Balqis 9

Drama Series 5002

Malam itu aku tidak dapat tidur, puas kalih badan kiri dan kanan namun amat payah untukku lelapkan mata, sedangkan ketika menonton televisyen tadi aku sudah menguap beberapa kali. Ish tadi mengantuk sangat, ni dah baring tak mahu pulak lelap. Kemudian aku bangun, duduk memeluk lutut diatas katil... termenung sendirian di dalam gelap. Fikiranku menerawang kembali pada kejadian petang tadi di hospital...

Hati ku gundah, gelisah diterjah dengan bermacam andaian. Siapa, Adam? Mengapa begitu cepat ayah mempercayai Adam? Apa ilmu yang Adam pakai sampai begitu mudah menundukkan ayah? Teringat saat aku memberikan telefon bimbit ayah kepada Adam.

"Ini, tadi ayah minta saya bagi telefon dia pada awak... boleh percaya ke?" tapi aku masih berat hati hendak memberikannya kepada Adam.

"Qis janganlah risau, saya akan sampaikan pada ayah..."

"Ayah?"

"Er, maksud saya pakcik... heh." Berkerut dahi aku mendengarkan ayat Adam itu. Nak tak nak dengan berat hati, terpaksa juga aku serahkan telefon kepunyaan ayah kepada Adam. Setelah dapat apa yang dihajati, terus sahaja Adam memecut kenderaanya meninggalkan aku disitu... termangu-mangu keseorangan di tepi jalan.

Agaknya ayah dah berkenan dengan Adam tak? Oh! tidak, tidak... patutlah tadi Adam tersasul menyebut 'AYAH' rupanya ini rahsia yang mereka berdua sembunyikan dari aku. No way, aku tak akan terima Adam, tidak sama sekali... tidak...

Deringan telefon bimbit membuatkan aku tersentak. Sudah pagi rupanya, aku terlelap dengan keadaan badan mengereng, terus aku gapai telefon yang masih lagi berdering.

"Emm?"

"Belum bangun tidur lagi, dah pukul berapa ni?"

"Siapa ni? aku masih lagi bermalas-malas diatas katil.

"Ayah pun kamu dah tak kenal?"

"Erk! ayah, Apa khabar?"

"Khabar baik, ayah dah boleh keluar... doktor benarkan ayah pulang. Kamu masaklah apa-apa yang patut, Adam makan dengan kita sekali nanti."

"Hah? dia ada sekali?"

"Iya dia ada sekali, dah bangun cepat siapkan apa yang ayah suruh tu... ayah kena tunggu doktor nak ambil ubat lagi ni. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Talian dimatikan, dalam hati aku sudah mula rasa meluat dengan Adam. Sekarang ni nama Adam tak lekang dari mulut ayah, itu Adam, ini Adam, sana Adam, situ pun Adam. Aargh! bencinya... kenapa dia mesti ada? Pakai guna-guna kot? Ishh! harap muka je handsome, tapi main cara halus. Kalau tak mana mungkin dalam masa yang singkat begitu mudah ayah mempercayai Adam? 'Tak baik tuduh orang sebarangan begitu Balqis, jangan fikir yang bukan-bukan!' hatiku berkata-kata seolah memberi nasihat. Terus aku bangkit mencapai tuala dan menuju ke bilik air, kemudian aku harus masak seperti yang diminta oleh ayah.

"Siap!" luahku sendirian sebaik sahaja selesai memasak dan menutup api dapur gas, sekarang hanya menunggu ketibaan ayah sahaja.

Setelah selesai meletakkan pinggan-pinggan berserta sudu dan air basuh tangan diatas meja makan aku bergegas ke ruang tamu pula, mengemas apa-apa yang patut. Itulah suka buat kerja last minit padan muka kau! Deringan telefon bimbit mematikan langkahku yang sedang asyik mengemas. Mataku tertancap pada skrin telefon, tertera nama Nurhanisah (Ani).

"Wehh.. Qis kau kat mana? Tak pergi hopital ke? Aku nak gerak dah ni"

"Aku ada kat rumah, ayah aku dah on the way balik tu, dah boleh keluar... Datang rumah akulah jelah."

"Ye ke? okey kejap lagi aku sampai!" panggilan dimatikan. Aku meneruskan kerja mengemas ruang tamu, hanya tinggal sedikit sahaja lagi untuk diselesaikan.

Tak sampai 10 minit kedengaran seperti kereta berhenti dihadapan rumah, cepat-cepat aku meninjau. Memang ada sebiji kereta dihadapan rumah. Keluar dari perut kenderaan tersebut ialah Adam, ayah dan seorang lagi... Zack! Dia pun ada?

Aku menyambut kepulangan ayah dimuka pintu, sempat juga aku mengerling ke arah Zack dan Adam. Tiada reaksi di wajah Adam kecuali Zack yang tersengih-sengih tatkala mataku bertentangan mata dengannya. 'Sukalah tu, dah tahu aku duduk kat mana. Aduh! aku dapat rasakan selepas ini hidupku pasti takkan aman.' Sebaik sahaja daun pintu terbuka aku mengucup tangan ayah, gembira bila melihat ayah sudah sihat kembali.

"Apa yang ayah suruh tu dah siap?" perlahan suara ayah menyoal.

"Sudah, hanya pinggan mangkuk je Qis dah letak kat atas meja tu hidangan belum lagi."

"Ha baguslah, kamu berdua jemput masuk, beginilah rumah pakcik tak besar mana pun."

"Cantik! kawasan rumah pun tenang je. Mendamaikan..." Adam memberikan komennya. Zack pulak? terus mataku tertancap kearah Zack. Huh! memang tak boleh diharap tak habis-habis dengan sengih dia tu! Getus hatiku.

Pandanganku beralih kepada ayah, ada segaris senyuman diwajahnya. Kemudian ayah mengunjukkan beg yang disandangnya kepadaku, didalamnya terdapat bungkusan plastik berserta barang keperluan ayah yang aku bawa semalam. Bungkusan baju ayah yang berada didalam plastik beg aku keluarkan, terus sahaja aku letak didalam raga baju kotor untuk dicuci kemudiannya. Ketika melintasi ruang tamu untuk ke bilik ayah, Adam, Zack dan ayah sedang rancak berbual. Topik perbualan tidak aku hiraukan sangat.

"Balqis, mari ke sini sekejap!" Tersentak bila namaku disebut oleh ayah.

"Iya, ada apa ayah?" Aku berpaling kepada ayah, tetapi ada dua pasang mata lagi merenung tepat kepadaku.

"Mari duduk sini, ayah ada dua benda penting nak cakapkan ni!"

"Qis simpan beg ni dulu ayah! Nanti Qis datang balik ya"

"Ye lah, ayah tunggu." Kemudian ayah sambung semula perbualan yang terhenti sebentar tadi. Aku teruskan langkah ke bilik ayah. Beg sandang diletakkan diatas meja solek, serentak dengan itu juga aku labuhkan punggung dibirai katil. Hal apa agaknya yang ayah nak cakapkan tu? 'Jangan-jangan ayah nak suruh aku buat pilihan yang mana satu diantara Zack dan Adam untuk dijadikan calon menantu?' Membulat mataku pabila hatiku berkata-kata begitu.

"BALQIS!" Aku tersedar dari lamunan, tatkala namaku dilaung oleh ayah. Berderau darahku waktu itu, mengandaikan bagaimana aku harus berdepan dengan situasi tersebut pada waktu itu.

Dengan berat hati aku melangkah keluar dari bilik, perlahan-lahan aku memandang wajah ayah. Berdebar-debar dada ini menunggu ayat seterusnya dari bibir ayah.

"Cuba kamu tengok, agaknya Ani kat luar tu!" Fuh lega, Ani sampai tepat pada waktunya ada jugak teman, Tak adalah aku gelabah sangat nanti bila ayah umumkan benda penting yang disebutkan tadi. Dari jauh Ani sudah tersenyum tatkala melihat kelibat aku datang mendekat. Sebaik sahaja pintu terbuka Ani menyerahkan bungkusan berisi buah kepadaku.

"Kau ni Ani, tak habis-habis dengan buah"

"Eleh tak reti bersyukur, orang dah bagi tu ambik jelah banyak songeh pulak dia. Kalau tak nak Meh sini, bagi aku balik!" di jelingnya aku dengan ekor matanya.

"Haha, buruk siku betul la, yelah-yelah terima kasih. Eh kau datang sini naik apa Ani?"

"Aku naik basikal je, bukan jauh sangat rumah kau ni pun! Macamana ayah kau Qis? dia balik naik apa?"

"Ayah aku okey je, Adam yang hantar... dia orang baru je sampai!"

"Adam ada?" Soal Ani teruja.

"Ya, bukan Adam aje... Zack pun ada sekali."

"Oh! Yeke?" kemudian Ani tertinjau-tinjau kearah ruang tamu.

"Dah, jom masuk! Kau pergi dulu aku nak potong buah ni kejap."

"Ish, gila kau... ada ke patut orang perempuan berborak kat ruang tamu dengan lelaki? Aku seorang pulak tu, tak nak lah Qis... seganlah."

"Dah tu kau nak buat apa pulak?"

"Kau nak buat apa?" Ani menyoal aku semula.

"Eh! orang tanya dia, dia boleh tanya kita balik? Aku nak ke dapur kejap, takkan nak biarkan ayah borak kosong je dengan tetamu."

"Okay kalau macam tu aku ikut kau ke dapur jelah!"

"Alright! bagus jugak ada pembantu peribadi tak dijangka ni, boleh bawakkan air dan kuih untuk tetamu yang datang." Aku terjerit kecil tatkala Ani mencubit pinggangku disaat kami memasuki ruang tamu, dimana perbuatan Ani itu telah menarik perhatian tiga pasang mata kearah kami.

"Assalamualaikum! Pakcik macamana dah sihat?"

"Waalaikumussalam, dah sihat sebab tu doktor benarkan pakcik keluar." Aku tak mempedulikan perbualan antara Ani dan ayah, terus sahaja aku melangkah laju menuju ke dapur. Setelah mencuci buah yang dibawa oleh Ani aku potong dan susun di dalam pinggan.

"Wehh, sampai hati kau tinggalkan aku seorang kat sana!"

"Mak!" aku terkejut dengan kedatangan Ani yang secara tiba-tiba."

"Hisy, kau ni pun kalau ye pun bagilah salam, buat terkejut aku je."

"Amboi melatah kau ye sekarang ni."

"Tak adalah aku terkejut je, baguslah kau dah ada ni... boleh tolong aku angkatkan dulang tu bawak ke meja makan tak?"

"Boleh je..."

"Okay kau angkat dulang tu, aku angkat teko ni... jom, jom!"

Aku dan Ani membatalkan niat hendak ke dapur semula kerana ditegah oleh ayah, katanya ada perkara mustahak hendak ditanyakan kepada aku. Kami duduk bersebelahan, walaupun aku kelihatan tenang tetapi jantungku berdegup kencang. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana berdebarnya hatiku saat ini.

"Pagi tadi, masa ayah masih kat hospital pakcik Yahya ada tanya pasal kamu." Mata ayah tepat merenung mataku, dan sudah pasti aku sedikit terkejut mendengarkan kata-kata ayah itu.

"Tanya pasal Qis? Maksud ayah apa? Qis tak faham lah."

"Begini, kamu kenal si Hussin tu bukan? ayah dia Yahya berkenan dengan kamu. Maksud ayah berkenan nak jodohkan kamu dengan anak dia si Hussin tu."

"Apa, Hussin?" terus terbayang wajah orang yang aku benci sekali dalam kampung ini. Ada hati nak memperisterikan aku? Dan lagi satu aku belum bersedia untuk menggalas title isteri buat masa terdekat ni. Bagaimana dengan cita-cita aku? Apa guna belajar tinggi kemudian duduk kat dapur jadi hamba sepenuh masa... dengan si Hussin pulak tu... Tidak, aku tak mahu!

"Dalam hal ni ayah tak boleh nak paksa, ini soal hidup kamu Qis. Orang yang berkenan dengan kamu... Jadi ayah tak boleh nak bagi keputusan kat pakcik Yahya cuma, ayah dah janji akan tanyakan hal ni kepada tuan punya badan sendiri. Sekarang ayah dah sampaikan, selebihnya kamu sendiri yang tentukannya." Aku pandang wajah ayah ada sedikit gusar diwajahnya, kemudian beralih ke wajah Adam tiada reaksi langsung, seterusnya aku memandang wajah Zack kali ini wajahnya nampak seperti orang susah hati.

"Balqis. Maaf ayah Balqis tak boleh terima Hussin. Lagi pun masih banyak yang Balqis perlu belajar sebelum bergelar isteri kepada sesiapa pun. Maaf ayah bukan tujuan Balqis nak kurang ajar dengan ayah, Balqis sedar selama ni pengorbanan ayah bersusah payah membesarkan Balqis sehinggalah sekarang ini. Terima kasih ayah atas segalanya, Balqis memang tak ada niat nak menjadi anak derhaka." Aku tidak dapat meneruskan kata-kata lagi kerana dadaku terlalu sebak. Air mataku bercucuran dari tubir mata. Aku bangun dengan hajat hendak melarikan diri ke dapur malu kerana menangis dihadapan tetamu, lebih-lebih lagi depan Adam dan Zack, aku ke sinki dan membuka pili air untuk mengaburi tangisanku. tanpa aku duga ayah sudah pun berada disisiku, aku hanya diam cepat-cepat menyeka air mata yang bergenang dan mengalir di pipi. Ayah hanya tersenyum dan kemudian memeluk bahuku.

"Dah, dah... Kamu tak salah apa-apa, Balqis seorang jelah puteri ayah takkanlah ayah nak paksa puteri kesayangan ayah ni pulak. Ini soal hidup kamu, sebab kamu yang akan hidup bersama dengan orang yang kamu pilih tu. Ayah tak ada hak dan tak boleh paksa kamu untuk menikahi sesiapa pun. Amanah ayah cuma membesarkan kamu dan memberi didikan agama yang secukupnya, selebihnya kamu yang kena tentukan kehidupan kamu sendiri."
Aku teresak-esak seperti budak kecil di bahu ayah

"Okay sudahlah, hidangkan makanan pulak... ayah dah lapar ni cepat-cepat." sambil menepuk bahuku ayah berlalu pergi keruang tamu. Aku melambai dari dapur memanggil Ani, bukankah Ani pembantu peribadi sementara aku hari ini? Sempat juga aku mengerling kearah Zack, kali ini riak wajahnya telah berubah seperti senang hati dengan keputusanku itu. Terkocoh-kocoh Ani datang mendapatkanku.

"Ha! ada apa panggil aku ni?"

"Wehh, tolonglah aku siapkan hidangan ni, tahulah Adam ada kat sana."

"Aik? ini sudah terbalik! Tetamu kena tolong siapkan makan tengahari? Tak patut memang tak patut hehe."

"Ah, mengada la kau macam tak biasa pulak kat rumah aku ni."

"Ha, ha yelah, yelah hmmm... sedapnya bau." kembang kempis hidung Ani menghidu mangkuk yang berada di tangannya.

"Hisy, buruk betul perangai akak aku seorang ni."

************************************************************************

Pukul tiga petang hujan turun dengan lebat, Adam dan Zack meminta diri untuk pulang di ikuti oleh Ani, itupun setelah dipelawa oleh Adam untuk menumpangkan Ani pulang hingga ke rumah. kalau nak tunggu hujan reda, alamatnya sampai ke malam pun belum tentu berhenti lagi. Sebaik sahaja kereta yang dipandu oleh Adam bergerak dan hilang dari pandangan aku berpaling kebelakang.

"Tadi ayah kata ada dua benda nak cakapkan kat Qis, lagi satu apa dia?"

"Hmm... yang lagi satu tu, buat masa ni biarlah dulu... lain kali baru ayah bagitahu. Sekarang rasanya macam tak sesuai pulak." Ayah terus beredar sambil menepuk-nepuk bahuku. Isk orang tua ni macam rahsiakan sesuatu je, kot ye pun cakap sajalah... nak tunggu bila agaknya masa yang sesuai tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience