Sepasang anak matanya memandang seraut wajah itu.
“Untuk pengetahuan awak… hmm… apa nama awak?”
“Zaarif.”
“Oh, Zaarif ya? Untuk pengetahuan awak, saya ni adik kembar Qairyna. Tapi saya hairanlah! Kebanyakan kawan Kak Ryn dah tahu yang Kak Ryn ada kembar seiras yang belajar di Universiti ini. Takkanlah awak tak tahu?”
Pelik juga bila lelaki yang bernama Zaarif ini tidak mengetahui perihal kakak kembarnya. Lagi satu! Tak dapat nak bezakan kelainan yang ada pada kami berdua.
“Er… tapi… saya tak pernah tahu pun.” Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik Tapi benar!
Tajam anak matanya menikam seraut wajah itu! “Sebab awak tak pedulikan Kak Ryn, kan?” Kalau mamat ni betul-betul pedulikan Kak Ryn, pastinya dia tahu semua perkara tentang Kak Ryn !
“Tapi… saya dah setahun kawan dengan dia. Dia tak pernah cerita pun.”
“Sebab awak tak pernah tanya!”
Klai ini Zaarif membalas pandangan tajam sepasang anak mata itu. Sedap-sedap dia tuduh aku! “Mana awak tahu yang saya tak pernah tanya?”
Qaisara menepuk dahinya perlahan. Apa punya soalan daa… “Dah kalau dia tak pernah cerita, mestilah awak tak pernah tanya. Sebab tu awak tak tahu.”
Zaarif tersenyum sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Dia mengangkat muka. Seraut wajah itu dipandang lama. Mencari kelainan pada seraut wajah itu. Perfect! Semuanya nampak sempurna! Semuanya nampak sama. Sebenarnya apa yang membezakan mereka berdua.
Berkerut dahinya apabila lelaki itu merenung wajahnya.
“Apesal dengan awak ni? Kenapa pandang saya macam tu?”
“Awak dan Ryn tak ada beza. Fizikal yang sama. Wajah yang sama.”
Qaisara tergelak perlahan.
“Yup! Of course! Sebab saya dan dia lahir pada tarikh yang sama. Mama dan papa kita orang adalah orang yang sama. Tapi kita orang ada perbezaannya. Mungkin sebelum ni awak tak pernah kenal saya. Sebab tu awak tak dapat nak bezakan. Hari ni awak dah jumpa saya. Jadi… saya rasa awak akan nampak perbezaan antara kami berdua.”
Zaarif mengangguk kepala perlahan.
“By the way, I am Qaisara. Not Qairyna.” Qaisara memperkenalkan dirinya. Semoga Zaarif tak akan tertukar dia dan kakak kembarnya sekali lagi.
………….
SATU kenangan yang tak akan pernah dia lupakan sampai bila-bila. Sampai saat ini sekalipun, kenangan itu tak sudah-sudah menghantui dirinya. Menimbulkan rasa bersalah yang tak sudah-sudah.
Kasih sayang yang dihulurkan oleh lelaki itu disalah tafsirkan. Kenapa aku boleh jadi sampai macam tu sekali? Menyesal sungguh!
Sampai sekarang pun perasaan bersalah itu masih wujud dalam diri ini. Malu tak payah nak cakaplah! Rasa macam nak menyorok kat bawah tempurung untuk selama-lamanya je! Tapi hidup tetap perlu diteruskan! Dah dua tahun kenangan pahit itu berlalu… namun masih terkesan sehingga sekarang.
Sekali sekala ada juga dia dan Kak Ryn tersebut balik tentang kisah itu. Namun hanya gelakan yang akan tercetus di bibir mereka. Cinta monyet! Kelakar! Orang lain bercinta, kita sibuk nak bercinta! Kan dah termalu sendiri!
Sara… Sara… dahlah! Tak payahlah nak mengungkit perkara yang memalukan itu! Cukup sampai situ aje!
………….
“SARA… petang ni balik lambat sikit ya?”
Qaisara mengerutkan dahinya. Apa lagi kali ni? “Kenapa pulak?”
Dia sudah tersengih-sengih sendiri. “Hmm… petang ni Ryn ada date dengan Rifqi. Kalau Sara balik awal, papa mesti tanya macam-macam. Sara balik lambat sikit, ya? Sara pergilah mana-mana pun. Library ke… Sara tunggu Ryn balik, eh?”
Siapa pulak Rifqi tu? Qairyna memang tak pernah serik! Tak ingat ke macam mana papa marah masa dengan Zaarif dulu? Qaisara menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
“Kak Ryn ni kan… selalu macam ni. Apa kata Kak Ryn berterus terang dengan mama dan papa. Tak payahlah nak sembunyi-sembunyi macam ni. Sara yakin mama dan papa akan faham.”
“Tapi… Ryn tak rasa yang papa akan faham. Kalau mama Ryn percaya. Papa tu tak boleh, Sara. Dia kan selalu pesan… kalau belajar biar betul-betul! Tak ada gunanya bercinta masa belajar. Cinta hanya akan merosakkan pelajaran. Sara ingat lagi kan macam mana papa marah masa kita Diploma dulu? Dengan Zaarif?”
Dia sudah tergelak besar. Mana mungkin dia lupa. Tragis! Tapi… kelakar pun iya jugak! Kalau diingatkan balik memang rasa macam nak gelak seribu tahu aje!
Satu persatu pesanan papanya disebut kakaknya itu. Dah hafal pun! Ayat yang sama aje akan keluar daripada mulut papanya. Papa memang macam tu! Pantang larang dia sewaktu kita orang belajar! Nak tak nak, ikut ajelah!
“Kalau macam tu Sara tunggu kat Library. Kalau Kak Ryn dah nak balik, panggil Sara kat Library.”
“Orait! Thanks Sara!”
“No hal, lah!”
Share this novel