BAB 11

Romance Completed 11879

Sewaktu majlis pertunangan, dua-dua calon suami mereka tak datang. Baik pasangan Qaisara ataupun Qairyna. Mama dan papa tak kasi datang! Kenapa? Entahlah! Katanya tak elok kalau calon lelaki datang masa majlis pertunangan. Pelik betul!

Qaisara tersenyum melihat kebahagiaan di wajah kakaknya. Sekurang-kurangnya Qairyna berkahwin dengan pilihan dia. Orang yang dia dah kenal… dah tahu hati budinya. Dan aku…

Keluhan kecil dilepaskan. Lambat-lambat dia mengukirkan senyuman lagi. Sekali pun aku tak pernah berjumpa dengan calon suami aku. Entah kacak atau tidak? Entah baik atau tidak? Entah hitam atau putih? Semuanya menjadi tanda tanya sehingga hari ini.

“Kak Ryn…”

“Hmm?”

“Kak Ryn ada jemput Zaarif?”

Qairyna mengerutkan dahinya. Zaarif? Kenapa Qaisara tanya pasal Zaarif pulak ni?

“Kenapa Sara tanya macam tu?”

“Tu!” Telunjuknya dihalakan ke arah lelaki yang bernama Zaarif itu.

“Zaarif datang. Siap pakai baju Melayu lagi! Macam dia pulak yang nak kahwin!”

Qairyna mengalihkan pandangannya ke arah yang ditunjukkan. Terpana dirinya memandang seraut wajah itu.

“Wah, kacaknya Zaarif?” Berdebar-debar hati ini dibuatnya.

Dia pelik. Yang si Kak Ryn ni tersengih-sengih tengok si Zaarif tu kenapa?

“Kenapa?” Soalnya ingin tahu.

“Handsome betul si Zaarif tu, kan? Beruntung siapa dapat jadi isteri dia.”

“Ai, Kak Ryn? Berkenan ke?” Qaisara tergelak perlahan. Mana tidaknya… dulu konon-konon sanggup lepaskan Zaarif kerana kembarnya!

Qairyna menangguk perlahan.

“Hmm.” Ringkas jawapannya.

Bulat mata Qaisara memandang kakak kembarnya. Sempat lagi! Hari perkahwinan sendiri berkenan dekat orang lain pulak! “Mana Abang Nadzri?”

Apesal tanya aku pulak? Dia mengerutkan dahi sambil menjeling sekilas ke arah Qaisara. Dia tahu ke? Kemudian anak matanya kembali dialihkan semula ke arah Zaarif.

“Mana Sara tahu?”

Qaisara menggelengkan kepalanya sambil tergelak.

“Sudah-sudahlah tu Kak Ryn. Dah nak jadi isteri orang pun! Lagi beberapa minit kot!”

“Seboklah!”

Qaisara sekadar mencebik. Macamlah aku tak tahu yang dia nak kahwin dengan Abang Nadzi! Teringatkan lelaki itu, dia mengeluh perlahan. Kalaulah dulu aku terima lelaki itu… tak adalah aku terpaksa kahwin dengan orang yang aku tak kenal!

Nafasnya dihelakan berat. Sudah-sudahlah tu, Sara! Lagi beberapa minit kot, akad nikah akan dilafazkan! Jangan nak berebut kasih dengan Kak Ryn lagi. Cukuplah sekali itu perkara itu pernah berlaku!

Kali ini dia membuka pintu hatinya. Membuka pintu hatinya hanya untuk seorang lelaki. Dan lelaki itu… hanya dia! Hanya suaminya!

………….

“AKU terima nikahnya Qairyna Aisya binti Tengku Qhai Azrai dengan mas kahwin seribu ringgit tunai.”

Berdebar jantungnya di saat saksi yang ada mengatakan sahnya perkahwinan mereka. Selepas mengaminkan doa. Upacara membatalkan air sembahyang pula dilakukan. Qairyna memandang suami yang baru dinikahinya bersama senyuman di bibir.

Tangan suaminya dicium penuh syahdu. Giliran suaminya pula mencium dahinya penuh syahdu. Alhamdulillah… semua berjalan dengan lancar. Hanya sekali lafaz sahaja.

Anak matanya melemparkan pandang ke arah Qaisara yang sudah tidak senang duduk itu. Senyuman dilebarkan. Sara ni sebenarnya perasan ke tidak? Dia tak tanya apa-apa pun? Mana nak perasan kalau muka asyik menunduk aje? Qairyna menghampiri adik kembarnya itu.

“Dah sedia?”

Tanpa mengangkat wajah, Qaisara mengangguk perlahan. Entahlah Kak Ryn. Sara takut sangat! Sangat-sangat!!

Kali ini giliran akad nikah untuk Qaisara pula.

“Aku terima nikahnya Qaisara Aisya binti Tengku Qhai Azrai dengan mas kahwin seribu ringgit tunai.”

Suara bakal suaminya menusuk masuk ke hatinya. Baru kali pertama dia mendengar suara itu. Wajahnya masih ditundukkan. Ucapan akad itu didengarinya dengan seribu debaran di dada.

Seperti masuk dari telinga kanan dan keluar ke telinga kiri. Sedikit pun dia tak dapat mencerna ucapan akad itu. Tiba-tiba sahaja saksi dan wali sudah mengesahkan akad nikahnya.

Dia kalut sekejap bila mama berbisik ke telinganya. “Suami Sara nak datang sarungkan cincin.” Sungguh, dia berdebar sangat untuk melihat seraut wajah itu. Huhu… takutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience