Aku sampai dirumah hari sudah pun senja, keadaan rumah agak gelap. Dengan tergesa-gesa aku masuk ke dalam rumah dan menghidupkan suis lampu, risau jugak kalau-kalau ada orang berniat jahat atau nak pecah rumah, memang bahaya. Aku keliling di dalam rumah memastikan sekiranya ada tanda-tanda orang pecah masuk atau tidak Sudah menjadi kebiasaan yang di tekankan oleh ayah... setiap kali masuk rumah harus memeriksa keadaan rumah dahulu, lebih-lebih lagi kalau balik lewat malam. Setelah berpuas hati aku pun salin pakaian dan menuju ke bilik mandi.
Segala yang aku lakukan malam itu serba tak kena, yelah sudah menjadi kebiasaan waktu begini aku bersama ayah menonton televisyen. Entah bagaimana agaknya ayah sekarang. 'lagipun kat sini ayah ditemani cik misi yang cantik, dan muda-muda lagi.' Tergelak sendirian aku bila mengingatkan ayat yang diucapkan oleh ayah petang tadi.
Aku bingkas bangun menyediakan sepersalinan baju, berus gigi dan tuala kering untuk dibawa ke hospital esok hari. Malam masih muda lagi, tetapi aku memutuskan untuk tidur awal memandangkan tidak ada apa-apa untuk aku lakukan.
Pagi itu sebelum aku berangkat ke hospital, Ani sempat menghubungi aku mengatakan yang dia akan menemui aku disana. Sebaik sahaja turun dari teksi, aku pun mengorak langkah memasuki kawasan lobi hospital. Tercari-cari kelibat Ani namun tidak ketemu jua. Mana Ani ni? kata nak jumpa kat hospital, batang hidung pun tak nampak.
Aku kerling jam ditangan, sudah pukul 12:15 tengahari, agaknya Ani dah masuk wad melawat ayah kot... aku bermonolog di dalam hati. Tanpa berlengah aku pun menuju ke wad ayah ditempatkan. Ketika langkah kaki ini semakin menghampiri katil ayah, aku terlihat susuk tubuh lelaki yang tidak asing lagi berada disamping ayah.
"Apa kau buat kat sini?" Terus sahaja aku lontarkan soalan sebaik sahaja kaki ini berhenti melangkah berhampiran katil ayah.
"Ha Qis! kot ye pun bagilah salam dulu. Ini tak, main serbu je"
"Eh ma, maafkan Qis ayah! Assalamualaikum..." terus sahaja aku menghulurkan salam kepada ayah, kemudian aku membongkok dan mencium tangan ayah.
"Waalaikumussalam! kan bagus macam tu dah berapa kali ayah ingatkan, kita ni orang Islam bagilah salam dulu setiap kali berjumpa dan berpisah... baru berkat hidup tu."
"Iya maafkan Qis ayah! tak sengaja, bukan apa Qis cuma..." kata-kata itu terhenti di situ tidak bersambung tatkala bertentang mata dengan lelaki yang berada disamping ayah. Adam... Apa dia buat kat sini? kenapa dia berada disini? untuk apa dia disini? dia datang dengan Ani ke? mana Ani?
"Cuma apa?"
"Tak, tak ada apa! Ayah dah makan?"
"Hmmph! belum lagi, ayah pun dah lapar jugak ni"
"Kalau begitu saya belikan roti kat kedai bawah tu, pak, cik... tunggu sekejap ye"
"Adam! tak payah la susah-susah ayah... er pakcik okay je." Huh? aku salah dengar ke apa ni? ayah bahasakan dirinya 'Ayah' bila bercakap dengan Adam. Dan Adam pulak semasa menyebut perkataan pakcik tersekat-sekat sebelum menghilangkan diri dari situ dengan tergesa-gesa. Hati aku kuat mengatakan, ayah dan Adam seperti ada menyembunyikan sesuatu dari aku.
"Ayah! ada nak beritahu Qis apa-apa ke? Macam sembunyikan sesuatu je dari Qis"
"Ya ada tapi, nantilah ayah ceritakan... bukan sekarang!"
"Rahsia apa tu? Please! cakaplah sekarang kenapa mesti tunggu?"
"Sabar lah, kot ya pun tunggulah ayah keluar dari hospital dulu!"
Tak guna aku paksa ayah lagi, kalau dah itu katanya tak ada siapa pun yang boleh bangkang. Nampaknya terpaksalah aku tunggu sehingga ayah betul-betul sembuh. Tak apa aku akan cuba tanyakan pada Adam. Kali ini aku tersenyum sendirian.
"Ni apahal terkulat-kulat seorang diri pulak ni? Semua barang dengan baju ayah ada bawak tak?"
"Ada! ni ha dalam beg plastik, semuanya cukup" aku mengunjukkan beg plastik yang berada di dalam genggaman kepada ayah. Ayah mencapai beg tersebut dan tangannya terus meraba-raba mencari sesuatu.
"Yelah tu! semuanya cukup, Phone ayah mana? Tak bawak sekali ke?"
"Eh? alamak! Qis terlupalah ayah, manalah nak ingat semua tu"
"Haih! susahlah macam ni, kalau ada apa-apahal ayah nak call macamana?"
Aku mengetap bibir, kerana merasakan diri ini lalai hinggakan telefon bimbitnya pun boleh terlupa, ya aku mengaku memang salah aku jugak... apa yang kau fikirkan sampai terlupa nak bawak? Mungkin setelah melihat riak wajahku yang serba salah ini, ayah pun menyambung semula kata-katanya.
"Yang lebih penting lagi, tak dapatlah ayah nak call cik misi malam nanti."
"Ish ayah ni! biar betul."
"Betul lah! ingat ayah main-main?"
Kemudian ayah tersengih, aku pulak tersenyum dengan usikannya dan gembira melihatkan ayah semakin ceria. Begitulah ayah sekiranya dia marah, tak pernah di tunjukkan. Dalam ketegasannya ada terselit usikan yang membuatkan aku tertawa. hanya orang yang tidak faham sahaja akan mengatakan yang sebaliknya.
Share this novel