Aku tahu kau masih hidup, aku tahu kita berkongsi udara yang sama dan masih menetap di bumi yang sama. Tapi mengapa? Mengapa dalam banyak-banyak tempat, kita diipertemukan di sini. Semula selepas episod hitam yang telah lama aku cuba padamkan? Mengapa ada dia?
“Saya nak awak jelaskan pada saya, kenapa projek kat Samarahan tu tak siap lagi padahal due dah lama? Siapa yang handle?” soal seorang lelaki garang. Tubuhnya mendekati Rafiq dan dia terkejut bila seraut wajah di hadapan Rafiq menjamu matanya.
“Errr. Yang tu Jaafar yang incharge. Tak pe, tu kita tolak ke tepi dulu. Ni aku nak kenalkan kau dengan pekerja baru kita. Cik Ariana Erdina. Our Account Executive.”
Ariana senyum. Matanya dialihkan kepada lelaki yang memandangnya dari tadi. Ariana tersentak. Matanya bulat bila disajikan dengan tubuh sasa seorang lelaki tampan. Tajam mata lelaki itu memandangnya di sebalik kaca matanya.
“Kenapa Cik Ariana? You kenal Hilman?” Rafiq menyoal. Gaya Ariana seperti terjumpa kawan lama.
Nafas Ariana tersekat. Tiba-tiba dia hilang suara.
“Hilman? You all kenal ke?” Rafiq menyoal Hilman pula bila Ariana tak menjawab. Pelik bila Ariana tunduk memandang kaki sendiri.
“No... This is our first meeting. Hai Cik Ariana. Welcome to Kemuncak Holdings.” Hilman senyum sinis. Tangannya dihulurkan.
Ariana memandang sepi tangan yang dihulurkan Hilman. Hilman tak kenal dia? Atau pura-pura tak kenal? Dan kenapa hatinya rasa sakit. Sakit yang buat dia rasa mahu menangis.
“Sorry. I lupa you pakai tudung. I ingatkan you sama macam perempuan lain yang… Forget it.” Hilman tak menyambung kata. Dia menjatuhkan tangan. Senyuman sinisnya masih belum terpadam.
Share this novel