ‘
“Stop it Hilman. You’re hurting her feelings.” Marah Erin.
Hilman ketawa sinis. Dia geleng kepala. “You don’t know how much I suffer Erin. You just don’t know and now you’re telling me that I hurt her feelings? Damn it! She deserves it!”
Ariana gigit bibir menahan esakan yang mahu pecah. Sampai bila dendam ini akan dibawa Hilman? Sampai dia mati?
“ Adik aku mati, tak lama lepas tu mak aku pun ikut jejak adik aku dan aku… aku derita. Aku sakit. Sakit kat sini.” Hilman tumbuk dada kirinya. Air mukanya keruh mempamerkan rasa sakit dan terluka yang bukan sikit.
Ariana terkejut. Cik Yah? Cik Yah dah meninggal? Kepalanya bagai dihempap dengan batu besar. Tangan Ariana jatuh ke sisi. Air mata semakin lebat membasahi pipi. Bibirnya bergetar ingin menyatakan sesuatu tapi tiada kata yang terluah. Ya Allah… dia tak tahu. Patutlah Hilman begitu berdendam dengannya. Dia faham sekarang.
“Aku hilang segalanya sebab kau Ari. Jadi kau tahu kenapa aku benci kau? Semuanya salah kau. Aku dah tak ada apa Ari. Tak ada apa yang tinggal untuk aku.” Hilman senyum pedih. Air matanya turut jatuh. Nafasnya rasa berat.
Share this novel