Balqis 7

Drama Series 5002

Selesai bersarapan pagi aku menuju ke ruang tamu, ubat yang berada di dalam bungkusan plastik aku capai. Satu persatu pil itu aku telan, sunyi pulak rumah ni hmm ayah masih kat kebun lagi ke, dah pukul berapa ni? Eh dah pukul 10:25 orang tua ni kalau buat kerja memang tak ingat dunia, baik aku join ayah sekali kat kebun sekurang-kurangnya boleh jugak hilangkan bosan daripada duduk terperap kat rumah je.

Aku melangkah perlahan sambil mata melilau mencari kelibat ayah. Mana pulak orang tua ni kebun tu tak adalah besar sangat, selalunya kalau di tinjau dari dalam rumah pun boleh nampak ayah. Aku tergamam bila melihatkan sekujur tubuh ayah berada dia atas tanah, mukanya berkerut menahan sakit sambil tangannya mengurut dada.

"Ayah! kenapa ni?"

"Ambilkan ubat ayah kat dalam saku seluar!" pantas tanganku meraba-raba mencari ubat yang dimaksudkan itu, namun tidak menjumpainya. Aku semakin kaget melihat keadaan ayah pada waktu itu tak tahu apa yang harus dilakukan.

"Ayah! mana ada ubat tu, ayah letak kat mana?"

"Saku se... seluar da... dalam bilik!"

Tanpa berlengah terus sahaja aku berlari masuk rumah dan ke bilik ayah. Ok dah dapat! ada pun desis hatiku kesyukuran. Aku bergegas semula mendapatkan ayah yang terbaring di atas tanah. Penutup botol ubat dibuka tapi... kosong. Kali ini aku panik, buntu dan fikiran bercelaru... Aku mengeluarkan phone dari dalam kocek seluar dan terus mendail nombor Ani.

"Ani! tolong aku, ayah dia... kena heart attack!"

"Ya Allah! kau kat mana sekarang ni Qis?"

"Aku ada kat rumah lah, Ani tolong bawak ayah aku ke hospital cepat!"

"Kau dah lupa? kan kereta aku ada kat bengkel!"

"Habis tu macamana ni? Pinjamlah kereta siapa-siapa pun, aku tak tahu nak buat apa sekarang ni!"

"Okay, macam ni aku call ambulan dulu, kemudian aku cari kereta... apa-apahal aku call kau balik!"
Talian diputuskan, dalam keadaan kelam kabut itu kenapalah aku tak terfikir untuk menghubungi hospital minta bantuan hantarkan ambulan? nak buat macamana kalau dah panik beginilah yang terjadi.

Aku mengangkat kaki ayah dan meletakkan bangku kayu agar kakinya lebih tinggi dari kepala, kemudian aku melepaskan butang seluar ayah dan ikatan tali pinggang agar ayah tak merasa lemas. Hanya itu yang aku tahu dan mampu lakukan, entah betul atau tidak aku pun tak tahu. Cepat-cepat aku menggapai phone yang terletak di atas tanah pabila ianya berdering.

"Qis! aku dah call hospital... ambulan sedang dalam perjalanan ke rumah kau, jangan lupa bawak kad pengenalan ayah kau dengan rekod perubatannya sekali. Nanti kau ikut ambulan ke hospital teman ayah kau, aku nak cari kereta okay?"

"Iya terima kasih Ani, terima kasih..."

"Okay Qis, ada apa-apa call aku tau!"

Air mataku bercucuran sebaik sahaja Ani menamatkan panggilan phone nya. Terasa sebak dada ini bila melihat ayah menyeringai menahan sakit. Aku bingkas bangun berlari semula ke bilik ayah dan mencapai dompetnya yang terletak di atas meja solek, dan kemudian tergesa-gesa mendapatkan ayah semula.

Aku merasakan saat itu masa berlalu amat perlahan sekali perasaan gelisah mula menebal di dalam hati, mana ambulan ni? lamanya... jangan tersilap alamat sudah desis hatiku. Ambulan mengambil masa dalam 20 minit untuk sampai ke rumahku, tanpa berlengah stretcher di keluarkan dan seorang pembantu perubatan memeriksa keadaan ayah yang masih terbaring diatas tanah.

"Kita kena bawak dia ke hospital secepat yang mungkin."

"Cik ni anak dia?"

"Ya saya anak dia!"

"Kad pengenalan ayah cik ni bawak sekali!"

"Ada!"

"Okay! kalau cik nak ikut ambulan sekali pun boleh, naiklah!"

Tanpa berlengah terus sahaja aku naik masuk ke dalam perut ambulan itu menemani ayah ke hospital. Sebaik sahaja sampai ke bahagian emergency aku tidak dibenarkan masuk, aku diarahkan untuk menunggu di tempat yang disediakan.

Hampir satu jam lebih baru Ani sampai ditemani oleh seorang pemuda yang mengekorinya dari belakang. Terus sahaja aku memeluk Ani dan menangis sepuas-puasnya dibahu Ani. Setelah tangisan ku reda kami duduk dibangku ruang menunggu.

"Sabarlah Qis syukur semuanya dah selamat" Ani memeluk bahuku. Aku tak mampu berkata-kata, hanya mengangguk perlahan. Jarinya mengelus lembut rambutku beberapa kali, mataku tertancap pada susuk tubuh yang berdiri dihadapan Ani, siapa lagi kalau bukan Adam.

Mengikut cerita Ani dia terus menghubungi bengkel kereta Adam bila mengetahui ayahku diserang penyakit jantung. Dengan harapan dapatlah meminjam mana-mana kenderaan untuk ke hospital. Namun yang terjadi adalah sebaliknya dimana, Adam menawarkan diri untuk menghantar sendiri Ani ke hospital. Tiba-tiba muncul seorang doktor dihadapan kami, aku memandang mukanya dengan harapan tinggi yang ayah ku selamat dan tidak apa-apa.

"Siapa anak dia, pakcik Ahmad Lahmi?" berderau saat itu bila doktor menyebut nama ayah.

"Sa, saya.. doktor"

"Alhamdulillah ayah cik selamat dia dah stabil, jangan risau okey. Dia cuma perlu banyak rehat, sebab tu dia kena serangan jantung tadi.Tapi kami terpaksa tahan ayah cik untuk beberapa hari, kami dah pindahkan ayah cik ke wad 3C."

"Boleh kami melawat dia sekarang doktor?"

"Dah tentu boleh. Baiklah... kalau begitu saya minta diri dulu... Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam! terima kasih doktor!"

"Sudah lah! jom kita masuk wad tengok ayah kau"

"Okay, jom lah!" aku bingkas bangun berjalan beriringan bersama Ani, dan Adam mengekori kami dari belakang. Senang sekali hatiku bila melihat ayah sedang duduk bersandar diatas katil hospital, keadaanya masih lagi lemah.

Aku menghulurkan tangan bersalaman dengan ayah, tangannya ku cium, ayah hanya tersenyum sahaja. Syukurlah wajah ayah sudah nampak berseri-seri berbanding tadi semasa dia kena serangan jantung.

"Ha Ani, kamu pun ada... dah lama sampai?"

"Tak lama sangat pun. Pakcik macamana dah okay ke ni?

"Boleh la... ada kurang sikit, tapi doktor tak bagi pakcik keluar lagi... kena tahan wad sehari dua!" Kemudian mata ayah tertumpu ke arah Adam.

"Eh! yang ni siapa pulak?" Ayah terdiam seketika seperti memikirkan sesuatu sebelum menyambung kata-katanya semula.

"Oh! pakcik faham, baguslah macam tu... diam-diam ubi tahu-tahu berisi." Kemudian mengangguk disertai dengan senyuman kepada Ani.

"Maaf! pakcik cakap apa? saya tak faham." Aku yang sudah dapat menangkap maksud kata-kata ayah itu cuba menahan diri dari tergelak melihat gelagat Ani.

"Yang kat belakang tu... siapa, dia buah hati Ani ke? baru harini nampak, kenal-kenalkan lah!"

"Hah... apa! dia ni ke?" melopong besar mulut Ani mendengarkan kata-kata ayah kelihatan rona-rona merah mula timbul di pipi Ani, dan aku sudah tergelak mengekek. Dari riak muka Adam menunjukkan dia pun terkedu dengan ayat yang keluar dari mulut ayah tapi, segera disangkal olehnya. Adam maju ke depan memperkenalkan diri dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman, kali ini aku terpana bila Adam membongkok dan mencium tangan ayah.

"Tak adalah pakcik, saya dengan Ani hanya kawan je, lagipun kereta dia rosak ada kat bengkel... jadi apa salahnya saya hantarkan dia kemari."

"Yelah pakcik ni main tuduh-tuduh je, tak baik tau" balas Ani dengan memasamkan muka. Aku pulak dari tadi tak henti-henti tersenyum.

"Oh ingatkan teman lelaki kamu tadi, maafkan pakcik ye... tapi kalau betul pun apa salahnya kan? kamu tu Ani dah layak berumahtangga, pakcik pun dah lama tak makan nasi minyak!" Sengaja ayah mengusik Ani.

"Pakcik ni kan! saje je tau, Qis tengoklah ayah kau ni!" Kata-kata Ani terhenti bila melihat aku yang tak henti-henti ketawa. "Anak dengan bapak sama je!" Ani memuncungkan bibirnya. Adam tidak memberikan apa-apa reaksi kecuali senyuman tawar yang dibuat-buat. Kelihatan Adam mengeluarkan sekeping gambar dan ditatap dengan lama, lagaknya seperti sedang menyembunyikan sesuatu. Bila dia menyedari sepasang mataku memerhatikan tingkah lakunya, cepat-cepat di simpan semula gambar itu ke dalam kocek baju.

Kami diarahkan keluar kerana waktu melawat sudah habis, walaupun aku berkeras nak bermalam di hospital untuk menemani ayah, tetapi tidak di izinkannya.

"Tak apalah Qis, kamu baliklah jangan risaukan ayah... kan ayah dah okey ni. Macamana pun kamu kena balik jugak sebab barang-barang ayah tak ada ni, lagipun kat sini ayah ditemani cik misi yang cantik, muda-muda lagi." seloroh ayah sambil mengangkat keningnya.
Terbeliak mata aku mendengarkan kata-kata ayah itu, dalam keadaan begini pun masih boleh bergurau lagi. Ani dan Adam tertawa kecil.

"Kalau macam tu Qis dengan Ani balik dulu ayah, esok Qis datang lagi."

"saya pun nak minta diri dulu, saya hantarkan mereka berdua balik."

"Hmm... yelah, elok-elok bawak kereta tu, jangan laju sangat!"

"Yelah, jangan risau." Sambung Adam lagi
Sama seperti tadi Adam mencium tangan ayah sewaktu bersalaman dengannya. Bagusnya tak ramai lelaki macam tu, ataupun sengaja nak menunjuk depan perempuan. Kalau macam tu maaflah aku bukan perempuan yang cepat cair atau mudah tertipu dengan lakonan sebegitu.

Tidak banyak yang kami bualkan sepanjang perjalanan balik ke rumah. Lagu berentak Balada berkumandang dari speaker radio kereta, sentimental jugak jiwa Adam ni ye. Dari penilaian aku perwatakan Adam memang jauh berbeza jika dibandingkan dengan Zack, seorang pendiam dan seorang lagi terlalu peramah.

Petang-petang begini jalan sesak penuh dengan kereta, kampung pun dah macam bandar besar jugak ada rush hour... sekejap je kampung aku tinggalkan dah banyak perubahan yang berlaku getus hatiku.

"Nama kamu Balqis kan?" lamunanku terhenti serta-merta tatkala diajukan soalan oleh Adam secara tiba-tiba.

"Ya saya Balqis, kenapa?"

"Tak ada apa saja tanya. Mak kamu mana? tak nampak pun dari tadi, maaf banyak tanya"

"Mak... dah lama meninggal, waktu umur saya 5 tahun."

Ani yang duduk di seat hadapan menoleh kepadaku dengan muka blur. Aku membalas dengan mengangkat bahu sahaja.

"Maafkan saya, saya tak tahu pasal mak kamu... Balqis!"

"Boleh saya tahu kenapa awak banyak tanya pasal saya dan ayah saya?" Dari reaksi yang ditunjukkan oleh Adam jelas dia tersenyum sedikit.

"Seperti yang saya katakan, saya hanya sekadar bertanya je!" Aku dah mula rasa kurang senang dengan pertanyaan bertubi-tubi dari Adam. Baru sahaja terniat nak bertanya lebih lanjut sudah dipotong oleh Adam.

"Ni kau orang nak turun kat mana? saya hantarkan!" Terus aku matikan niat untuk bertanya lagi, dalam masa yang sama hatiku di terjah dengan seribu pertanyan dan andaian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience