BAB 12

Romance Completed 7961

“Ari!” Ariana menoleh bila ada orang menjerit memanggil namanya. Dia tergamam seketika bila wajah tampan Arman menyapa mata. Dan kakinya mula berlari anak bila dia lihat tubuh Arman semakin mendekatinya. Jantungnya berdebar hebat. Langkahnya terabur. Habis semua orang dilanggarnya.

Dia tak tahu macam mana Arman boleh ada di sini. Biarpun sudah bertahun mereka tak berjumpa tapi dia masih ingat dengan jelas wajah Arman, orang yang pernah mencalitkan kesan hitam dalam hidupnya!

Ariana hampir terjatuh ke belakang kalau tak kerana ada sepasang tangan menahannya dari jatuh.

“Mata letak kat mana Ari?” dalam suara Hilman menegur. Dia turut terkejut bila tubuh Ariana melanggarnya. Dan wajah pucat Ariana menangkap matanya.

Ariana diam. Kepalanya toleh ke belakang melihat Arman dan nafasnya rasa semput bila tubuh Arman semakin mendekati dan kini berdiri di sebelahnya dengan nafas yang mengah.

“Ari, kenapa lari?” soal Arman. Baru dia perasan akan Hilman yang turut ada di situ. Wajah Hilman tegang.

Ariana tak menjawab soalan Arman. Dia ketap bibir menahan rasa. Dia tak selesa dengan pandangan tajam Hilman. Mungkin Hilman fikir dia dan Arman masih lagi berhubungan.

“Hilman. Lama tak jumpa.” Dalam senyuman Arman menegur.

Hilman langsung tak endahkan Arman. Dadanya rasa berbuku saat ini. Dihimpit rasa yang menyesakkan. Wajah pucat Ariana direnung tajam. Rahangnya bergerak menahan marah. Marah kerana ada Arman dalam hubungan mereka.

“Betullah sangkaan aku. Kau memang ada hubungan dengan Arman. Langsung tak cakap kat aku dulu. Susah sangat ke nak mengaku Ari? Dulu bermati-matian kau tak nak dia tapi siapa sangka kau cuma berpura-pura depan aku. Mulut kata benci, dalam hati suka. Sampai sanggup buat perkara terkutuk tu dekat stor sekolah dan…” kata-kata Hilman mati. Dia terpaku bila tamparan Ariana hinggap di pipinya. Hatinya menyumpah kuat bila air mata Ariana mula bertakung di birai mata sebelum menitis laju menodai pipi itu.

“Aku boleh terima kalau orang lain yang tuduh tapi bila kau…”Ariana terhenti seketika. Dia senyum pahit. Air matanya mengalir lemah.

“Ari, aku yang bersalah. Kalau tak sebab aku…” Arman mencelah.

“Diam! Aku tak akan maafkan kau Arman. Kau burukkan nama aku sampai aku rasa malu nak angkat muka. Sampai kawan baik aku sendiri tuduh aku tak ada maruah…” penuh kecewa Ariana bersuara.

Hilman terpejam sesaat mendengar tangisan Ariana yang menghiris hati lelakinya.

“Aku memang betul-betul dah tak bermakna dalam hidup kau kan Hilman?”

Hilman diam. Lidahnya seakan dipasung.

“Ari!” Arman jerit memanggil Ariana yang semakin menjauh tapi sikit pun Ariana tak menoleh. Dia menggeleng kesal. Memang salahnya. Dia yang menjadi punca Hilman memandang serong pada Ariana. dia perlu menjelaskan hal yang sebenar pada Hilaman. Mernjernihkan kembali keadaan yang keruh.

“Ari tak salah. Sebenarnya…” Arman mula bercerita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience