Balqis 3

Drama Series 5002

"Ya Allah! kenapa dengan kamu ni Qis?" itu perkataan yang terkeluar dari mulut Ani bila dia melihat aku terketar-ketar kesejukan di dalam hujan.. aku hanya membalas dengan melemparkan senyuman tawar,

"Mari cepat masuk!" Ani mendapatkan aku dengan tergesa-gesa dan aku pada ketika itu hanya mampu tercegat diam macam kucing sesat menunggu diluar pagar. Tangan ku disentap oleh Ani yang menarik aku masuk kedalam rumah..

"Kenapa ni Qis, apa dah jadi dengan kau ni?" soal Ani.. sambil tangannya menyeka rambutku yang berjuraian di dahi, ada sedikit gusar kelihatan di wajahnya..

"Err tak ada apa-apa" aku menjawap sambil menggelengkan kepala. Ani jangan risau okey" kataku sambil cuba untuk tersenyum semanis yang boleh,

"Kamu ni Qis buat aku risau jelah.. tunggu sini kejap!" Ani kemudian meninggalkan aku sendirian di hadapan tangga rumah... mataku mengekori setiap langkah Ani sehingga dia hilang dari pandangan.

Di saat itu fikiranku melayang mengimbau kembali kejadian tadi antara aku, Rosli dan Husin.. 'Aku, biasalah sedang bergurau senda dengan buah hatiku' itulah ayat Husin yang terngiang-ngiang berulang kali di kepala ku dan setiap kali itulah timbulnya perasaan marah, ianya amat menyakitkan hati.. Kehadiran Rosli juga tepat pada waktunya kalaulah Rosli tak ada tadi entah apa yang akan berlaku.

"Nah ambil ni.. tuala dan baju kering" lamunanku terhenti entah bila Ani datang aku pun tak sedar, salin cepat nanti demam pulak ujar Ani sambil menghulurkan pakaian yang disebutkan tadi.

"Eh..! takkan salin kat sini kot?" aku menyoal kebingungan.. Ani memandang wajahku dengan sedikit terkejut,

"Nak salin kat sini pun boleh jugak, nanti pak lebai lalu nampak ada anak dara tukar baju kat depan pintu rumah mesti terbabas bawak motor masuk semak!" terbahak-bahak Ani ketaw8a. Aku memasamkan muka, tawa Ani semakin reda bila melihat reaksiku pada waktu itu.

"Apalah kamu ni Qis salin baju kat dalam bilik akulah! dah, dah... cepat pergi mandi salin baju tu sekali. Baju yang basah ni nanti boleh disidai!" dengan tersenyum sinis aku melangkah ke bilik Ani.

Sekembalinya aku ke ruang tamu sudah terhidang teh panas dan biskut diatas meja, Ani menanti aku dengan sabar sambil tersenyum melihat aku yang seperti tidak selesa memakai baju gantian tadi..

"Eh! kenapa tu Qis, lain macam je aku tengok?" Tak dinafikan walaupun aku anak kampung tetapi dalam segi pakaian boleh dikatakan yang aku ni up to date, ya up to date je tak lebih dari tu ok. Tapi percayalah baju yang tersarung ditubuhku saat ini membuatkan aku merasa sangat kekok. Kalau di Bandar tak apalah jugak masih boleh dipertimbangkan, tapi sekarang masalahnya aku berada dikampung.

"Hmmm.. Ani, tak ada baju lain ke?" soal ku sambil mengerutkan muka.

"Ha! ok lah tu sesuai sangat baju tu dengan kamu" diikuti dengan isyarat bagus oleh Ani.

"Ish! sesuai? baju tu boleh lah tapi seluar ni pendek sangatlah.. seluar panjang atau seluar tracksuit tak ada ke, yang aku pakai ni baju siapa pulak... baju kau ke ni Ani?" Tiada respon dari Ani hanya senyumannya sahaja yang terukir dibibirnya.

"Mestilah baju aku, takkan baju mak aku pulak." Terbayang dalam kepala macamana rupanya Ani pakai baju dan seluar short.

"Maaf lah baju tu je yang aku ada kalau tak suka tanggalkan jangan pakai apa-apa haha"

"Uish..! buang tabiat?" aku membalas sambil menjelirkan lidah disusuli dengan gelak tawa kami berdua.

"Sudah! mari duduk.. cerita kat aku kenapa dengan kamu sampai basah kuyup begini..?"

"Oh!"

Dengan serta-merta tawa ku terhenti lalu aku melabuhkan punggung duduk di hadapan Ani, fikiran ku menerawang memikirkan dari mana patut aku mulakan cerita kejadian tengahari tadi untuk diterangkan kepada Ani.

"Oi..! jauh mengelamun macam ada masalah je Qis?"

"Emmm.. begini, tadi sebelum aku kemari Husin dengan rakan-rakannya ada dekat simpang tiga sana tu.."

"Husin!? apa dia dah buat kat kamu Qis?" soal Ani tidak sabar.

"Kalau ya pun tunggulah aku cerita sampai habis dulu ni yang malas nak cerita. Nak dengar ke tak?" soal ku lagi"

"Ooh..! sorry. . . sambung lah cepat!" Ani mendesak. Dari mula Husin dan rakannya mengganggu aku hingga kepada kehadiran Rosli semuanya aku sampaikan pada Ani..

"Begitulah kisahnya sebab tu aku basah kuyup.." aku menamatkan cerita, Ani terdiam seketika sambil memandang wajahku... kali ini aku pulak yang kehairanan melihatkan perubahan riak muka Ani itu.

"Kenapa Ani ada yang tidak kena ke, aku salah cakap? atau si husin juga pernah ganggu Ani juga sebelum ini?" soalku bertubi-tubi tanpa memberi ruang untuk Ani bersuara, masih berdiam tanpa sebarang jawapan lebih membuatkan hatiku berdebar-debar. Kemudian Ani memandang ke wajahku dengan pandangan yang tajam, sambil mulutnya terbuka sedikit seolah-olah ada sesuatu yang terbuku dihatinya untuk diluahkan, dan ini lebih membuatkan aku bertambah risau.

"Qis..!" Ani menyebut namaku..

"Ya ada apa Ani? abang Rosli ada hati dengan kamu tu... tunggu apa lagi? orang dah suka jangan jual mahal" seloroh Ani.

"Apa!?" soalku sambil menjegilkan mata kami ketawa.

"Eh! nanti kamu ada keluar tak Ani?

"Ada.. aku nak ke pekan ke bengkel kereta kejap, kenapa Qis?

"Aku nak tumpang sekali kereta kamu boleh? sampai lorong kerumah aku pun jadilah boleh tak?"

"Em..!" boleh tapi kena tunggu kejaplah.. ayah aku pakai kereta tak balik lagi ni.."

"Okay! terima kasih balasku memandang wajah Ani senyum mengulum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience