Aroma dari bungkusan meehun goreng memenuhi segenap ruang penjuru didalam kenderaan yang dipandu kak Alia, sudah cukup membuatkan perutku berkeroncong semula sedangkan kami baru sahaja memasuki lebuhraya utara selatan. Aku berpaling ke arah tempat duduk belakang, ikutkan hati hendak sahaja digapai bungkusan meehun goreng yang dibekalkan oleh ayah tadi. ‘Sabar Balqis kan baru makan, tunggulah kejap lagi makan sama dengan kak Lia.’ Aku bermonolog memujuk hati sendiri.
“Qis! Kau okay ke… asyik pandang belakang aja? Ooh, akak dah tahu ni mesti meehun goreng tu kan? Haha.”
“Isy kak Lia ni… memandai aja dia.” Aku membalas disertai dengan jelingan tajam.
“Aii kan baru makan tadi? Takkan dah lapar balik?” Mengangguk pun tidak menggeleng apatah lagi, aku hanya tersengih membalas persoalan dari kak Alia.
“Makanlah banyak-banyak, nanti badan tu dah gemuk macam badak jangan salahkan orang… tak laku baru padan dengan muka.” Tu dia panjang lebar kak Lia membebel, isy sampainya hati kak Lia doakan aku macam itu. Ini yang rasa macam nak luku sedas.
“Wah, wah suka kan kalau Qis gemuk? Cakaplah merapu nanti Qis betul-betul gemuk siaplah lah kak Lia” Kemudian kak Lia ketawa mengekek.
“Gila tak suka, muka comel pipi pau memang akak cubit, cubit je… geram tau.”
“Eh! Qis nampak gemuk ke kak?”
“Tak pun… tapi itu yang akak akan buat kalau Qis dah gemuk.”
“Isy, akak ni! Saja aja kan.” Aku tarik muka dengan kak Alia.
“Kalau macam tu, jangan berani jadi gemuk faham? Kalau tak… sendiri mau ingat!” Ada sedikit tawa dihujung kata-katanya itu.
“Jangan mimpilah kak Lia itu semua tak akan terjadi.” Aku membalas semula dengan perasaan penuh yakin.
“Baik, baguslah kalau begitu... kot ya pun lapar, nantilah kita makan sama kat hentian rehat depan sana tu aja tak jauh lagi dah.” Aku melemparkan pandangan jauh kehadapan mencari-cari hentian rehat yang dimaksudkan oleh kak Alia itu.
“Oh ya! Hampir terlupa, akak nak tanya Qis ni… siapa lelaki yang kat rumah tadi? Tunang si Ani ke tu?”
“Hah! Yang tu ke? Bukanlah, lelaki tu er…”
“Isy dia ni! Apa er, er? Cakap ajalah, tak payahlah nak buat suspen pulak.”
“Lelaki tu bukan tunang Ani, tapi dia tu abang Qis!” Aku terus memandang wajah kak Alia yang menunjukkan reaksi terkejut dengan perkhabaran yang baru aku sampaikan itu.
“Eh! Setahu akak… Qis kan dua beranak aja dengan ayah, abang tu datang dari mana pulak?” Wajah kak Alia berkerut kebingungan meminta kepastian.
“Qis pun baru tahu yang selama ni Qis ada seorang abang. Untuk pengetahuan akak, dulu sebelum ayah bersama dengan emak… ayah pernah berkahwin atas pilihan keluarga. Tapi ayah tak ada perasaan cinta kat bini pertama dia, ayah tinggalkan bini dia dan bersama dengan emak Qis ni. So… macam tulah serba sikit ceritanya, faham?” Ada sedikit anggukan dari kak Alia.
“Wow! Tak sangka akak, Qis ada abang. Boleh tahan jugak, handsome.” Aku mengerling kepada kak Alia tatkala mendengar perkataan yang keluar dari mulutnya itu.
“Haa… akak! Amboi dah mula la tu, buah hati pengarang jantung seorang tu nak letak kat mana pulak?”
“Eh! Akak masih belum berkahwin lagi, dengan ini bermakna akak tidak dimiliki oleh sesiapa secara rasmi. So… hati ni masih boleh muat lagi tahu.”
“Dah mulalah tu nak jadi playgirl, kalau buah hati akak abang Nas tahu boleh jadi perang dunia ke tiga ni haha.” Ada segaris senyuman dari bibir mungilnya, cukup manis… patutlah ramai yang jatuh hati pada kak Alia.
“Kenapa tenung akak sampai macam tu sekali? Tahulah lapar, jangan makan akak… akak ni tulang aja tak ada isi pun.” Aku tertawa kecil tatkala mendengarkan kata-katanya yang tanpa diduga dan mencuit hati.
“Kita dah sampai pun!” Aku mengalihkan pandangan dari wajahnya kepada jalan yang kami sedang tempuhi itu.
“Okay kita park kat sana ajalah redup sikit.” Ujarnya lagi sambil menuding jarinya ke tempat yang dimaksudkannya. Aku hanya mengangguk sahaja tanpa bersuara sepatah pun.
“Tunggu kat sini kejap, Qis nak minum air apa? Akak belanja.”
“Eh? Makan kat dalam kereta aja ke?”
“Iyalah, kita kan makan bungkus aja… senang lepas makan terus cabut. Eh cepatlah nak air apa?”
“Apa-apa ajalah kak.”
“Okay pintu, lock.” Kak Alia bergegas menuju ke gerai menjual air dan mataku mengekori langkahnya sehingga kelibatnya hilang dari pandangan. Aku mencapai phone yang berada di dalam beg sandang, jariku menguis-nguis skrin phone tidak ada apa-apa yang menarik. Sekilas aku terpandang sesuatu yang menarik perhatian. Aku membelek beberapa keping cd lagu yang berada di dashboard kereta.
‘Wah ada lagu Ne-Yo… best, best.’ Aku tersengih sendirian, tanpa berlengah aku terus memasukkan cd tersebut dan memainkan track lagu One in a million. Di saat lagu mula berkumandang bahuku mula mengikut rentak muzik. Aku tak hiraukan keadaan sekeliling, aku sudah tenggelam dengan alunan yang keluar dari speaker. Mataku tertancap kepada lirik lagu yang berada ditangan, aku ikut sama menyanyi…
"Jet setter
Go getter
Nothing better
Call me Mr. been there done that
Top model chick to your every day hood rat
Less than all but more than a few
But I've never met one like you
Been all over the world
Done a little bit of everything
Little bit of everywhere
With a little bit of everyone
All the girls I've been with
Things I've seen it takes much to impress
But sure nough your glow it makes your soul stand out from all the rest
I can be in love
But I just don't know
Baby one thing is for certain
Whatever you do it's working
Other girls don't matter
In your presence can't do what you do
Theres a million girls around but I don't see no one but you
Girl you’re so one in a million
You are
Baby you’re the best I ever had
Best I ever had
And I’m certain that
There ain’t nothing better
No there ain’t nothing better than this”
Tuk, tuk, tuk tiba-tiba cermin kereta diketuk oleh kak Alia.
"Amboi menyanyi sakan nampak sampai tak ingat dunia, patut lah ramai budak lelaki pandang tak lepas kereta akak ni... ingatkan ada benda buruk yang terjadi ke." Panjang lebar kak Alia perli aku sebaik sahaja pintu kereta terbuka. Tidak mampu berkata apa-apa aku tersipu malu dengan kata-katanya.
"Eh! Diam pulak dia, nah ambik air ni." Kak Alia menyuakan air milo panas tatkala melabuhkan punggungnya di tempat duduk pemandu.
"Alaa... Qis nak tu yang ada ais." Mengunjukkan kepada bungkusan yang satu lagi.
"Isy jangan nak mengada, kamu tu kan ada asma nak minum air batu pulak dia!"
"Yelah, yelah." Aku membalas dengan memuncungkan bibir.
"Elok sangat la buat muka macam tu, akak tarik bibir tu karang biar bibir tu muncung sedepa ke depan." Aku tergelak bila kak Alia turut sama menggayakan apa yang dicakapkannya. Dalam waktu yang sama aku membuka bekas tupperware yang dibekalkan oleh ayah.
"Dah jom makan bau pun macam sedap!" Sebaik sahaja kak Alia menyuap meehun goreng tersebut tiba-tiba sahaja riak mukanya berubah. Aku kehairanan dengan perubahan mendadak kak Alia pelik pun ada.
"Kak kenapa ni... okay ke?" Kak Alia hanya mengangguk perlahan sambil cuba tersenyum tetapi matanya masih tidak lepas memandang kepada bekalan meehun yang berada ditangannya.
"Akak okay aja cuma, tak sangka selepas kejadian tu baru hari ini akak dapat merasa masakan Ani. Rindunya akak kat dia." Kak Alia meluahkan perasaan sebaknya.
Saat itu fikiran aku mengimbau kembali kepada hari kejadian dimana Ani menyalahkan kak Alia kerana merampas kekasihnya. Kerana kak Alia lah punca hubungan mereka retak, tetapi Ani tidak tahu yang kekasihnya itu adalah seorang buaya darat. Dan aku masih lagi ingat kak Alia berulang kali menyatakan yang dia tidak mengenali siapa kekasih Ani, bermakna kekasih Ani yang berlaku curang dibelakang dia.
"Tak apalah kak Lia, Qis percaya suatu hari nanti akak dengan Ani mesti okay... Dah la tu, jom kita makan."
Share this novel