Balqis 16

Drama Series 5002

Terasa tubuhku bergegar, aku berpusing mengiring dan mencelikkan mata. Kelihatan Noni berdiri hampir dengan katil. Semerbak haruman menusuk lubang hidung membuatkan aku terus bangkit dari pembaringan.
"Emm... kacaulah aku nak tidur ni." Aku terpisat-pisat memandang susuk tubuh Noni yang berdiri dihadapanku.
"Qis! jom teman aku."
"Teman kau kemana? Aku macam tak berapa sihat ni. Kau pergi sendirilah, tak boleh ke?" Terasa dada agak ketat hendak bernafas.
"Alaa, temanlah aku keluar kejap bosanlah."
"Kau ni kan esok dah start kuliah, harini rehatlah." Tiada kata-kata yang keluar dari mulut Noni hanya diam berdiri dihadapanku. Aku menatap wajahnya yang penuh mengharap, aduii dia ni kalau aku tolak mau mogok berdiri kat sini sampai aku setuju gamaknya.
"Yelah, yelah aku ikut kau!" Terdetik dihatiku saat itu yang aku telah membuat satu keputusan yang salah.
"Yay! Okay aku tunggu kau kat depan. Cepatlah bersiap." Entah kenapa hatiku terasa sangat berat untuk menemani Noni keluar waktu itu.
Teksi yang kami naiki berhenti betul-betul dihadapan kelab malam yang boleh dikatakan tidak asing lagi bagi warga Kuala Lumpur diwaktu malam terutama sekali dihujung minggu itu. Sebaik sahaja turun dari teksi mataku terlihat satu pemandangan yang tidak begitu menyenangkan. Dengan berbagai jenis manusia... tua, muda, lelaki, perempuan semuanya menghala kearah satu destinasi... pintu kelab malam yang tersergam megah dihadapanku itu.
"Weh Noni! Kau ni kalau nak jumpa dengan kawan tak ada tempat lain ke? Sejak bila kau pandai bersosial ni?"
"Alaa, dah dia ajak jumpa kat sini aku nak buat macamana? Dah jomlah masuk!" Noni menarik lenganku, hatiku berbelah bagi untuk melangkah masuk ke dalam kelab tersebut... yelah pertama kali katakan.
Sebaik sahaja melepasi pintu utama dan berada didalam kelab tersebut aku seolah berada di satu alam dimensi lain, mana kan tidak suasana dalam kelab tersebut cukup meriah dengan manusia yang kebanyakkannya berwajah melayu. Dari pelbagai lapisan umur lelaki dan perempuan, ada yang duduk dimeja bermesra-mesraan dan tak kurang juga yang bergelek di lantai tarian berpelukan tanpa segan silu. Asap rokok berkepul-kepul memenuhi segenap penjuru ruang ditambah lagi dengan bauan dari arak yang menusuk lubang hidung sudah cukup membuatkan aku lemas. Cepat-cepat tanganku menyeluk beg sandang mencari pam inhaler salbutamol namun tidak jumpa. Noni menarik lenganku dan kami menuju ke meja kosong yang berhampiran. Hampir 15 minit namun batang hidung kawan Noni masih tidak kelihatan lagi.
"Weh, Noni! Aku tak sukalah macam ni, sepatutnya dia yang tunggu kita bukan kita yang tunggu dia."
"Tak apa kita tunggu lagi 5 minit, kalau takde jugak kita balik." Aku tidak mengendahkan kata-kata Noni, sebaliknya aku sibuk mencari inhaler didalam beg sandang yang kubawa. Tidak puas hati aku keluarkan kesemua barangan dari isi perut beg bertaburan diatas meja, mataku meliar mencari inhaler namun hampa tiada.
"Kau ni kenapa Qis?" Soal Noni pelik melihatkan kelakuanku itu.
"Tak ada apalah!" Aku segera menyimpan semula barangan yang bertaburan diatas meja ke dalam beg. Tiba-tiba terlintas di benak fikiran 'saku seluar' cepat-cepat aku bangun dan memeriksa kesemua saku seluar tetapi hampa. Agaknya tertinggal di atas meja kipas bersebelahan katil, aduh kenalah balik cepat kalau macam ni.
"Hello gorgeous." Tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu suara yang datang dari arah hadapanku. Terlihat sesusuk tubuh seorang lelaki mat saleh berdiri tidak jauh dari meja kami.
"Sorry what did you say?" Soalku inginkan kepastian.
"I find that you have an attractive body shape, i admire it. May i join you both?" Tergamam kot macamana dia boleh kata batang tubuh aku menarik? Terus sahaja dia duduk di seat sebelahku tanpa dipelawa.
"What? How did you know my body shape look like?" Kemudian dia ketawa, aku dah mula rasa meluat. Ikutkan hati nak aja aku hempuk dengan beg sandang kat tangan aku ni.
"Relax! Chill, don't get mad. Okay, okay... when you stand up and searching something in your pockets. From there i can see the shape of your body, so attractive." Kemudian dia tersenyum sinis dengan ekor matanya melirik ke setiap inci tubuhku. Okay ini dah melampau aku memberi isyarat kepada Noni untuk segera beredar dari situ. Kali ini tidak ada bantahan dari Noni seolah mengerti situasi yang sedang berlaku Noni bingkas bangkit dari kerusi.
"I think it's time for us to go home now right? Soal Noni sambil menghulurkan tangannya kepadaku. Yes! Akhirnya masa untuk pulang. Aku sambut tangannya dan segera bangkit.
"Aww! Come on you guys. Don't go lets get to know each other." Hati aku melonjak kegirangan bagaikan ingin terkeluar dari dada. Aku sudah malas melayan mat saleh ni, lebih baik aku blah dari situ secepat yang boleh. Namun kegembiraan aku tidak lama hanya beberapa langkah sahaja lagi untuk sampai ke pintu keluar dari kelab pergerakan kami terhalang dengan kemunculan seorang lelaki secara tiba-tiba.
"Noni! Sorry aku terlambat!"
"Haiqal!" Hanya itu sahaja yang terluah dari bibir Noni. Aku pada waktu itu sudah mula merasa kecewa, nampaknya tak jadi balik macam ni.
"Nak kemana ni?"
"Aku nak baliklah ni tunggu kau tak sampai, sampai." Aku diam membisu membiarkan Noni dengan kawannya, kerana aku tidak kenal lelaki bernama Haiqal itu. Tetapi macam pernah nampak cuma tak ingat dimana.
"Alaa, aku terlewat sikit aja pun sebab traffic jam takkan dah merajuk." Noni memasamkan mukanya pabila mendengarkan alasan yang diberikan oleh Saiful.
"Jom, lepak dulu janganlah macam ni senyum sikit." Haiqal cuba memujuk sambil mencuit dagu Noni. Aku ada kat situ kot macam tengok drama melayu kat tv dah, Haiqal tersenyum puas bila Noni mengulum senyum tanda mengalah. Dalam pada masa yang sama Haiqal sempat mengerling kepadaku yang sedang terlopong melihat kelakuannya. Cepat, cepat aku memalingkan muka ke arah lain. Tidak tahu mengapa, tetapi timbul perasaan benci dan meluat melihat wajahnya yang seperti angkuh dan berlagak macho.
"Marilah Qis, kita duduk balik." Noni menarik tanganku agar menuruti dia menuju ke arah meja yang kami duduk tadi.
"Noni kau kata nak balik apa ni?" Aku berbisik ke telinganya.
"Kawan aku dah sampai, kita lepak kejaplah lepas tu aku janji kita balik okay." Hampa dengan jawapan Noni aku terus menghempaskan punggung di tempat duduk tanpa berkata apa-apa.
"Waiter!" Haiqal melambaikan tangannya memanggil pelayan.
"You berdua nak minum apa?" Tiba-tiba Noni berbisik sesuatu ke telinga Haiqal dan menggelengkan kepalanya, Haiqal merenung wajah Noni dalam-dalam. Apa agaknya yang dibisikkan kepada Haiqal? Macam ada sesuatu aja dorang berdua ni. Pelayan sampai di meja yang kami duduki.
"Yes sir, order sir?"
"Ah give me coke and you dear?" Meluat pulak bila dengar Haiqal memanggil Noni dear.
"Same like him, Balqis kau nak minum air apa? Haiqal belanja ni."
"Fresh orange." Spontan aku menjawap. Orang nak belanja kan lantak kau la.
"Okay that's all thank you." Haiqal mengisyaratkan kepada pelayan.
"Alright sir just a minutes." Sambil berlalu pergi.
"Sorry, i terlupa. Kenalkan ini housemate i, Balqis." Aku tergumam seketika bila Noni menyebut namaku.
"Qis yang ni kawan i Haiqal." Buat seketika kami bertentang mata.
"Hai saya Haiqal." Seraya menghulurkan tangannya. Salam bersambut disusuli dengan senyuman hambar dariku acuh tak acuh.
"Balqis!" Pandanganku singgah sekejap diwajahnya, kemudian cepat-cepat aku alihkan ke arah lain sebaik sahaja bertentangan mata dengannya.
"Oh! Cantiknya nama, secantik orangnya jugak." Aku tidak tahu samada itu ayat ikhlas atau ayat pujian nak ambil hati. Kau ingat aku senang nak hanyut dengan ayat murah macam tu? Tanganku yang masih berada didalam genggamannya... cepat-cepat aku tarik.
"Oops! Sorry jangan marah ya." Ujarnya lagi tersengih. Eh makin meluat pulak aku dengan dia ni.
"Hello! Mr. Haiqal, how are you?" Sepantas kilat aku berpaling ke arah datangnya pemilik suara itu. Hmmph... mat saleh ni lagi tak ada muka lain ke selain dia kat sini?
"Hello Mr. Richard how are you?" Haiqal bingkas bangun menyambut kehadiran lelaki yang bernama Richard itu. Dan kemudian mereka berbalas pelukan.
"Haha i'm good as always, well lucky you... got two beatiful angel here for the night." Tersengih sambil matanya melirik ke arah aku dan Noni.
"Er, well it's not like you think Mr. Richard. They're both my friend." Cepat-cepat Haiqal menyanggah. Aku pada waktu itu hanya mendiamkan diri sahaja, terkesima apabila di anggap sebagai perempuan murahan.
"This is Noni and over here is Balqis." Haiqal memperkenalkan kami kepada Richard.
"Yeah we've meet before you arrive, hello ladies i'm Richard." Sekadar melambaikan tangannya.
Ada lebih kurang 5 minit Haiqal dan Richard berbual dihadapan meja kadang, kadang berbisik dan diselang seli dengan gelak tawa. Entah apa yang dibualkan aku tidak tahu, tetapi gerak hatiku merasa tidak sedap.
"Aww, what? Since when you drink this... coke?" Soal Richard sebaik sahaja pelayan meletakkan minuman di atas meja.
"Come on i buy you, your usual drink."
"No, no it's okay." Kemudian Haiqal membisikkan sesuatu ke telinga Richard. Your usual drink? Apa lagi kalau bukan air kencing syaitan getus hatiku. Aku terus menggapai gelas yang berisi jus oren, ah! Aku tersentak boleh ke aku minum air sejuk ni?
"Okay ladies! I've got to go now nice to meet both of you see ya." Sambil melambaikan tangannya dan berlalu pergi. Aku hanya memerhatikan sahaja tanpa membalas lambaiannya kecuali Noni.
Aku meneguk jus oren dengan penuh nikmat sekali. Bukan selalu dapat minum air buah segar macam ni... ahh seronoknya, namun ianya terbantut apabila hidung ku yang sensitif ini menangkap bau dan asap rokok yang berkepul-kepul yang keluar dari mulut Haiqal. Serta-merta aku merasakan ruang pernafasanku sesak. Aku cuba bertahan buat tak tahu, namun dada ini semakin susah untuk bernafas.
"Noni! Aku dah tak tahan la, tak sihat ni."
"Eh kau okay ke ni Qis?" Aku gelengkan kepala sambil memandang kedalam matanya.
"Kau tengok aku okay tak ni?"
"Muka kau pucat! Haiqal, Haiqal jom balik."
"Lah baru je nak lepak dah ajak balik?"
"Kawan Noni ni, dia tak berapa sihatlah!"
"Oh! Sakit apa?"
"Banyak tanya pulak, dia ada penyakit lelah... athma cepatlah jom kita balik!" Mendengarkan aku kena serangan athma cepat-cepat Haiqal memadamkan api rokoknya.
"Okay tunggu aku kat depan pintu aku ambil kereta." Haiqal bingkas bangun dan bergegas keluar dari bangunan. Noni memapah aku yang terhoyong-hayang melangkah. Untuk sampai ke pintu utama aku rasakan seperti terlalu jauh dan terpaksa berhenti beberapa kali ambil nafas.
Sebaik sahaja kami melangkah keluar dari pintu utama Haiqal pun sampai dan segera mendapatkan kami.
"Apa awak buat ni!?" Aku terkejut dengan tindakan Haiqal yang mencempung aku tanpa meminta izin terlebih dahulu.
"Awak tak sihat kan? Dah jangan banyak tanya!" Aku terdiam bila mendengarkan ketegangan suara Haiqal.
"Noni! Kau duduk kat belakang teman kawan tu!" Noni hanya mengangguk dan terus duduk disebelah aku yang ketika itu sudah tersandar di tempat duduk bahagian belakang.
"Sekarang kita nak kemana ni? Hospital? Klinik? Atau balik rumah?"
"Klinik!"
"Rumah!" Serentak aku dan Noni menjawap.
"Okay balik rumah jelah!" Noni memberi kata putus.
"Aku tak tau jalan, Noni kau guide aku okay!"
"Okay, okay." Sebaik sahaja kereta yang dipandu Haiqal mula bergerak aku terus melabuhkan kepala ke bahu Noni dan memejamkan mata. Dan aku tidak ingat apa-apa selepas itu.

Share this novel

Nur Balqis
2020-07-05 20:30:46 

lagii please.....


NovelPlus Premium

The best ads free experience