BAB 1

Romance Completed 11879

Beberapa tahun lalu

Sedari tadi buku dihadapannya ternganga tanpa disentuh, dan dia hanya duduk membantu sambil termenung. Fikirannya menerawang entah ke mana. Yang pasti buka pada buku itu, dia masih memikirkan tentang nasibnya.

Persoalan demi persoalan menembak dirnya. Macam mana semua ni boleh jadi sampai macam ni sekali. Kenapa aku? Kenapa aku yang perlu menangung semuanya. Buku itu ditutup. Dia melangkah ke rak buku seterusnya. Ya, masalah peribadi! Namun… pelajaran lebih penting! Itu kata papa!

Dia tercari-cari seraut wajah. Kata Ariz, dia ternampak Qairyna di perpustakaan sekolah. Rasa rindu menyapa dirinya. Selepas habis kelas dia terus melangkahkan kaki ke perpustakaan utama. Puas mencari di tingkat bawah, dia naik ke tingkat atas. Namun masih belum menemui wajah Qairyna. Mana dia?

Di sebalik rak buku yang banyak itu dia mencari Qairyna. Tiba di rak Bahagian Akaun dia menghentikan langkahnya. Dia teringat sesuatu. Tutorial semalam belum buat kan? Dia mengundurkan langkah. Jemarinya membelek satu persatu buku tujukan yang ingin dicarinya.

Sebuah buku dicapainya. Tekun buku itu dibelek dan dibacanya. Yang nilah yang aku cari sangat tu! Bibirnya menguntumkan senyuman. Hampir sahaja dia melompat gembira apabila buku rujukan yang dicarinya berjaya di temui.

Di rak yang bertentangan, Zaarif meneguk liur perlahan. Anak matanya tidak beralih daripada memandang seraut wajah yang terlindung di celah-celah buku yang senget itu. Ada dua benda yang dicarinya. Buku dan Qairyna. Bibirnya menguntumkan senyuman. Akhirnya dua-dua aku dapat cari. Cepat-cepat dia melangkahkan kaki ke rak sebelahnya.

Qaisara mengerutkan dahinya. Apa kena dengan mamat ni? Jelingan tajam dilemparkan kepada lelaki yang sedang tersengih sambil meletakkan tangan kanannya dia atas rak buku menghalang laluannya. Sangat hampir dengan dia yang masih berdiri sambil memegang buku yang dibacanya tadi.

“Excuse me!” Dia cuba bersuara. Lelaki itu kelihatan pelik. Memandangnya dengan pandangan menggoda. Siap tersenyum sumbing macam kerang busuk pun ada. Naik seram aku dibuatnya!

“Hai! Awak sorang ke?”

Kura-kura dalam perahu! Dah nampak aku sorang-sorang kat sini, kan? Soalan itu dibiarkan tidak berjawab. Makin bertaut kerutan pada dahinya. Aku kenal dia ke? Dia menyoal hati sendiri.

Keluhan kecil bersama gelakan kecil tercetus di bibirnya. “Awak ni memang sombong, kan? Dari pagi tadi saya cari awak. Sekarang baru saya dapat jumpa awak. Rindunya nak tengok muka awak yang comel ni.”

Siapa mamat ni sebenarnya? Sekali lagi dia menyoal hatinya. Buat seketika dia mula teringatkan sesuatu. Senyuman tersinggung di bibirnya.

Ya Allah… Subahanallah… Indahnya ciptaanMu Yang Masa Esa Lagi Maha Berkuasa. Senyuman dia cantik sangat! Mampu mencairkan setiap mata yang memandangnya.

“Yes? Awak nak apa?”

Dia cuba permainkan lelaki itu. Weh, mamat sengal! Kau tahu tak yang kau dah salah orang! Kalau kau betul-betul suka kat dia, kau sepatutnya cam dia!

Tahu di mana perbezaan dia dan kembar dia! Ya, kami memang sangat seiras. Tapi ada sesuatu yang di wajah mereka yang mampu membeza muka mereka. Allah itu Maha Agong kerana meletakkan perbezaan itu antara kami. Supaya kami tak tertukar.

“Semalam awak ada janji sesuatu dengan saya. Oh, by the way… awak nampak sweet sangat dengan baju kurung ni.”

Alamak! Janji apa pulak ni? Manalah aku tahu! Aku bukannya Qairyna. Dan satu lagi… memang aku dengan Qairyna banyak perbezaannya dari segi pakaian.

Seraut wajah itu dipandangnya lama. Oh, patutlah Ryn suka sangat dengan mamat ni. Ya, dia ni memang kacak sangat. Tapi… siapa nama dia? Tak ada pulak Ryn sebut nama dia. Bibirnya menguntumkan senyuman. Niatnya untuk mempermainkan lelaki. Tetapi lelaki itu lebih bijak menembaknya.

“Saya rasa awak dah salah orang. Excuse me! Saya ada kelas. I need to go.” Tidak jadi untuk mengenakan lelaki itu, dia terus meminta diri apabila terpandangkan jam tangan yang sudah menghampiri dua petang.

“Eh, kelas apa? Bukan ke tadi baru habis kelas?” Dia menyoal kepelikan. Dia dengan Qairyna kan sekelas. Untuk semester ni, hanya dua subjek yang tidak sama dengannya. Bahkan dia juga sudah menghafal jadual Qairyna.

Qaisara tersenyum sekejap.

Ya Allah… kenapa senyumannya tak sama dengan senyumannya sebelum ni? Senyumannya kali ni benar-benar membuatkan aku jatuh cinta. Dia meneguk liur perlahan.

“Er… hmm… siapa nama awak?” Dia terpaksa menyoal. Dan dia sedang ingin membetulkan semua salah faham itu.

Zaarif mengerutkan dahinya. Kenapa dengan Qairyna hari ni? Dia nampak lain sangat. Dan satu lagi… apa kes pulak tanya nama aku? Dah dekat setahun aku berkawan dengan dia, kan? “Apa maksud awak, Ryn?”

Qaisara menghentikan langkahnya sambil tersenyum lagi. Kan betul! Dia ingat aku ni Qairyna. Bukan ke kawan-kawan Kak Ryn kebanyakkannya dah tahu yang Kak Ryn ada kembar kat Universiti ni? Cuma fakulti mereka sahaja yang berbeza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience