Balqis 13

Drama Series 5002

Tubuhku terasa digoncang, sayup-sayup kedengaran suara memanggil namaku. Mata terasa amat berat untuk dibuka.

“Qis! Bangun oi! Bangunlah dah subuh ni!.”

“Emmm…” Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut aku. Tiba-tiba Ani menarik tanganku sehingga membuatkan aku terduduk secara paksa. Tersentap dengan perbuatannya membuatkan aku mencelikkan mata dalam kepayahan melawan terang lampu bilik.

“Emmm… apa dia Ani?” soalku terkebil-kebil sambil menggaru pangkal leher.

“Dah subuh ni, bangunlah solat.”

“Yelah orang bangunlah ni, lagi 5 minit okey.” Balasku acuh tak acuh, tanpa mempedulikan Ani aku rebahkan semula badan dan mengeliat. ‘Ahh leganya, dah jangan dilayan sangat mata ni nanti lagi menjadi… tak apa lagi 5 minit je…’

Selimut yang membaluti tubuhku direntap, aku membuka mata tatkala merasakan bahagian pehaku ditepuk berkali-kali. Mataku tertancap pada sesusuk tubuh yang berdiri disisi katil.

“Qis bangunlah cepat, dah pukul berapa ni.”

“Yelah, yelah orang nak bangun solatlah ni.”

“Ya Rabbi! Solat apa bendanya? Dah cerah dik oi!”

“Eh! Yeke?” Aku terpisat-pisat seketika melihat persekitaran dalam bilik tidur tersebut.

“Dah pergi mandi cepat, lepas tu boleh sarapan sama.”

"Allright" spontan aku menjawap disertai dengan senyuman dan ‘peace sign.’ Tanpa mempedulikan aku Ani terus keluar dari bilik, ‘eh Ani masih marah kat aku lagi ke? Mungkin dia banyak kerja agaknya sebab itulah dia tak berapa nak layan aku sangat’ aku bermonolog menyedapkan hati sendiri. Aku terus bangkit kemudian mengemas katil membetulkan cadar ala kadar sahaja. Tuala kucapai dan tanpa membuang masa aku bergegas menuju ke bilik air, diruang tengah rumah sahaja aku sudah terhidu bau meehun goreng 'wah sedapnya, laparlah pulak kan malam tadi aku makan sikit je, tak apa cepat mandi lepas tu boleh makan meehun.' Sebelum aku menutup daun pintu bilik air sempat mataku menangkap kelibat Ani yang sedang sibuk didapur menyediakan sarapan pagi.

Hampir pukul 8:30 pagi, aku ketika ini sudah pun berada di meja makan menghadap meehun goreng, teh panas dan jemput-jemput kentang berserta sambal belacan hasil dari air tangan Ani. Sempat dia buat semuanya ini seorang diri, kalau aku memang tak mampulah... angkat bendera putih. Aku sungguh kagum dengan Ani. Turut sama berada di meja makan itu ayah, Adam dan Ani... masing-masing begitu asyik dengan hidangan yang sungguh menyelerakan tekak.

“Semuanya dah siap ke? Tak ada tinggal apa-apa lagi?” Suara ayah memecah kesunyian yang membungkam suasana pagi itu.

“Erm… semuanya dah siap. Pukul 10 nanti baru kak Lia sampai.”

“Ooh, eh Adam tambah lagi... masih banyak lagi tu takde siapa nak makan nanti!” bila mendengarkan kata-kata ayah itu terdetik dihatiku untuk cuba menambahkan lagi kemesraan antara aku dan Adam. Dengan pantas aku bangun dan mencapai mangkuk berisi meehun goreng dan menyendukkannya ke pinggan Adam yang telah tersedia kosong.

“Yelah Adam jangan malu-malu tambah lagi. Rugi tak makan banyak, semuanya Ani yang masak, sedap tau.” Ani menundukkan kepalanya cuba menyembunyikan wajahnya yang kemerahan tersipu malu tatkala aku memuji masakannya dihadapan tetamu. ‘Eleh malulah pulak mengada betul akak aku seorang ni.’

“Adam apa pulak kan abang kamu tu! Mulai dari sekarang kenalah biasakan diri tu panggil Adam sebagai abang.” Alamak macamana boleh lupa pulak ni, ikutkan memang betul aku kena panggil dia abang. Segan pun ada maklumlah dari kecil hinggalah ke hari ini baru aku tahu yang aku ada seorang abang dimana baru beberapa hari yang lepas dia adalah orang asing. Sempat aku jeling kepada Adam yang ketika itu sedang tersenyum sinis.

“Er, er… ma… makanlah bang Adam, nanti… sejuk pulak.” Adoi lain macamlah pulak nak ber abang, abang ni. Dari mula jumpa dah biasa panggil nama je. Aku toleh Ani disebelah terlihat riak mukanya yang sedaya upaya menahan tawanya dari terhambur keluar. Panaslah pulak hati ini bila melihatkan reaksi dari Ani. ‘Wahai hati sabar jelah kan ada tetamu ni… biarkan je jangan layan sangat nanti kelain pulak jadinya.’ Aku cuba mententeramkan diri sendiri dan membalas dengan senyuman tawar.

………

Lagi 15 minit sebelum pukul 10 pagi, mengikut janji kak Alia dia akan sampai pada waktu itu… dan aku sudah bersedia menunggunya di anjung rumah bertemankan beg, beg yang akan ku bawa bersama ke kampus. Turut ada bersama denganku ketika itu tak lain dan tak bukan ialah ayah dan juga abang Adam yang pada waktu itu sedang duduk di kerusi dan berbual-bual mengenai kisah kehidupan Adam. Selalunya setiap hari pada waktu sebegini rumah ini begitu sepi, tetapi tidak pada hari ini. Sekali-sekala tembok kesunyian yang membelungi rumah ini sudah mula berubah dipecahkan oleh deraian tawa diantara ayah dan abang Adam. ‘Amboi rancak sungguh mereka berbual sampai lupa aku kat sini, harapnya kehadiran abang Adam akan menceriakan semula keluarga ini dan aku tak perlu risau meninggalkan ayah.

Ani pula pada waktu itu? Sedang tersengih sendirian menghadap smartphone yang berada didalam genggamannya. Suasana sepi seketika kadangkala kedengaran bunyi kenderaan yang membelah jalanraya berhampiran dengan rumah. Tidak seperti dibandar, kenderaan bertali arus tanpa henti yang kadangkala boleh membuatkan otak berserabut. Aku pasti akan merindui suasana sunyi kampung sewaktu berada dikolej nanti.

Aku mengambil tempat duduk disebelah Ani yang ketika itu dah macam orang sasau sejak dari tadi lagi tersengih sendirian dengan telefon pintarnya, nasib baik zaman dah berubah kalau tidak memang dah kena chop orang gila.

“Ani!”

“Ada apa Qis?” soalnya acuh tak acuh.

“Kau buat apa tu? Kusyuk betul, sampai tak peduli orang sekeliling.”

"Chat dengan kawan je ni." Balas Ani pendek tanpa mempedulikan aku, Jari-jemarinya ligat menari-nari diatas skrin telefon pintarnya.

"Sampainya hati, belum gerak lagi, dah sibuk chat dengan kawan..." Aku muncungkan bibir sebagai tanda protes dengan reaksi dari Ani.

"Yelah, yelah... sorry" itu sahaja perkataan yang terluah dari bibir mungilnya. Belum pun sempat untuk aku meneruskan kata, kata tiba-tiba muncul sebuah kereta berwarna hitam berhenti betul-betul dihadapan pintu pagar rumah. Aku segera bangkit dari kerusi dan bergegas menuju ke jendela beranda yang sudah sedia terbuka luas. Sebaik enjin kereta dimatikan muncul sesusuk tubuh keluar dari perut kereta bersama lambaian darinya, dan orang itu tidak asing bagiku. Terlihat sahaja wajahnya sudah cukup untuk membuatkan aku melahirkan segaris senyuman meniti dibibir.

"Kak Alia!" Aku separuh menjerit kegirangan tanpa dapat ditahan-tahan perasaan rinduku yang bersarang didalam hati padanya, terasa kalau boleh hendak sahaja aku melompat terus dari jendela tersebut memeluk tubuh insan yang aku sayang itu. Tapi bila difikirkan balik jauh juga jarak antara jendela tersebur dengan pagar rumah... kalau aku lompat tak jauh kemana pun pasti jatuh ketanah macam nangka busuk.. dah tentu sakit bukan.

"Kot ye pun pergilah buka pintu tu Qis oi! duk terjerit kat situ buat apa? Isk bertuah punya budak." Aku menoleh kepada ayah yang sudah pun turut sama bangun meninjau keluar melihat kearah tetamu yang baru sahaja tiba. Sebaik sahaja pintu yang memagari rumah terbuka luas aku terus menerkam dan memeluk tubuh kak Alia tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

"Haha, adoi kuatnya peluk... tolong, tolong... oksigen!"

"Alamak kuat sangat ke kak Lia?" Aku terus melonggarkan pelukan pada tubuh kak Alia sebaik mendengarkan ayat yang terlontar dari mulutnya itu.

"Kuat sangat ke kak Lia? Sorry, sorry Qis tak sengaja!"

"Tak adalah akak gurau je." sambil mengenyitkan matanya. Aku memasamkan muka dan menjauhkan diri selangkah kebelakang darinya.

"Alahai, kenapa? merajuk ke adik akak ni?" pantas sahaja tangannya mencubit kedua belah pipiku tanpa dapat ditepis.

"Ahhh! sakitlah... bencinya!" Kak Alia pun sama macam Ani, habis pipi aku yang jadi sasaran. Dorang ni tak ada benda lain ke nak buat?

"Haa! Alia alang, alang dah sampai ni marilah masuk dulu..." Kali ini ayah bersuara dan kelihatan abang Adam berada tidak jauh dibelakang ayah.

"Eh! tak apalah pakcik saya tak boleh lama... nak cepat, ada janji nak jumpa orang lagi ni lepas hantar Balqis."

"Kalau ye pun masuklah makan sekejap kan nak jalan jauh tu!"

"Yelah kak Lia marilah masuk dulu makan, makan kejap aja, lagi pun orang tua ada kata rezeki jangan ditolak." Aku pula cuba memujuk, mana tahu kali ni lembut pula hati kak Alia untuk menerima permintaan dari adiknya ini.

"Tak apalah akak baru aja makan tadi, masih kenyang lagi ni." Kak Alia masih tetap berkeras menolak pelawaan aku.

"Kalau dah macam tu tak apalah, sementara Balqis masukkan beg dia ke dalam kereta kamu tu... pakcik bungkuskan aja untuk kamu buat bekal nanti." Kali ini kak Alia tak mampu lagi untuk menghalang setelah beberapa kali menolak pelawaan ayah. Aku segera mengatur langkah untuk mengambil beg, beg yang berisi pakaian untuk disumbat kedalam kereta. Abang Adam membantu aku dengan mengangkat beg yang sudah sedia terletak ditangga, Aku terus berpatah balik mengekori langkah abang Adam. Ketika aku hampir bertembung dengan kak Alia tiba-tiba langkahnya terhenti dan matanya tertancap pada sebatang tubuh yang berdiri tidak jauh dihadapannya.

"Hai Ani!" Kak Alia cuba menyapa ada sedikit getaran pada nada suaranya, namun tiada maklum balas daripada Ani. Aku hampir terlupa diantara Ani dan kak Alia mereka berdua sudah lama tidak bertegur sapa kerana sedikit salah faham, tak boleh jadi ni aku harus buat sesuatu untuk mengelakkan keadaan bertambah buruk.

"Kak Lia, kunci mana? Nak bukak bonet kereta ni... Qis nak letak beg!"

"Ah ye, kejap akak lupa nak bukak, sorry." Kak Alia bergegas mendapatkan aku yang sudah menunggu berhampiran keretanya. Aku menyumbat beg pakaian ke dalam bonet kereta sebaik sahaja ianya terbuka.

"Weh, Qis... Ani masih marahkan akak lagi ke? Takkanlah sampai sekarang Ani masih berdendam dengan akak lagi?" Suaranya separuh berbisik.

"Er... tak tahu lah kak Lia sebab Ani tak ada pulak cerita apa-apa pasal akak kat Qis." Aku sempat mengerling pada kak Alia, diwajahnya jelas terlihat betapa kecewanya dia dengan sikap sahabat lamanya Ani. Aku gapai tangannya dengan harapan dapat menenangkan gelojak perasaan yang sedang melanda hatinya pada waktu itu.

"Dah lah kak Lia, jangan fikirkan sangat, satu hari nanti Qis yakin semuanya akan okay." Aku cuba menyedapkan hati kak Alia dengan kata-kata yang keluar secara spontan dari mulutku ini, macamlah aku ni ada kuasa untuk mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa hadapan.
Tak apa aku bertekad akan cari jalan untuk membuatkan Ani dan kak Alia berbaik semula seperti sebelum ini. Kak Alia membalas dengan senyuman tawar. Ish manis jugak walaupun senyum terpaksa, nasib baik aku pangkat adik... Kalau tak memang dah kena tarik bibir tu.

"Emm.. yelah akak pun harap begitu jugak.. Amin." Aku turut sama membalas senyuman kak Lia.

"Okay semuanya dah siap kalau tak ada apa-apa yang tertinggal jom, kita gerak sekarang."

"Rasanya tak ada apa lagi dah jomlah." Aku segera mendapatkan Ani dan abang Adam yang berdiri di pintu pagar rumah, pada masa yang sama ayah kembali bersama dua bungkusan plastik ditangannya. Aku dan abang Adam bertentangan mata buat sekian kalinya, tangan kuhulur dan salam bersambut ini kali pertama dalam hidup aku mengucup tangan seorang lelaki yang bergelar abang.
"Abang! Tolong tengokkan ayah ya."
"Iya adik jangan risau, fokus pada pelajaran okey!" Adam membalas disertai dengan senyuman. Terasa sangat kekok, kulit muka terasa tebal cepat-cepat aku beralih kepada Ani. Tiba-tiba Ani mendepangkan tangannya dan dengan sepontan aku menekup kedua belah pipiku dengan tangan sambil mengelak.

"Kau ni dah kenapa?" soal Ani ikut sama tertawa dengan ayah dan abang Adam.

"Eh! ingatkan nak cubit pipi tadi, tu yang mengelak."

"Hisy budak ni aku tampar kang. Tak adalah aku nak peluk kau je, janji tak cubit." Setelah pasti dengan janji Ani aku membalas pelukannya, terasa sedikit sebak untuk melepaskannya.

"Dah sampai sana jangan lupa mesej aku." Ani menepuk-nepuk bahuku dan aku hanya mengangguk perlahan. Kemudian aku beralih pada ayah.

"Nah ni ayah dah bungkuskan meehun goreng tadi, boleh lah buat bekal dalam perjalanan nanti." Aku kucup tangan ayah terasa berat hendak pergi... aku merasakan seperti kehilangan sesuatu dan sangat sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata.

"Qis pergi dulu ayah, InsyaAllah cuti sem akan datang Qis balik lagi."

"Yelah, jaga diri baik-baik, jangan campur dengan budak-budak tak senonoh kat sana." Sambung ayah lagi sambil tersenyum. Aku segera masuk kedalam perut kereta kemudian diikuti oleh kak Alia.

"Alia, tu pakcik ada bungkuskan bekal buat kamu berdua, Ani yang masak semua tu... jangan tak makan pulak!"

"Wah! kalau Ani yang masak mesti sedap." Ani seperti tadi hanya mendiamkan diri sahaja tiada sebarang reaksi darinya.

"Terima kasih pakcik saya minta diri dulu Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam." Serentak ayah dan abang Adam menjawap salam. Kereta bergerak semakin jauh meninggalkan perkarangan rumah, aku memerhatikan suasana kampung yang bakal aku tinggalkan dan wajah-wajah orang yang aku sayangi untuk beberapa bulan… InsyaAllah aku akan kembali lagi. Sekarang aku harus fokus pada pelajaranku. Dalam masa yang sama hatiku menjerit... kawan-kawan dan Kuala Lumpur aku datang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience