Balqis 10

Drama Series 5002

Kesihatan aku pagi ini agak merosot, dada aku terasa amat sesak untuk bernafas. Namun aku tetap meneruskan juga packing barang-barang yang akan dibawa bersamaku nanti.
Hanya tinggal dua hari sahaja lagi cuti yang ada sebelum aku sambung semester kedua. Tak sabar rasanya nak bertemu dengan rakan sekuliah rindu sungguh dengan Zaid, Yati, Puan Nokiah dan terutama sekali Munirah.

Terbayang perangai masing-masing, Zaid seorang yang sentiasa berlagak cool dan dalam masa yang sama menaruh hati pada Munirah... Yati pulak perangainya memang tegas jangan main-main lelaki pun boleh kecut perut dibuatnya. Puan Nokiah seorang yang baik dan rapat dengan kami berempat, orang kata satu kepala. Munirah pulak boleh dikategorikan sebagai perempuan melayu terakhir, dengan lagak dan sikapnya yang lemah lembut... baik dari segi gaya dan pertuturannya sahaja sudah cukup membuatkan mana-mana lelaki yang bertembung dengannya pasti cair. Lecturer juga tidak terkecuali untuk mencuba nasib dalam misi mencuri hati Munirah.

Masih segar lagi dalam ingatan dimana berlaku satu peristiwa diantara Zaid dengan Munirah. Waktu itu hujan baru sahaja berhenti, berdekatan dengan meja yang kami duduk direntangi oleh kain kanvas yang dijadikan atap sementara untuk berteduh dari panas dan hujan. Dari jauh kelihatan Zaid datang meghampiri kami dengan wajah yang tenang, tetapi langkah kakinya agak tergesa-gesa. Sewaktu melalui bawah kanvas itu tadi Zaid berhenti seketika memandang ke arah kami sambil tersenyum, kemudian matanya meliar ke atas melihat kanvas yang ditakungi air hujan. Pada waktu yang sama tanpa Zaid sedari Munirah menghampirinya dari belakang, dengan tak semena-mena Zaid melompat dan menggapai kanvas yang kembung dengan air hujan itu. Apalagi air pun turun mencurah tepat mengenai gadis itu... habis lencun seluruh baju yang dipakai oleh Munirah. Terkejut juga Zaid tatkala mendengar jeritan yang muncul dari belakangnya. Bermulalah satu drama pada petang itu diantara Zaid dan Munirah...

"Hah! apa hal tersengih sorang, sorang pulak tu? dah tebiat?" Lamnunanku terhenti entah sudah berapa lama ayah berdiri di pintu bilik aku pun tak pasti.

"Tak adalah ayah... Qis cuma teringatkan kawan kat kuliah tu aje. Sambil, sambil kemas barang ni... dua hari lagi dah nak sambung sem."

"Ayah berdiri kat sini lama jugak la. Perhatikan kamu tersengih-sengih sorang diri, ingatkan kamu sengih sebab boyfriend ke."

"Isy ayah ni tak ada masa la Qis nak ada boyfriend, boyfriend ni... Qis nak habiskan study dulu, dah ade kerjaya baru fikir soal boyfriend... boleh?"

"Itu hak kamu dah, dah... sekarang bukan soal itu yang ayah nak bincangkan. Ayah nak mintak kamu masak lebih sikit hari ni. Sebab ayah dah jemput Adam datang makan tengahari sekali dengan kita."

"Apa? ni yang Qis musykil sikit, kenapa eh sejak kebelakangan ni ayah dengan Adam macam ada sembunyikan sesuatu dari pengetahuan Qis? Ayah... kalau ada apa-apa baik ayah cakap janganlah simpan."

"Haaa... inilah yang ayah nak bincangkan, sebab tu ayah jemput Adam datang makan tengahari sama dengan kita sekali. Kamu tunggu ajelah lepas makan nanti ayah akan terangkan segala-galanya, dah cepat masak takut nanti tak sempat pulak."

"Er... iya, iya..." Dalam keadaan terpinga-pinga aku turutkan juga kehendak ayah, aku bingkas bangun dan berjalan menuju ke dapur. Berbagai persoalan muncul di benak fikiranku waktu itu, takkanlah ayah nak jodohkan aku dengan Adam? kan aku baru cakap tadi... aku nak habiskan study dahulu dah ada kerjaya barulah fikirkan soal jodoh.

Kosentrasi aku sedikit terganggu bila mengingatkan perbualan bersama ayah sebentar tadi. Aku tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk menyediakan masakan tengahari seperti yang diminta oleh ayah. Semenjak dua ni ayah dengan Adam semakin rapat, aduh macamana ni? Aku tak nak ada apa-apa ikatan lagi buat masa ini. Terbayang di kepala masih student tapi mengusung perut kehulu, kehilir yang semakin membesar selama sembilan bulan... nak berjalan pun tak larat dengan perut yang macam itu.

"Ah, aku tak nak lah!."

"Hah ni kenapa pulak terjerit-jerit tu?"
Aku tersipu malu "Ah! tak ada apa-apa yah, eh.. er ayah.. hehe." Aku harus cepat fikirkan satu alasan untuk selamatkan diri.

"Qis naynyi je tadi.. tersilap korus heh."

"Elok sangatlah tu anak dara terpekik terlolong kat dapur masa memasak, dah pukul berapa ni tak siap-siap lagi?"

"Ya. ya Qis tengah buatlah ni ayah duduk je kat depan tu, jangan risau nanti siaplah okay."
Tanpa berkata apa-apa ayah langsung berpaling dan meninmggalkan ruangan dapur itu menuju ke ruang tamu. Aku menghela nafas berasa tersepit dengan situasi yang sedang hebat melanda diri ini. Sekali lagi fikiranku ligat memainkan semula kotak ingatan yang telah sedia terakam seperti menonton video.

Semalam kan boleh kalau ayah terus cakap tak perlulah dibawa hingga ke hari ini. Aku mula rasa tak sedap hati. Tanganku pantas menyeluk saku seluar meraba-raba handphone... mataku tertancap pada skrin mencari nama seseorang yang boleh menenangkan aku saat itu.

"Assalamualaikum, hello."
Kedengaran suara seseorang yang tidak asing lagi bagiku dihujung talian. "Waalaikumussalam. ada apahal kau call aku ni Qis?"

"Free ke, kau ada apa-apa rancangan tak petang ni?

"Rasanya free, kenapa?"

"Okay. kalau free datang rumah aku boleh?"

"Ah! malaslah aku... memang aku free pun tapi ingat nak rehat kat rumah harini."

"Ani! tolonglah teman aku, aku rasa tak sedap hatilah... rasa macam bakal terjadi sesuatu kejap lagi. Aku tak tau nak buat apa sekarang ni, rasa gelisah je dari tadi boleh la... Please." Suara dilembutkan cuba merayu dengan harapan Ani akan bersetuju menemani aku petang nanti.

"Kenapa pulak, apa kau dah buat sampai cakap macam tu sekali?"

"Aku tak buat apa-apa pun tapi... ayah aku, dia ajak Adam datang makan bersama tengahari ni. Aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena bakal terjadi. Ayah aku dia kata nak umumkan sesuatu kejap lagi, apahal sekali pun time tu aku nak kau ada kat sama temankan aku please."

"Adam ada? Kenapa kau tak cakap awal-awal?
Eh? Ani ada hati dengan Adam ke? kalau begitu ini sudah cantik, boleh lah aku match kan diorang berdua... dan aku pasti akan terlepas bebas daripada kahwin paksa. Aku tesenyum sendirian memikirkan idea hebat itu.

"Aku baru teringatlah bukan sengaja pun. Amacam, kau boleh datang ke tak petang nanti?"

"Yelah, yelah aku siap sekarang jugak tapi... basikal aku kan ada kat rumah kau, takkan kau nak suruh aku menapak kot?"

"Dah tu kau nak aku buat macamana? takkan kau nak suruh aku ambik kau kat rumah dengan basikal kau tu?"

"Tak apa nanti aku fikirkan cara, kau jangan risau okay, aku pasti sampai InsyaAllah."

"Okay, jumpa petang nanti."

Gulai pucuk ubi dan ikan goreng sudah siap dimasak hanya tinggal untuk dihidangkan sahaja lagi. Aku sempat mengerling jam yang tergantung di dinding. Sudah menunjukkan hampir pukul satu tengahari, mana Ani ni? Batang hidung dia pun tak nampak... sambil itu tanganku lincah mengaduk nasi di dalam periuk. Patutnya dah sampai takkan tak jadi kot? Kalau tak jadi mesti Ani beritahu. Ah mungkin dia ada hantar mesej cuma aku yang tak sedar... tanganku pantas menyambar handphone yang terletak diatas meja. Jangankan mesej satu panggilan miss call pun tidak ada. Eh? pelik... selalunya Ani tak macam ni.

"Dah siap masak? Jauh mengelamun macam orang susah hati pulak ayah tengok kamu ni."

"Eh tak... Qis ada jemput Ani datang sekali makan tengahari dengan kita, tapi itulah dia tak mesej apa-apa pun tu yang Qis pelik sikit."

"Kamu ni pun satu selalu sangat berkepit ke hulu ke hilir dengan Ani, entah dia ada urusan lain nak buat ke, bagilah dia ruang sikit... dia pun mesti perlukan masa untuk diri dia jugak kan?" Betul juga apa yang ayah cakapkan tu, bila fikir semula aku ni macam budak kecil asal balik kampung yang jadi mangsa aku mesti Ani... macamlah tak ada budak muda lain yang seusia denganku. Tapi nak buat macamana hanya Ani sahaja yang rapat denganku.

Nak campur dengan rakan sekampung yang lain jangan haraplah susah sangat nak bertegur sapa dan tak sekepala. Baiklah aku sudah tekad, tak apa cuti sem masih berbaki dua hari sahaja lagi... aku kena belajar agar tak terlalu bergantung kepada Ani sahaja. Kasihan dia setiap kali aku balik cuti semester mesti dia yang jadi mangsa aku. Anganku terhenti tatkala gegendang telinga menangkap bunyi ketukan di pintu.

"Assalamualaikum!" Kedengaran suara lantang seorang lelaki memberi salam.

"Hah tu dah sampai pun Adam, kamu siapkan hidangan biar ayah yang bukakan pintu." Kemudian ayah bergegas meninggalkan aku di ruang dapur seorang diri menyajikan makanan untuk tetamu. Riuh juga orang lelaki ni bila berjumpa ingatkan perempuan sahaja.

"Iyalah orang nak bermenantu ni kan mestilah gembira bila bertemu dengan pilihan dia sendiri." Aku mencebik mengomel sendirian, sedang asyik menyenduk lauk pauk ke dalam mangkuk tiba-tiba bahuku ditepuk dari belakang.

"Oii.. mak kau!" hampir sahaja terpelanting senduk yang berada didalam genggamanku itu. Aku menoleh kebelakang kelihatan Ani sedang tertawa mengekek.

"Hehe... amboi siapalah tu yang tak sabar nak kahwin ni? Aku dah lama mengidam nasi minyak ni. Hahaha..."

"Ani! bila kau sampai? datang naik apa?" Sedikit gugup bila Ani mengetahui apa yang tersirat dihatiku waktu itu.

"Aku datang dengan Adam sekali tumpang dia je senang." Masih tidak lekang lagi tersenyum simpul, adalah tu dia nak bahan aku kejap lagi... dah masak sangat dengan perangai Ani ni.

"Wehh... tadi aku dengar ada orang tu nak terima menantu siapa dia tu eh... tak ada siapa lagi kan. Ayah kau terima menantu jadi dah tentu kau yang akan bertunang right?" Kan, betul tak telahanku pasti ada sahaja benda dia nak bahan aku.

"Ah sudah, kau jangan nak merepek. Aku belum terdesak nak berlaki ya... tolong sikit." Aku jegilkan mata memandang Ani.

"Haha iyalah... comel pulak bila tengok adik akak ni." Sambil jarinya mencuit dagu aku.

"Isy.. tu dah mulalah datang mengada dia ber akak pulak." Pada masa yang sama ayah dan Adam sudah pun memasuki ruang dapur menuju ke meja makan.

"Dah jom! kita makan dulu, Qis hidangkan makanan tu." Terus sahaja ayah mengambil tempat duduknya. Tanpa berlengah aku sendukkan nasi dan hidangkan masakan kampung gulai pucuk ubi berserta ikan goreng.

"Hah, Adam mari makan, lambat-lambat nanti dah sejuk tak sedap pulak."

"Iya... Balqis, Ani marilah makan sama sekali."

Aku hanya mengangguk ala kadar dengan pelawaan Adam. Orang bandar macam dia ni makan ke lauk kampung gulai, gulai ni? Aku duduk disebelah Ani, mataku beberapa kali melirik ke arah Adam... sungguh tak ku sangka sama seperti ayah Adam begitu asyik sekali menjamu selera tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

Acara makan tengahari pada hari itu berjalan dengan lancar, masing-masing tidak bersuara tekun dengan juadah yang terhidang di depan mata. Sedap sangat ke masakan aku tu melihatkan ayah dan Adam menambah nasi sekali lagi, pelik pulak aku tengok mereka berdua ni macam... entahlah susah nak digambarkan.

Ani mengemas meja makan mengumpulkan pinggan mangkuk dan kemudian mengelap nasi serta kuah yang tertumpah diatas meja, tugas aku pula mencuci pinggan gelas-gelas yang berlonggok di singki, tidaklah banyak mana sangat... namun ianya cukup untuk membuatkan badanku berpeluh. Sebaik sahaja aku memusingkan badan ke belakang kelihatan ayah menggamit memanggilku untuk berkumpul dibahagian ruang tamu bersama dengannya. Seraya itu tubuhku menggeletar untuk menghadapi satu lagi situasi yang bakal merubah masa depanku.

"Dah ni kenapa pulak? Duduklah terkulat-kulat kat situ buat apa?" Terus sahaja aku mengambil tempat duduk disofa dibahagian kiri ayah tanpa bersuara sedikit pun. Kenapa dengan aku ni? relax lah buat malu je tadi... Keadaan sunyi seketika Ani duduk disebelahku.

"Baiklah begini... tujuan ayah ajak Adam makan tengahari bersama ada sebabnya." Tatkala ini jantung ku berdegup dengan kencang, hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana gemuruhnya perasaan didalam hatiku ini.

"Oh ya sebelum tu, Ani... walaupun tak ada kaitan dengan Balqis tapi pakcik dah anggap kamu sebahagian dari keluarga macam anak pakcik sendiri, terima kasih kerana sentiasa bersama tak kira waktu dan masa susah dan senang." Ani hanya mampu membalas dengan menguntum senyum. Kenapa lain macam pulak ni? terlalu formal... macam nak umumkan sesuatu majlis yang akan berlangsung tak lama lagi. Percayalah saat ini gelora dihatiku begitu hebat, terasa bagaikan hendak lari dari situ sejauh yang mungkin dengan hanya sekali langkah.

"Balqis, ayah nak kamu tahu Adam dengan kamu ni..." Ayah tidak meneruskan kata-katanya, ini membuatkan jantung aku terasa seperti hendak tercabut keluar. Cukuplah jangan buat aku terseksa menunggu ayat yang bakal keluar dari mulut ayah.

"Sebenarnya Adam dengan kamu ni bukan orang lain, dia... dia adalah abang kamu." Saat itu aku merasa seperti tidak wujud, dunia terasa seolah berhenti berputar. Lama aku mendiamkan diri, terasa bahu ku di tepuk berulang kali. Ku toleh ke kanan Ani memanggil aku berkali-kali.

"Eh! Apa? Adam ni...? ayah biar betul jangan bergurau."

"Betul takkanlah ayah nak bergurau dalam hal macam ni? Memang betul Adam ni abang kamu." Aku tenung ke dalam mata Adam, dia hanya senyum melihatkan aku yang dalam keadaan keliru.

"Tapi hanya Qis je anak ayah kan? Adam ni datang dari mana pulak?"

"Begini biar ayah terangkan." Saat itu perasaan keliru, kecewa, marah semuanya datang menerjah... tergamak ayah menduakan emak? Terbayang dikepalaku betapa sedihnya emak sekiranya emak masih hidup. Aku rasakan diri ini sudah tak tertanggung lagi dengan semua perasaan itu.

Apa yang ayah katakan pada waktu itu sudah tidak aku pedulikan sangat, semuanya bagaikan angin yang berlalu pergi. Aku bergegas bangun dan hajatku saat itu hanyalah satu, untuk segera mengurungkan diri didalam bilik. Tetapi kenapa langkahku semakin berat? sakitnya dadaku ini... sakit itu semakin lama semakin kuat, aarrghh.... mataku semakin kabur badanku terasa ringan dan aku tak ingat apa-apa lagi.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience