Balqis 6

Drama Series 5002

Suasana malam itu terasa amat dingin sekali, walaupun pada siang harinya matahari memancarkan sinarnya, namun tidaklah begitu terik. Kipas di atas kepala ligat berpusing dengan kelajuan sederhana, biarpun dicengkam kesejukan hingga ke tulang hitam, aku tetap setia menemani ayah duduk diruang tamu berselubungkan selimut dengan mata tak lepas dari kaca tv.

"Esok kamu tak ada plan nak kemana-mana ke?" soal ayah memecah keheningan malam.

"Tak tau lagi la ayah, tadi pun teman Ani ke bengkel je... hantar kereta dia rosak"

"Apa yang rosak kereta si Ani tu?"

Aku mengangkat bahu

"tak tau"

"Hmmph.. budak ni asyik tak tau, tak tau je. Ha! ni yang berselimut litup ni dah kenapa, masih tak kebah lagi demam tu... ubat dah makan ke belum?"

"Dah ambik ubat lepas makan nasi tadi." Aku membalas disertai dengan sedikit anggukan. Ayah menghabiskan sisa kopi dalam cawan yang berada kemas dalam genggamannya.

"Dah la, ayah nak masuk bilik baca Quran kejap lagi bagus. Yelah dari layan kamu ni asyik tak tau je. Tu dah tau tak sihat jangan berjaga sampai lewat malam, tv tu dah habis tengok jangan lupa tutup suis!".

"Iya Qis tau, ayah jangan risau okey".

Orang kata perempuan je yang kuat membebel, tapi ayahku tak kurang hebat jugak, kalau dilayan mahu berdarah telinga. Aku perhatikan gerak geri ayah sewaktu dia bangun dari duduknya dan kemudian berjalan menuju ke dapur... sudah menunjukkan yang dirinya sudah dimamah usia, sudah tak kuat lagi.

Nasib lah dapat anak macam aku ni, walaupun dah besar panjang ayah tetap melayan aku sama seperti aku masih kecil lagi. Bebelannya sudah biasa aku dengar, malahan itulah yang membuatkan aku rindu bila berjauhan dari ayah.

Terasa beban yang ayah pikul mendidik dan membesarkan aku tanpa kehadiran seorang wanita bergelar isteri. Aku menghela nafas panjang, kemudian ku hembus perlahan membawa pergi segala beban yang tergalas dibahu ayah selama ini. Itulah yang aku bayangkan dan doakan agar ayah memperoleh kesenangan dan kebahagiaan dengan hidupnya...

Mataku terpaku pada iklan hanphone di kaca tv, secara tak langsung fikiranku menerawang kepada peristiwa petang tadi bersama Zack...

"Zack, maaf pasal tadi. saya tak patut marah awak" Ani hanya mendiamkan dirinya sahaja.

"Awak marah saya? ala tak ada apa la, perkara kecik je tu. Saya faham, salah saya jugak memaksa awak, Nombor phone kan hak peribadi seseorang... Small matter jelah jangan risau ok!."

Ish! dia ni memang cool atau berlagak cool je? Tapi macamana sekali pun perasaan bersalah yang menebal di dalam diriku ini tetap susah untuk disingkirkan, walaupun Zack beriya-iya meyakinkan aku semua itu adalah 'perkara kecil sahaja' macam tak ada perasaan.

"Apa ni?" soal Zack tatkala aku menyuakan sekeping kertas sebelum kami berpisah, mata Zack tertumpu pada cebisan kertas yang tertulis 'BalqisHanim'.

"Itu id wechat saya, awak request je nanti saya add."

Sejak dari petang tadi hingga ke waktu ini aku masih tak menerima sebarang request dari Zack. Agaknya dia merajuklah tu getus hatiku. Mataku kejap-kejap melirik kepada handphone yang terletak diatas meja kopi. Hmm dah nak dekat pukul 12 malam, tak ada pun? Mungkin dia dah request kot... aku je yang tak perasan. Cepat-cepat aku capai phone diatas meja, hmm tak ada pun apa-apa notis! Sah Zack merajuk, buruk jugak ye kalau lelaki merajuk. Dan yang aku sibuk sangat ni kenapa ye? Biarlah dia.

"Balqis, Balqis..." terasa tubuhku bergegar

"Hey Balqis... bertuah punya budak, bangun-bangun masuk bilik tidur!"

Aku celikkan mata "Emmm... ya, ya Qis bangunlah ni" menguap dan bangun dengan jalan terhuyung-hayang.

"Tengok tu tv pun tak tutup." Kedengaran suara ayah sedikit meninggi.

Percayalah dalam keadaan begini jangankan suara ayah, kalau ada tembok kat depan aku waktu ini, pasti aku langgar jugak. Sampai sahaja dibirai katil aku terus merebahkan badan dengan agak kasar... Baru sahaja nak terlayang dibuai mimpi terdengar bunyi ping dari phone. Dengan terkebil-kebil aku jegilkan mata melawan cahaya dari phone yang berada dalam genggaman, aku tenung sehingga jelas kelihatan tulisan yang tertera nama Zakaria Ahmad request dari wechat. Tanpa membuang masa aku pun accept.

Assalamualaikum hai awak ty accept saya

Waalaikumussalam iya sama-sama

Awak tak tidur lagi ke, dah lewat ni?

Aku ubah posisi dari tadi terlentang kini aku menelangkup diatas katil beralaskan bantal dan berselubungkan selimut.

Saya dah lelap tadi, kenapa awak lambat

sangat request?

Sorry la saya banyak kerja kena buat, lepas tu saya
pergi stesen minyak beli top up sebab tu lambat.
Jangan marah ok :)

Yelah, yelah habis tu sekarang ni awak kat

mana, free la ye?

Ada dengan kawan kat kedai makan ni free la
jugak, awak nak join sekali ke?

Tak nak la kan dah lewat ni

Haha saja je ajak awak, manalah tau kalau boleh
keluar ke. Oh ye esok kalau free saya ingat nak
ajak awak keluar jalan-jalan sudi tak?

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Aku membuka mata pabila merasa silau dengan pancaran matahari yang tepat ke wajahku. Cepat-cepat aku beralih kesebelah. Aaahh! kepala terasa begitu berat, aduh peningnya... aku menyeringai sambil tangan memicit-micit kepala. Dalam keadaan terlentang aku menatap siling rumah, fikiranku melayang jauh mengutip memori semalam... alamak Zack! Baru aku teringat perihal malam tadi, kami berhubung melalui wechat.

Tanganku liar meraba-raba atas katil mencari smartphone kesayangan, bawah bantal... tak ada, jatuh katil ke? Uii janganlah jatuh katil kalau rosak phone tu nak beli yang baru kena kumpul duit lagi. Atas lantai pun tak ada... dalam selimut? Yes! jumpa jugak tingkah hatiku sedikit girang. Sepasang mataku tertancap pada ayat terakhir dari Zack yang masih belum aku baca lagi.

Haha saja je ajak awak, manalah tau kalau boleh
keluar ke. Oh ye esok kalau free saya ingat nak
ajak awak keluar jalan-jalan sudi tak?

Er... awak kenapa senyap je?

Tengah buat apa tu?

Hello?

Ok in case mungkin awak terlelap, apa-apa pun
selamat malam. Sweet dreams... don't let the
bedbugs bite you >.<

Ada segaris senyuman meniti di bibir, ayat terakhir dari Zack mencuit hatiku. Aku kerling jam yang tergantung di dinding sudah menunjukkan pukul 9:35 pagi. Tanpa berlengah aku bangun mengengsot dari katil dengan perlahan-lahan, agar denyutan sakit kepala yang ku alami sekarang ini tidak bertambah teruk. Dengan berselendangkan tuala aku mengorak langkah menuju ke bilik air. Kelihatan ayah sedang duduk di meja makan sambil meneguk air dengan cawan.

"Hah! dah bangun pun puteri kesayangan ayah ni, nyenyak tidur malam tadi? baru sekarang nampak batang hidung."

"Ayah ni saja je... perlilah tu, sekarang ni Qis sakit kepala tau." Tak jadi ke bilik air tanganku pantas menarik kerusi di meja makan, Kemudian aku duduk menongkat kepala dengan tangan.

Ayah hanya menggelengkan kepalanya melihatkan kelakuanku itu .

"Macamana tak pening, malam jadi burung jampuk tidur lewat, bangun pun dah terlepas subuh. Kenapa tak mandi lagi ni? pergi mandi cepat ayah ada buatkan sarapan nanti lambat-lambat sejuk pulak!"

"Iya kejap lagi 5 minit je okey?"

"Hmmph! teruk benar sakit kepala kamu tu ayah tengok."

Aku tak hiraukan kata-kata ayah, jari-jemariku laju memicit urat tegang yang berdenyut-denyut. Namun sakit kepala yang ku alami ini tak jugak beransur kurang.

"Mari sini biar ayah urutkan!" kedengaran suara ayah sedikit tegas dan sudah pun berdiri di sisi aku. Tangan kanannya diletakkan di dahi aku dan tangan kirinya pulak mencengkam bahagian diantara tengkuk dan kepala.

"Masih demam lagi ni, tak apa lepas ni pergi mandi baru boleh sembuh"

"Ya, ya." Hanya itu sahaja ayat yang terluah olehku sambil mengetap bibir menahan sakit.

Saat jarinya memulakan urutan terasa begitu melegakan sekali, terasa pengaliran darah semakin lancar. Kepala yang tadi terasa berat ditanggung oleh tengkuk kini beransur ringan, Oh ya hampir aku terlupa, ayah dalam hal mengurut ni memang pakar. Boleh dikatakan mana-mana orang kampung samada yang terseliuh, terkehel tulang, sakit-sakit badan pasti datang memerlukan khidmat ayah. Kemudian tangan ayah turun mengurut dibahagian leher dan akhir sekali turun ke bahu, genggamannya kuat memicit-micit disitu untuk seketika dan akhirnya berhenti.

"Dah, dah... pergi mandi cepat! lambat-lambat kang datang balik sakit kepala tu"

"Okay terima kasih ayah, leganya baru ringan kepala ni. Ayah memang macam ni!" Aku mengunjukkan isyarat tangan bagus.

"Sama-sama, hai... takkan terima kasih dengan pujian je, mana boleh cari makan macam tu. Hulur-hulur la sikit" seloroh ayah dengan tersenyum.

"Hah! biar betul, dengan anak sendiri pun nak berkira jugak ke?"

"Anak tetap anak mana boleh campur bisnes dengan urusan peribadi" Kali ini ada lirikan senyum di wajahnya.

"Itu macam ka?" Aku menyoal dan kemudian melangkah ke bilik air dengan ketawa sinis.

"Haha... dah la ayah nak ke kebun depan tu, kamu belum betul-betul sihat lagi duduk kat rumah je jangan cuba-cuba nak keluar pulak."

"Yes sir! your wish is my command!"

"Command, command... kamu keluar jugak siap la... rotan nanti." ayah memberikan isyarat jari telunjuk sambil berlalu pergi.

Hehe... ayah, ayah... macam nilah kami bergurau senda, kalau mood ayah baik ada je benda yang dia nak jadikan bahan. Tapi kalau hal-hal tertentu tak ada siapa pun boleh nafikan yang dia cukup tegas. Aku tersenyum sendirian dan kemudian menutup pintu bilik air. Dam!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience