Jam sudah pun menunjukkan pukul 6:15 petang namun tiada tanda hujan akan berhenti, walaupun tidak selebat tadi namun titisan hujan masih jatuh menimpa bumi... kedengaran bunyi kereta menderum memasuki kawasan rumah Ani.
Itu mesti ayah ungkap Ani kemudian bingkas bangun menuju ke dapur, aku membetulkan duduk dan berpura-pura sedang menikmati air teh tadi. Daun pintu dibuka dari luar kemudian terjongol Haji Yussof (Pak Usop) dan diekori oleh Hajah Salmah (Mak Mah).
"Assalamualaikum pakcik, makcik!" aku bangun mendapatkan mereka berdua.
"Waalaikumussalam" serentak kedua orang tua Ani menjawap salam dariku.
"Ha Balqis! kamu dah lama sampai ke, mana Ani?"
"saya dah lama sampai, Ani ada kat dapur pakcik..."
"Hmm.. tak mengapalah kalau macam tu pakcik ke dapur simpan barang dulu." sambung Pak Udin lagi sempat lagi matanya menjamah tubuhku atas bawah dan kemudian berlalu pergi. Aku tersipu malu.
"Kamu sudah makan ke Balqis!?" Soal makcik Salmah sambil membuka tudung yang melitupi kepalanya.
"Belum lagi makcik, tadi minum teh je." aku membalas dengan sedikit senyuman.
"Ish! dari tadi kamu duduk tak jamah apa-apa makanan pun? Ani ni pun satu kawan datang bagi minum teh je"
"Tak mengapa makcik, tadi pun ada makan biskut jugak." Aku hanya tersengih bila mendengarkan kata-kata makcik Salmah.
"Biskut aja? mana nak kenyang. Nantilah tunggu makcik masak kejap lepas tu kita makan sama sekali."
"Eh, tak apalah makcik buat susah aja."
"Susah apanya? kamu tu macam tak biasa dengan makcik, dah macam keluarga pun. Duduklah dulu ya makcik pun nak ke dapur jugak ni. Nak tengokkan pakcik kamu tu ha harapkan dia buat kerja, memang tunggang langgang lah jawapnya." Kemudian membuntuti pak Udin menuju ke dapur. Aku hanya tersenyum dan mengangguk sahaja, terdetik dalam hati kalaulah arwah mak masih hidup lagi alangkah bahagianya. Qis rindukan mak, terasa dadaku sebu bila mengenangkan hanya sekejap sahaja masa aku dapat bersama dengan arwah mak, mataku sudah mula berkaca.
"Kau ni kenapa Qis, okay ke ni?" Cepat-cepat aku melontarkan pandangan keluar jendela sambil mengesat mata yang sudah mula bergenang.
"Eh! aku okay je tak ada apalah" aku menjawap dengan suara yang sedikit bergetar. Adoi time nilah baru dia nak muncul tak boleh nak layan feeling sikit.
"Tak payah nak sorok dari akulah, aku dah lama kenal kau... kau pun dah macam adik aku sendiri!" Aku tertunduk mendengarkan pengakuan ikhlas dari Ani terhadap diriku ini.
"Dah jom! kita gerak, tapi temankan aku ke bengkel kejap boleh kan?"
"Baiklah akak boleh je tapi, adik nak upah gula-gula tau"
"Apasal panggil aku akak pulak? datanglah mengada dia tu!" Ani menjuihkan bibirnya yang mungil itu. Aku tertawa kecil melihatkan reaksi yang ditunjukkan oleh Ani. Ya Ani lah kakak Ani juga ibu dan Ani jugalah sahabat yang paling rapat dan aku sayangi. Kemudian kami pun bergerak menuju ke destinasi yang di maksudkan tadi.
Kereta yang dipandu oleh Ani berhenti betul-betul di hadapan sebuah kedai yang satahu aku sudah lama tutup.
"Ni bukan kedai uncle Goh ke, sejak bila dah jadi bengkel kereta pulak ni?"
"Hmm tak lama sangat pun ada la, dah dekat sebulan dua bengkel kereta ni dibuka."
Terbayang bagaimana suatu ketika dahulu bengkel kereta ini adalah kedai runcit uncle Goh dan selalu menjadi tumpuan orang kampung untuk membeli barangan keperluan harian. Maklumlah dulu tak ada highway macam sekarang, kalau nak ke pekan jauhnya dalam 3 kilometer, jadi kedai runcit unlce Goh inilah yang paling dekat.
Aku mundar-mandir dihadapan bengkel mengimbau kisah lalu sampai tak sedar kehadiran seorang lelaki disitu.
"Maaf kereta cik rosak ya?" Aku berpaling ke arah datangnya suara itu, kelihatan seorang pemuda dengan seragam mekanik di dada kirinya tertulis nama Adam sedang melihat aku dari atas ke bawah berulang kali. Terlupa yang aku hanya memakai seluar shorts dan sudah pasti itu akan mengiurkan ramai lelaki yang melihat pakaian yang membaluti tubuhku ini. Aku bergegas mendapatkan Ani yang berdiri dihadapan keretanya.
"Kereta cik rosak ke? sorry kami dah nak tutup kedai. Apa kata cik berdua datang semula esok!"
"Esok ke, ok tak apalah kalau macam tu tapi, saya risau jugak cuma nak tau samada kereta saya ni kerosakannya serius atau tak itu je."
Tanpa berlengah pemuda tadi terus duduk di seat pemandu dan menghidupkan enjin kereta, berderum bunyi yang datang dari kereta Ani memecah keheningan petang itu. Pedal minyak ditekan kuat berulang kali, setelah berpuas hati enjin kereta dimatikan.
"Rasanya kereta cik ni ada masalah dengan piston, sebab bunyi enjin agak kasar, mungkin nak kena overhaul. Kalau boleh cik datang semula esok, saya check sekali lagi." jelasnya lagi disertai dengan senyuman.
"Tak ada masalah ke kalau saya bawa kereta ni jauh-jauh?"
"Jangan risau cik boleh drive kereta ni lagi cuma, kalau boleh elok diperbaiki secepat yang mungkin, yelah untuk mengelakkan kerosakkan yang lain pulak."
"Okay! kalau dah macam tu esok saya hantar kereta ni ke sini, Qis! jomlah kita gerak sekarang"Belum pun sempat pintu kereta dibuka tiba-tiba muncul seorang lagi pemuda menyapa aku.
"Hai! saya Zack, boleh saya tau nama awak?" seraya menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku. Terkedu dengan perlakuan lelaki itu aku hanya memberikan senyuman tawar dan membatukan diri tanpa menyambut salam yang dihulur olehnya.
"Aww.. rilek la saya tak makan orang pun" jelasnya lagi dengan tersengih-sengih menyuakan kertas kecil yang berlipat kepadaku.
"Ap... apa.. ni?" pantas tanganku menyambar dan membuka lipatan kertas tersebut.
"Itu nombor phone saya, , sekarang saya nak nombor phone awak pulak boleh?"
What? dia ni apa, terus straight to the point, tak buang masa langsung selamba je dia... desis hatiku. Zack menghulurkan pen dan secebis kertas kepadaku, setelah berfikir panjang aku pun menulis sesuatu di atas kertas tadi, kemudian aku serahkan semula kepada Zack.
"Kau ni Zack... pantang nampak perempuan seksi laju je"
"Kau ni macamlah tak kenal aku cik Adam oi!"
Alamak! seksi sangat ke aku ni? tanpa berlengah terus sahaja aku masuk ke dalam kereta dan memberikan isyarat agar Ani segera meninggalkan kawasan itu dengan seberapa segera. Zack melambaikan tangannya tatkala kereta Ani bergerak dari situ.
"Apahal pulak tu?" soal Ani
"Entah... mamat tu tadi mintak nombor phone aku!"
"Dah tu kau bagi ke?"
"Aku bagi jugak la dah terpaksa... nak buat macamana tapi, bukan nombor aku la"
"Habis! kau bagi nombor siapa?"
"Hehe... adalah shhh.. biarlah rahsia" aku tersenyum sinis, Ani menggelengkan kepalanya sahaja.
Keadaan jalan pada waktu itu agak lengang dan hujan masih lagi turun namun tidak lebat.. kenderaan yang kami naiki melewati kawasan kampung yang sunyi sepi. Beginilah keadaan kampung pada waktu malam bukan seperti di bandar besar.. semakin waktu melewati malam ketika itulah penghuni kotanya sibuk mencari hiburan.. aku merindui suasana dikota besar sekurang-kurangnya tidaklah aku dicengkam dengan kebosanan seperti yang aku alami sekarang ini. Aku menggigil kesejukan.. cepat-cepat aku memeluk tubuh disertai helaan nafas kedinginan.
"Kau Okey ke ni Qis?" tangannya memegang tanganku dan kemudian naik ke dahiku
"Ya Allah! kau demam ni, kita ke klinik kejap ya"
Aku menggelengkan kepala bila mendengar cadangan Ani itu.
"Tak apalah Ani... dah lambat ni, nanti mengamuk pulak ayah aku!"
"Ala kejap je ayah kau mesti faham kan"
"Yelah, yelah" aku dah tak kuasa nak bangkang lagi.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Kereta Ani membelok ke perkarangan rumah, sebaik sahaja enjin kereta dimatikan daun pintu rumah terbuka, kelihatan ayah tercangak-cangak melihat kami berdua.
"Hah! baru sekarang balik, ingatkan dah tak jumpa jalan nak balik rumah tadi. Dah ni kenapa pulak?" Aku tergamam membisu seribu bahasa.. yang aku mampu lakukan hanya tunduk merenung lantai dan bergelut dengan kesejukan yang mencengkam diri ini.
"Balqis dia demam. Saya dah bawak dia ke klinik tadi" Ayah hanya diam sahaja dan membiarkan kami masuk. Aku terus masuk ke bilik dan menghempaskan badan di atas katil.
"jangan lupa makan ubat tu, aku balik dulu... esok aku datang lagi ya bye Qis" Aku tak pedulikan Ani, mata semakin berat dan aku tak ingat apa-apa lagi.
Terasa pipiku diusap lembut kemudian tangan itu menyeka dan membelai rambut yang menutupi sebahagian wajah. Aku membuka mata, Ani tersenyum memandangku.
"Masih panas lagi ni, dah la bangun cepat dah siang ni... teman aku jom!"
"Nak kemana pulak? tak nak la kan aku tak sihat!" menyelingkup muka ku dengan bantal.
"Jomlah teman aku kejap pergi bengkel, tak ada siapa lagi nak temankan aku seorang je ni" Ani menarik bantal dan mencubit pipiku.
"Adoi sakit lah!" sambil mengusap bahagian yang dicubit tadi.
Agak lama juga kami menunggu di bilik yang disediakan, kereta Ani terpaksa ditinggalkan beberapa hari di bengkel untuk dibaiki. Perut sudah mula berkeroncong, menyesal tak sudah kerana sebelum keluar dari rumah aku hanya makan sekeping roti untuk mengambil ubat sahaja.
Sekejap-sekejap mata ku mengerling Ani dan ke arah jam yang tergantung di dinding bilik tersebut, sudah pukul 12:45 tengahari mana pulak dia ni? desis hatiku. Daun pintu terkuak dari luar muncul susuk tubuh yang aku kenali tak lain dan tak bukan ialah Zack.
"Sorry lama tunggu? jomlah saya hantar awak berdua balik sekarang!"Ani menjeling aku sambil berbisik.
"Amboi lajunya dia Zack dah datang"
"Diamlah!" luahku spontan cepat-cepat aku menyiku Ani. Giliran aku pula menjeling ke arah Ani yang pada waktu itu tergelak kecil. Zack pada waktu itu membukakan pintu seluas-luasnya dengan senyuman manis disertai lirikan matanya kepada kami berdua.
Kami turuti langkah Zack dengan berhati-hati agar tidak tersepak atau terpijak perkakasan bengkel yang bertaburan di atas lantai. Dalam keadaan terhoyong-hayang aku cuba mengimbangi Badan
"Plop!"
"Ahh!"
Tiba-tiba aku merasakan sesuatu yang hangat di kaki kanan, langkahku terhenti Serta-merta... Ani dan Zack yang berada beberapa rantai dihadapan menoleh kepadaku.
"Ya Allah Qis!" Ani separuh menjerit tatkala melihat kaki kananku berada didalam bekas tadahan dilumuri dengan minyak hitam. Zack tersenyum sinis bila melihat aku yang hanya terdiam berdiri kaku, dengan reaksi cemas yang jelas kelihatan diwajahku pada waktu itu.
"Amboi... time nilah dia nak buat hal!" Ani mengusik, aku hanya membalas dengan senyuman kelat acuh tak acuh.
"Tolong aku Ani!" sambil menghulurkan tangan
"Alala, comelnya dia hehe"
"ANI! sampai hati kau" bibirku muncungkan. Hanya itu yang mampu aku luahkan, geram dengan sikap Ani pada waktu itu yang tak habis-habis mengusik dari tadi.
"Maafkan saya, mari saya bawak awak ke paip sana!" Tiba-tiba Zack menawarkan dirinya untuk membantu. Aku merasa sedikit senang hati dengan kata-kata Zack itu.
"Aahhh, Zack!" Aku menjerit... terkejut sungguh aku dengan perlakuan Zack yang tiba-tiba memeluk bahu dan menarik tanganku tanpa diduga. Mata Ani membulat melihatkan adegan di depan mata seperti didalam adegan filem romantis, aksi si hero dan si heroin. Wajahku sudah merona kemerahan menahan malu.
"Ala, kejap je... saya bantu awak biar cepat sampai ke paip sana!"
"Tapi, tak perlulah sampai macam ni... malulah saya."
"Bukan ada siapa pun... kan?"
"Ada, tu... kat sana" sambil menunjuk kepada Ani.
"Haha ada-adalah awak ni, dah sampai pun." Zack kemudian menurunkan aku dihadapan pili paip.
"Tunggu disini saya ambilkan sabun!" Ani berdiri disebelahku dengan tersenyum simpul.
"Ni dah kenapa pulak ni? adalah tu nak usik aku lagi... tak puas lagi ke?" Zack muncul dengan sebungkus sabun serbuk dan terus memberikannya kepadaku.
"Saya tunggu awak kat kereta" kemudian terus berllau pergi meninggalkan aku dan Ani disitu.
"Haih! kenapalah bukan kaki aku tadi yang termasuk ke dalam bekas minyak tu? Kalau tak... Oh! Zack..." sambil meliuk lembut memperli aku.
"Ish! dia ni kan" aku angkat kasut yg dilumuri minyak seperti mahu melemparkannya kepada Ani, Tapi Ani terlebih dahulu melarikan diri dengan ketawa sinisnya. Panas sungguh hati aku bila disakat begitu.
Share this novel