Balqis 5

Drama Series 5002

Setelah berpuas hati dan yakin tiada lagi minyak hitam yang melumuri kaki, aku bingkas bangun dan segera menuju kearah kereta. Kelihatan Zack sudah pun duduk di tempat pemandu sedangkan Ani masih lagi berada diluar kereta menunggu...

Pelik kenapa Ani tak duduk kat dalam kereta? Soalku didalam hati. Mungkin dia segan agaknya duduk dalam kereta bersama dengan orang asing, yelah kan baru kenal tingkah hatiku lagi.

"Qis... cepatlah sikit!" Ani berteriak sambil melambaikan tangannya.

"Kot ye pun sabarlah sikit! Aku bukannya sihat sangat," luahku lagi sedikit mengeluh. "Sorry, sorry... ok, jom!" Ani memegang kedua-dua belah bahuku tanpa berkata apa-apa badanku dipusingkan menghadap kearah tempat duduk sebelah pemandu.

"Kau duk kat depan, aku pulak duduk kat belakang!" arahnya lagi terus melompat masuk duduk dibahagian belakang.
Tinggal aku terkebil-kebil kat luar kereta diterjah dengan berbagai perasaan serba tak kena. Dengan berat hati aku pun duduk di seat penumpang hadapan, sudah semestinya disebelah Zack.

Kereta yang kami naiki walaupun dari model lama, tapi agak kemas. Semuanya, dari dashboard hinggalah ke alas kaki, cukup bersih terjaga rapi...

"Wah...! rajin jugak ye awak jaga kereta, semuanya kemas dan bersih" ulasku tanpa dipinta memecah kesunyian yang menyelubungi kami tika itu.

"Heh terima kasih...sebenarnya ni bukan kereta saya". Zack tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana memberi sepenuh perhatian mengelak jalan yang berlubang-lubang.

"Saya tak ada kereta pun... yang saya ada cuma motor 125 tu jelah". Sempat jugak matanya mengerling aku...

"Kalau macam tu ni mesti kereta customer kan?" Tersenyum sinis Zack bila mendengar ungkapanku itu.

"Ni kereta pinjam, kakak saya punya pun, bukan customer!"
Wow! Ownernya perempuan, mesti orangnya pun pembersih hatiku berteka-teki dengan perasaan kagum.

"Oh ye macamana kaki awak tu... okey ke?" Soal Zack setelah melihat aku diam kembali.

"Okay je" balasku sambil tersenyum diikuti dengan isyarat tangan.

"Baiklah kalau macam tu... kita pergi makan dulu, saya belanja... lepas makan baru saya hantar awak berdua balik!"
Ah sudah, ni dah sampai belanja makan pulak... elok lah tu kebetulan perut aku pun dah mula berkeroncong, berbagai jenis makan terbayang di kepala... ini baru dikatakan langkah kaki kanan hehe.

"Kenapa awak tersenyum je ni?" Suara Zack mematikan lamunanku...

"Eh! tak ada apa-apa" aku membalas dengan tersipu malu. Adoi kantoi nasib baik cover cepat, kau ni kan wahai hati pantang org nak belanja je, mulalah nak mintak yang bukan-bukan sabarlah wahai Balqis!... getus hatiku lagi.

Sebaik enjin kenderaan dimatikan kami bertiga keluar dari perut kereta dan menuju ke kedai makan, boleh dikatakan ramai jugak orang sedang menjamu selera. Ani cepat-cepat mengejarku dan mengapit Serta memaut lenganku, kalau lelaki berpelukan macam ni pasti dah dituduh gay... kemudian Ani berbisik.

"Wah rancak berborak sampai lupa aku kat belakang" haha aku tergelak "tulah siapa suruh duduk kat belakang kan? Nasib la, nak buat macamana? dah nasib badan".
Lagi kuat pautannya sambil tangannya yang sebelah lagi digunakan mencubit perutku.

"Adoi! Sakitlah, ish dia ni kan" tanganku menampar bahunya... Ani tertawa kecil. Kelakuan kami saat itu sudah pastinya berjaya mencuri perhatian lelaki-lelaki hidung belang.
Ada sekumpulan lelaki muda duduk disatu meja pabila terlihat kelibat aku dan Ani masing-masing macam tikus, bersuit-suit, tak kurang juga yang menegur kami. Kali ini aku pula yang memaut lengan Ani dan mempercepatkan langkah mengekori Zack.

Seakan mengerti keadaan kami berdua, Zack menoleh ke belakang dan terus memegang serta menarik pergelangan tanganku supaya berdiri disebelahnya. Sungguh... aku tergamam dengan perlakuannya itu. Alamak selamba dia je main pegang-pegang tangan aku tanpa minta izin.

"Er... Awak, boleh tak lepaskan tangan awak tu?" Aku separa berbisik... tertunduk malu-malu kucing.

"Oh maaf! Tak apa kejap je, nak tunjuk depan budak-budak tu yang awak tak bersendirian". Awak? Maknanya aku seorang jelah... habis, Ani macamana? "tengok budak-budak tu!" Arah Zack kepadaku. Cepat-cepat aku memandang ke arah kumpulan budak lelaki tadi, kelihatan ada sedikit kekecewaan diwajah mereka mengandaikan yang aku sudah berteman.

"By the way, lembutnya tangan awak!" Serta-merta aku dapat rasakan darah menyerbu pipiku, membuatkan wajahku kemerah-merahan tersipu malu. Dalam pada waktu itu sempat juga aku mengerling Ani, mulutnya sedikit melopong melihatkan gelagat kami berdua. Berdua? Ya... berdua, kenapa aku kata begitu? 'Tindakan Zack memegang tanganku dan aku pulak hanya mendiamkan diri seolah merelakan ianya berlaku', jadi berdualah kan?

"Eh! Makan tu je? Come on la, saya belanjakan? ambik je apa yang awak nak makan" Zack sedikit terkejut bila melihat lauk-lauk pilihanku...

"Heh... tak apalah, ni pun kira favorite saya jugak. Lagipun dah lama saya tak makan ni semua" aku menyambung sambil duduk disebelah Ani, mahunya tak tanya kalau lauk yang berada di dalam pingganku hanyalah dua jenis sayur, begedel dan kuah daging salai je, tapi dah memang itu kegemaran aku. Zack mengangguk tanda faham sambil menyuap nasi kemulut.

"Awak ni vegetarian eh?" zack cuba meneka.

"Emm.". Aku menggeleng "tak jugak, saya bukan vegetarian... semuanya saya makan cuma kalau lemak-lemak atau bahagian organ dalaman saya memang tak makan, tolak tepilah. Cuma bila berada diluar rumah, saya lebih selesa makan simple macam ni!" sambil mengunjukkan pinggan dihadapanku.

"Oh! bagus jugak awak ni ye dah tetapkan 'apa yang perlu dan tak perlu' dimakan, samada dirumah atau diluar". Aku membalas kata-kata Zack dengan senyuman tawar sambil menghirup air teh o ais.

"Awak berdua ni adik-beradik ke, atau saudara-mara?" Kali ini giliran Ani pulak ditemuramah oleh Zack.

"Boleh dikatakan jugak, heh. Ala... biasalah orang perempuan, kalau dah rapat mengalahkan adik-beradik". Aku tak mengendahkan perbualan di antara Ani dan Zack, tetapi dalam pada masa yang sama aku terus memasang telinga.

"Jadi... salah seorang dari awak mesti sidekick kan, awak ke!?" Zack menunding jari ke arah aku. Choii.. lagi sekali dia main terjah dengan tekaan dia je.

"Sidekick tu apa?" aku memang tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Zack.

"Sidekick tu sebenarnya bermaksud pembantu hero." Mungkin melihatkan aku masih tidak faham apa kaitan antara hero aku dan Ani membuatkan Zack terdiam seketika.

"Okay sebagai contoh, Batman dan Robin. Robin tu adalah sidekick sekarang faham tak?"

"Oh okay faham, faham." Sikit punya daring macam ni takkan sidekick kot?

"Haha... tu bergantung pada mata orang jugak Zack, bukan kita yang menentukannya. Betapa tinggi awak pandang dan menilai seseorang tu, hanya orang itu jelah yang awak nampak... temannya yang lain kat sebelah dah tentu awak takkan pandang sangat kan? Jadi secara otomatiknya... sesiapa je yang rapat dengan orang yang awak pandang tinggi tu, adalah sidekick dimata awak, tak gitu cik Zack?" Tu dia jawapan panjang lebar dari Ani. Mengangguk tanda faham.

"Ya saya tau, awak berdua jangan ambik hati pulak saya bergurau je pasal sidekick tu". katanya menguntum senyum. Aku malas nak layan dah mula blur mendengar masing-masing berhujah.

"It's okey la! kitorang cool je" balas Ani. Kali ini aku biarkan Zack dengan Ani berbual pulak. Tak aci la kan, dalam kereta tadi asyik aku je yang berborak dengan dia, sekarang apa yang penting aku harus penuhkan perut yang minta diisi!

"Fuuhh! Kenyangnya" luah Zack sekembalinya ke meja makan setelah membuat pembayaran di kaunter, " isk kamu ni... kot ye pun kenyang ucaplah Alhamdulillah!". Zack hanya tersengih bila ditegur oleh Ani.

"Yelah, yelah... Alhamdulillah" balas Zack tersenyum simpul, agaknya malu bila tabiat yang sudah menjadi kebiasaannya itu di tegur oleh seorang perempuan, baru kenal pulak tu.

"Heh ok... dah ke? Kalau dah jomlah kita gerak sekarang, saya hantarkan awak berdua balik".
Aku bingkas bangun dari tempat duduk dan memandang kearah Ani memberi isyarat untuk beredar dari situ. Perjalanan kami menuju ke tempat letak kereta terpaksa melalui kumpulan budak-budak muda tadi, mataku melilau mencari kelibat kumpulan budak muda tadi.

Eh dah takde, dah berambus pun... getus hatiku sedikit kecewa. Yang aku susah hati ni kenapa pulak, baguslah dia orang dah takde kan? Tapi aku akui walaupun kurang senang tatkala menjadi tumpuan lelaki hidung belang, jauh disudut hati aku merasa seronok jugak dengan perhatian sebegitu. cis! kau ni perasan sangatlah Qis, kataku di dalam hati.

"Kali ni kau pulak duk kat depan Ani" dengan pantas aku menghalang pintu belakang bahagian penumpang dengan badanku.

"Eh kau jelah duduk depan, bagilah aku duk kat belakang". Ani merayu perlahan. "Ala... tukar-tukarlah pulak, kau duk depan jelah okay".
Tanpa menunggu jawapan dari Ani aku terus masuk ke dalam kereta.

"Tak apalah siapa-siapa pun boleh nak duduk kat depan ke, kat belakang ke... saya okey je, tak kisah".
Kedengaran Zack mengomel sendirian sambil duduk di seat pemandu di ikuti oleh Ani yang kemudiannya duduk bersebelahan Zack. Kereta bewarna merah yang dipandu Zack bergerak perlahan keluar dari kawasan parking meninggalkan kawasan kedai makan memasuki ke jalan besar.

"Terima kasih sebab sudi makan bersama dengan saya" tiba-tiba Zack bersuara.

"Sama-sama, dan terima kasih iugak kerana sudi belanja kami makan" balas Ani.

"Ala.. tak payahlah terlalu formal sangat, saya bukannya apa, selalu sangat keluar makan dengan kawan sejenis je, baru hari ni makan ditemani oleh dua gadis cantik". Tersengih Zack sambil melirik cermin pandang belakang, matanya sempat menjamah wajahku, cepat-cepat aku memalingkan muka melihat keluar melalui pemandangan tingkap sisi kereta. Kedengaran suara Zack tertawa kecil. Hish apahal pulak mamat tu gelakkan aku ke, Kalau ya kenapa?

"Eh tak boleh macam tu, orang dah berbudi kita kenalah jugak ucap terima kasih tak gitu Qis?" Tingkah Ani lagi.

"Aaa'ah" tergagap-gagap perlahan aku menyambut soalan dari Ani.

"Okey untuk simanis yang kat sebelah ni... saya terima, sama-sama!" Balas Zack lagi. Ani tersenyum bila mendengarkan ayat yang keluar dari bibir lelaki itu.

"Tapi, untuk cik adik kat belakang tu, terima kasih je tak cukup". Konsentrasiku sedikit terganggu dengan kata-kata Zack.

"Yelah semalam adalah orang tu, bagi nombor phone pun tak ikhlas".
Aku terkedu bila Zack mengungkit hal semalam. Aduh malunya, mana nak sorokkan muka aku ni? Dia ingat lagi ke? Mahunya tak ingat, baru semalam... lainlah kalau setahun yang lalu ke, siapa-siapa pun boleh lupa.

"Heh saya call nombor tu, last-last suara garau yang jawap. Saya ingatkan ayah awak tapi, rupa-rupanya Pak Abu kat warung sate tu." Part ni memang tak boleh tahan, aku dan Ani gelak mengekek. Tawa dan senyumanku terhenti bila terpandang jelingan tajam sepasang mata milik Zack melalui cermin pandang belakang, jelingan yang seolah-olah isyarat tak puas hati itu cukup membuatkan darah aku naik.

"Okey tadi makan awak bayar berapa eh?" Aku mengunjukkan dua keping not RM10.

"Eh tak apa, tak apa kan tadi dah cakap saya yang belanja". Zack membalas dengan suara yang agak bergetar.

"Awak ikhlas ke belanja tu? Kalau belanja kerana mengharapkan balasan dengan nombor phone saya baik tak payah!"

Suasana jadi sepi seketika dan Zack pulak kelihatan sedikit gugup, Ani? Tak perlu ditafsirkan lagi, dari raut wajahnya pun aku nampak sudah tercengang dengan perubahan sikapku waktu itu.

"Tak apalah awak saya cuma cakap je, simpanlah balik duit awak tu. Jangan marah, i'm sorry okey?" Zack menuturkan bicaranya dengan lancar, mungkin dia sudah dapat mengumpul semula kekuatan untuk meneruskan kata-katanya setelah berdiam seketika. Kalau nak tahu itulah kelemahanku bila orang tu minta maaf atau mengaku kesalahannya, aku pun cepat je cool down.

"Really, serious ke ni?" Aku menyoal inginkan kepastian. "

"Jangan menyesal, saya simpan duit ni, kejap lagi awak mintak jangan harap saya akan bagi balik"

"haha... iya betul la ni, lagipun saya hanya nak berkawan je".

Aku terdiam rasa bersalah pun ada sebab cepat sangat melenting, perlu ke aku bagi nombor phone sebagai tanda minta maaf? Lagipun seperti yang Zack katakan, tujuannya hanyalah nak berkawan je tak salahkan? Pepatah ada mengatakan 'berkawan biar seribu, berkasih biarlah satu'. Berkasih? No way not now, tolak tepi dululah soal cinta ni ya.

Okay berbalik pada Zack pulak, aku diserbu dengan perasaan berbelah bagi. Perlu ke aku bagi nombor phone? Perlu ke, perlu ke? Bertalu-talu soalan itu bermain berulang kali dibenak fikiranku.

* * * * * * * * * * * * * * *

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience