BAB 6

Romance Completed 11879

Siapa? Siapa lagi yang suka ganggu aku kat sini? Dia mengecilkan tubuhnya yang sedia kecil itu. Harapannya semoga tak ada orang yang nampak dia di sebalik pokok besar itu.

“Sara?”

Satu suara menyebut namanya. Oh, maksudnya orang yang mengenali dirinya. Dia melepaskan nafas kelegaan. Kepalanya ditoleh ke belakang. Hah? Dia ni lagi? Kenapa dia datang sini balik? Kali ini barulah dia teringat…

Bukan ke lelaki itu dah cakap suruh tunggu kejap. Tapi aku bukan tunggu dia pun! Dah tak ada tempat lain aku nak lepak.

Sini aje tempatnya!

“La… saya ingat awak dah lari tadi. Kecik betul awak ni, kan? Saya tak nampak awak pun tadi.” Dia melangkah menghampiri gadis itu.

“Nak apa?” Soalnya malas.

“Nah!” Beg plastik di tangan dihulurkan kepada gadis itu.

Qaisara tidak menyambutnya. Dia memandang pelik ke arah lelaki itu. “Apa?”

“Baju awak.”

Hampir terngadah dia dengan jawapan lelaki itu. Takkanlah dia betul-betul gantikan baju aku? Mana dia tahu saiz aku?

Oh, patutlah dia pandang aku macam nak telan aje tadi? Dia tengok saiz aku ke apa?

“Tak payahlah awak nak susahkan diri awak. Saya tahu macam mana nak buat walaupun terpaksa duduk kat sini sampai pukul enam.” Dia menolek pemberian itu. Sungguh, dia pelik dengan lelaki ini!

“Takpe! Kalau awak tak nak, saya tinggalkan kat sini. Biar di bawak lari anjing.” Beg plastik itu diletakkan di sebelah beg Qaisara.

Bulat matanya memandang lelaki itu. Gila! Setahu aku, tak pernah pulak anjing datang lalu lalang kat sini sejak dia suka lepak kat sini. “Tapi…”

“Okeylah. Saya dah nak pergi ni. Ada kelas pukul dua belas. Jumpa lagi lain kali. Bye.”

Tanpa menunggu patah kata gadis itu, dia terus melangkah pergi bersama senyuman di bibir. Sungguh, dia sudah mula jatuh cinta pada gadis itu.

Qaisara terdiam sendiri. Anak matanya hanya mengekor langkah kaki lelaki itu. Kenapa dia baik sangat ni? Akhirnya dia mencapai beg plastik itu. Alhamdulillah… sekurang-kurangnya aku boleh gi lepak kat Library. Dia tersenyum sendiri.

………….

QAISARA mengeluh perlahan apabila terpandangkan seraut wajah yang memberikan salam itu. Sekejap sahaja anak matanya sudah dijulingkan ke atas. Sejak kebelakangan ini tempat lepaknya diganggu. Siapa lagi kalau bukan Encik Nadzri.

“Awak buat apa kat sini.” Soalnya malas. Kenapalah dia suka sangat kacau aku ni!

Senyuman mekar di bibirnya walaupun gadis itu seolah-olah tidak suka akan kehadirannya di situ. “Datang jumpa awak.”

Anak matanya dikecilkan ke arah lelaki itu. Mamat ni silap orang ke apa?

“Saya rasa awak silap orang. Saya Qaisara. Bukan Qairyna.”

Lelaki itu mengangguk perlahan sambil tersenyum mesra.

“Tak! Saya memang tak silap orang. Saya memang nak jumpa Qaisara. Bukan Qairyna.” Dia berterus terang.

Qaisara mengetap bibir geram. Kenapa dia nak jumpa aku lagi? Aku tak suka dia datang cari aku!

“Awak tahu tak yang saya tak sukakan awak.”

Nadzri tersenyum manis sambil tergelak perlahan. Kemudian kepalanya diangguk lagi. Susah betul nak dekat dengan perempuan ni. Kenapa, ya? “Saya tahu.” Jujur jawapannya.

“Habis tu? Kenapa awak datang sini lagi?”

Sepasang anak mata itu dipandangnya lama.

“Sebab saya sukakan awak.”

Haha! Qaisara tergelak kuat dengan jawapan lelaki itu. Tak munasabah langsung jawapan dia!

“Awak jangan nak mengarut okey?”

“Tak! Mana ada saya mengarut. Saya sukakan awak. Sebab tu saya suka datang sini. Suka cari awak kat sini. Kalau sehari saya tak jumpa awak mesti hati saya tak tenang.” Kali ini dia nekad berterus terang tentang perasaannya.

Pandangannya tajam menikam seraut wajah yang membuat muka tak bersalah itu.

“Encik Nadzri… awak jangan nak merepek. Sebenarnya awak sukakan Kak Ryn, kan? Sebab tu awak selalu datang sini jumpa saya. Sebab awak rindu nak pandang muka dia. Disebabkan wajah kami seiras sangat-sangat, awak datang sini pandang saya. Betul kan?”

Qaisara juga meluahkan apa yang dia rasa. Ya, memang itulah yang dirasakannya selama ini. Sama macam Zaarif dulu! Dia sudah serik.

Teringatkan kembali lelaki yang bernama Zaarif itu, hatinya terasa dicarik-carik. Sikap Zaarif yang mengambil berat dirinya, membuatkan dia jatuh cinta pada kekasih kakak kembarnya itu.

Sikap Zaarif yang selalu datang cari dia di perpustakaan, lepak bersama, makan bersama, keluar bersama… membuatkan dia cintakan Zaarif. Padahal lelaki itu mendekatinya kerana kakak kembarnya. Kerana lelaki itu rindukan Qairyna.

Di akhir cerita, dia yang frust sendiri. Hampir sahaja dia bergaduh besar dengan kakak kembarnya itu. Hanya disebabkan oleh seorang lelaki. Cukuplah sekali!

Dia tak mahu peristiwa semasa pengajian Diploma itu berulang kembali. Dia tak nak perang dingin berlaku lagi di antara mereka berdua. Kerana seorang lelaki.

Akhirnya Qairyna dan Qaisara mengambil keputusan untuk meninggalkan lelaki itu kerana tidak mahu pergaduhan antara dia dan kembarnya berlarutan. Sedangkan mereka berdua sangat rapat. Bila papa masuk campur, kedua-duanya kena marah teruk. Sampaikan mereka berdua jadi serik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience