Balqis 2

Family Series 4968

Hanya beberapa rantai sahaja lagi untuk sampai ke pondok, kelihatan rakan-rakan Husin mencuit bahunya memberitahu kehadiranku di dalam rintik hujan yang hanya bertemankan payung. Terasa lemah kaki ini untuk meneruskan langkah ke depan, tak sanggup nak berhadapan dengan Husin and the gang.

Bukannya takut tapi aku pernah ada sejarah silam bersama Husin, lagi satu yang aku tak suka ialah sikapnya yang playboy dan suka mengganggu anak gadis di kampung ini, ditambah dengan egonya itu yang membuatkan aku cukup meluat dengannya. Langkah demi langkah, aku semakin hampir dengan pondok tempat mereka melepak.

"Fewiitt...! hai sayang laju je.. nak kemana tu hujan-hujan macam ni?" seperti yang diduga aku juga tak terlepas dari usikan Husin dan rakan-rakannya..

"Marilah lepak-lepak dulu dengan kita orang... kan hujan tu, teduh kat sini dulu, kalau sayang segan teman abg seorang je. Ala dengan abang Husin pun nak jual mahal ke?" Melihat langkahku semakin laju Husin pun mengambil langkah drastik.

"Nanti hujan dah berhenti abang boleh hantarkan!" pelawa Husin menghalang jalan dan merapatiku, langkahku terhenti buat kali yang kedua sekali lagi. Ah sudah apa aku nak buat sekarang ni, perlu ke aku patah balik? Tak boleh dah terlambat kan, atau sepak dia sekuat hati dan lari sejauh yang boleh? aku pasti tak jauh mana pun aku boleh lari, dah tentu rakan-rakannya dapat mengejar aku.

"Tak apalah bang Husin, Qis nak cepat ni.." spontan aku menjawab

"Balqis, Balqis! kalau ye pun nak cepat marilah abang Husin hantarkan" tapi sebelum tu kita lepak dulu kat sini, kejap je tunggu hujan reda" Kata-kata Husin disambut gelak tawa rakannya.

"Betul tu Qis marilah sini kita lepak-lepak, kita berborak dulu" balas Seman dengan terkekeh-kekeh bersama dua lagi rakan Husin.

"Sudahlah bang Husin Qis pergi dulu dah lambat ni" aku melemparkan pandangan jauh dari mereka sambil mula mengorak langkah.. Tiba-tiba tangan ku direntap bekalan pisang goreng tadi terlepas dari genggaman bertaburan diatas tanah..
Husin kupandang atas bawah tersengih-sengih macam kerang busuk,

"Nak kemana sayang? Qis tau bukan yang abang dah lama memendam perasaan dan cinta kat sayang? tapi sampai hati Qis tolak dan buat abg macam sampah je!"
Cinta, sayang? telinga aku ni salah dengar agaknya orang macam Husin tau ke apa maksud cinta, sayang tu? terasa genggaman tangan Husin semakin mencengkam kuat.

"Eii.. lepaskanlah.. sakit tau tak?" aku cuba melawan tapi faham-faham jelah, dalam situasi begini manalah aku mampu nak melawan kudrat lelaki seperti Husin tu yang dah macam dirasuk hantu.

"Oooh sakit ya, habis sakit kat hati aku ni kau pernah ambil tau ke!?" 'KAU' mana hilangnya 'SAYANG' yang Husin sebut-sebut tadi?
Kini aku didalam pelukan Husin

"HAHA."

Terdengar semakin galak tawa rakan-rakan Husin.. Aku meronta dengan sekuat hati dan terasa pelukannya dilonggarkan sedikit. Akhirnya aku mendapat peluang untuk membalas semula

"Biadap..!" PANG..! satu penampar singgah ke muka Husin.. terkejut dengan tindakanku itu cepat-cepat Husin memegang kedua tangan aku dan meneruskan kata-katanya.

"Wah..! garangnya.. aku suka perempuan yang melawan macam ni, lagi kuat kau melawan lagi aku suka haha.." berdekah-dekah ketawa rakan-rakan Husin bila mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulutnya.

"Kamu dengar sini Qis macamana pun, aku pasti akan dapatkan kau, tak kira apa cara sekali pun satu hari nanti kau akan tetap menjadi milikku jugak". Serta-merta seluruh badanku terasa longlai bila mendengar kata-katanya.

"Aku tak ingin, lepaskan akulah sial!" geram dengan jawapan yang aku berikan itu Husin memeluk dan mendakap erat tubuhku, sambil cuba mengucup bibirku.

"Tidak..!" aku memejamkan mata tak sanggup diperlakukan sebegitu, terbayang dalam kepala wajah-wajah insan yang aku kenal seperti ayahku, Ani dan kawanku yang lain.. muka ku paling kiri dan kanan dengan mata terpejam aku cuba melawan. Terasa hembusan nafas Husin yang semakin hampir dengan pipi... tiba-tiba terdengar satu suara menyergah

"WOI..!" Sergahan suara itu sangat kuat sekaligus mematikan niat Husin.. serentak dengan itu pelukannya dilonggarkan dan aku ditolak jauh darinya, mataku liar mencari dan terpaku pada tuan punya suara tadi.. Rosli..!? getusku.

"Husin...! apa kau buat tu, tak ada kerja lain ke?" perlahan-lahan aku menjauhkan diri dari Husin.

"Oh.. kau Rosli hehe.. Aku, biasalah bergurau senda dengan buah hatiku kau pun tau siapa kan... toksah la menyibuk, baik kau blah dari sini. Jangan nak menyibuk dengan hal orang lain, jaga tepi kain sendiri!"
mendengar kata-kata Husin itu Rosli turun dari motor dan merenung tepat kemata Husin, semua rakan Husin berdiri di belakangnya.

Aku bertambah risau bila melihatkan keadaan itu yang semakin genting, bila-bila masa akan berlaku pergaduhan yang memang berat sebelah. Lindungi kami dari sebarang kejadian yang tidak di ingini ya allah doaku di dalam hati..

Untuk mengelak keadaan bertambah buruk aku bergegas menuju ke arah Rosli dan berdiri disebelahnya, ternyata tindakanku itu adalah satu kesilapan yang besar, api kemarahan Husin semakin membara.

"Ooohh.. sekarang kau dah sebelahkan si Rosli.." Husin mengepal penumbuk sambil mengorak langkah menuju kearah kami.

"SUDAHLAH..! kau orang semua macam budak kecik! Eiii.. Husin! aku benci kau..!"

"Apa!? ingat aku ni tunggul boleh dibuat sesuka hati?" aku meluahkan segala yang terbuku di hati.. ni kalau datang baran si Husin mahu setengah masak aku dikerjakannya entah dari mana datangnya kekuatan untuk aku bersuara dan berhadapan dengan Husin.. aku pun tak tahu.

Rosli menarik aku berdiri dibelakangnya persis gaya seorang adiwira yang cuba melindungi seseorang yang disayanginya, pasti akan berlaku pergaduhan hati kecilku berbisik.
Dari jauh terdengar bunyi motorsikal semakin menghampiri kami.

"Tu mesti orang kampung" spontan aku bersuara mendengar kata-kataku itu dengan pantas Rosli melompat keatas motor.

"Apa lagi tu Qis? mari cepat..!" Huh!? aku terpinga-pinga mencari payung yang entah bila terlepas dari genggamanku tadi.

"Ya, ya sekejap tunggu, tunggu" aku membalas sambil membongkok menggapai payung di atas tanah, dengan tersgesa-gesa aku berlari anak menuju ke arah Rosli dan melompat ke tempat duduk belakang motor. Sempat juga aku menjeling ke arah Husin dan rakannya. Husin sempat mengajuk dengan ciuman flying kissnya kepadaku namun aku sedar sesuatu mengenai pandangan matannya yang tajam penuh dendam seolah-olah memberi amaran. Hujan masih belum reda kami semakin jauh meninggalkan Husin and the gang.

"Qis pun satu, hujan-hujan macam ni pun masih nak keluar rumah tak reti duduk diam..." tiba-tiba Rosli bersuara melepaskan amarahnya sedikit tegas.
Mungkin ditujukan kepada Husin, tetapi disebabkan Husin tak ada kat situ... bermakna akulah yang kena.

"Er.. abang Rosli cukuplah, turunkan saya dekat depan tu.. boleh?" kelajuan motor tiba-tiba menjadi perlahan.

"Eh Qis marahkan abang ya? sorrylah jangan ambik hati ok, abang tak maksudkan macam tu pun."
Kedengaran suara abang Rosli sedikit menyesal. Mahunya tak kecik hati orang lain yang buat perangai aku jugak yang kena tempias barannya, benci betul aku dengan manusia spesis macam ni.

"Tak, tak Qis tak marah abang pun, tapi saya kena turun jugak."

"Nak kemana pulak ni? bukan terus balik ke rumah? marilah abang hantarkan sampai rumah."
Aku menggelengkan kepala entah dia nampak atau tak gelengan tersebut aku tak peduli. "Tak apalah bang, lagipun Qis nak ke rumah kawan sebenarnya ni.. abang turunkan saya kat pokok depan sana tu bolehkan?"

Kawan yang aku maksudkan tu adalah Ani, kalau diikutkan rumah Ani tak jauh dari pokok tu, tapi entahlah kenapa aku terasa nak turun je dari motor time tu jugak.

"Sini, sini bang Rosli" motor yang aku tunggang betul-betul berhenti dibawah pokok bacang.

"Biar betul, Qis nak turun kat sini ke?" soal Rosli kebingungan.

"A'ah, betul lah kat sini bang. Terima kasih pasal tadi, kalaulah abang tak ada tadi tak tau apa akan jadi" aku membalas dengan senyuman sambil turun dari motor.

"Sama-sama... perkara kecik je tu, lain kali kalau Qis nak kemana-mana bagitau je kat abang.. kemana je Qis hendak pergi abang boleh temankan." Aku cuma membalas offernya dengan senyuman.

"Emmm.. tak mengapalah bang Rosli lain kali Qis boleh tumpang kawan, lagipun Qis tak mau menyusahkan abang."

"Eh! kenapa pulak Qis cakap macam tu? tak adalah, tak susahkan abang pun. Lepas ni Qis cakap je nak kemana, abang boleh temankan" sambungnya lagi dengan suara seakan memujuk.

"Yelah bang Rosli tengoklah macamana, okeylah bang Rosli, Qis pun dah lambat jugak ni terima kasih sebab tumpangkan Qis sampai kat sini. Bye abang Rosli!" aku melambai sedikit sebagai tanda blah la cepat!

"Okeylah, Qis jaga diri ya hati-hati tau.."
Rosli memecut motornya meninggalkan aku sendirian disitu. Ish.. kenapalah aku ni bodoh sangat? kalau turun kat depan rumah Ani tadi kan senang tak perlulah aku nak redah hujan macam ni. Ku gagahkan kaki yang terasa agak berat mengatur langkah ke rumah Ani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience