BAB 5

Romance Completed 11879

Aik, dia kenal nama aku? Jeritannya automatik terhenti. Perlahan matanya yang dipejam itu dibukanya. Berkerut dahinya mencari seraut wajah itu.

Mamat ni? Apa dia buat kat sini? Tangan kirinya melepaskan beg dan buku yang dipegang. Kali ini tangannya itu sudah singgah pada tangan lelaki itu. Cuba meleraikan tangan lelaki itu daripada mulutnya.

Nadzri mengeraskan tangannya. “Janji dulu jangan jerit.”

Qaisara mengangguk perlahan sambil cuba meleraikan tangan itu sekali lagi.

Lelaki itu sudah tersenyum sendiri. Muka semacam aje! Dia ingat aku nak apa-apakan dia ke? Perlahan tangannya dialihkan.

Dia meneguk liur perlahan sambil membetulkan duduknya. Nasib baik tak terselak kain aku, tau? Ni semua gara-gara nak larikan diri daripada lembaga hitam. Ingatkan tempat ni memang betul-betul ada penunggu. Rupanya mamat ni! Buat suspend aje!

“Awak buat apa kat sini?”

Nadzri tersenyum sambil tergelak kecil.

“Saya cari awak tadi. Tak tahu pulak yang awak sembunyi kat sini. Nasib baik jumpa!”

Makin berkerut dahi dibuatnya. Dia cari aku? Buat apa?

“Kenapa awak cari saya?” soalnya berterus terang.

“Saya nak minta maaf dekat awak. Pasal pagi tadi.”

Qaisara melepaskan keluhan kecil. Kalau aku cakap tak maafkan pun nak buat apa? Dia kan dah cakap yang dia tak sengaja tadi.

“Saya dah maafkan pun.”

“Hah? Cepatnya awak maafkan saya?” Pelik dengan sebaris ayat itu.

Berkerut dahi Qaisara memandang lelaki yang masih duduk mencangkung di hadapannya itu.

“Habis tu? Awak nak saya lambat-lambatkan ke? Maaflah, saya bukannya jenis yang suka simpan dendam. Lagipun awak dah cakap yang awak tak sengaja tadi. Saya faham.”

Nadzri tersenyum dan melepaskan nafas kelegaan. Sejuk betul hatinya memandang seraut wajah ini. Wajah yang sama. Tapi… hati Qaisara sangat ikhlas. Dia dapat mengagak bahawa mereka berdua mempunyai perbezaan sangat ketara.

“Awak ni baik, kan?”

Ni apa kes pulak puji-puji aku? Ee… naik seram aku dibuatnya.

“Boleh ke tepi sikit? Saya nak bangun ni.” Rasa tidak selesa apabila lelaki itu memandangnya dengan riak yang sukar untuk ditafsirkannya. Kedudukan yang rapat juga semakin membuatkan dia seram sejuk.

Nadzri bangun dan berdiri, memberi ruang kepada gadis itu untuk bangun. Dia tahu Qaisara tidak selesa.

Qaisara berdiri sambil menepuk-nepuk punggungnya. Membuang daun kering yang melekat pada bajunya. Jaket yang besar gedabak milik lelaki di hadapannya ini diperbetulkan di tubuhnya.

“Jom ikut saya?”

Pantas Qaisara mengangkat muka memandang lelaki itu. Kenapa aku rasa mamat ni macam pelik aje?

“Kenapa saya mesti nak kena ikut awak? Ke mana?”

Tercetus gelakan kecil di bibirnya dengan kenyataan yang menunjukkan gadis itu meraguinya.

“Saya bukan nak buat benda yang tak elok pun. Saya cuma nak bawak awak belikan baju. Tak elok pakai baju kotor macam ni.”

Qaisara mencebik. Dia yang menyebabkan aku kotor macam ni. Mesti sekarang ni aku dah comot gila, kan? “Siapa yang buat jadi kotor macam ni?” Dia berkata perlahan. Namun sempat didengari sepasang telinga itu.

“Saya minta maaf. Saya akan gantikan baju itu.”

“Tak apalah. Saya tak nak.”

Nadzri memandang gadis itu lama. Susah betul dia ni kan. Sekujur tubuh itu dipandangnya lama. Takpe! Kalau dia tak nak ikut aku pun takpe!

Qaisara mengerutkan dahi. Takut pulak bila lelaki ini pandang dia dari atas ke bawah. Dia nak apa sebenarnya?

“Awak ni kenapa?”

“Awak tunggu sini kejap ya? Jap lagi saya datang balik.”

“Hah? Er… tapi…”

Tak sempat dia berkata apa. Lelaki itu sudah berlari anak meninggalkan dia. Tunggu sini nak buat apa? Jam di pergelangan tangan dipandangnya sekilas.

Ya, Allah… lambatnya masa berlalu hari ni! Kenapa baru pukul sebelas? Rasa macam dah lama sangat aku kat sini. Mati aku nak tunggu sampai pukul enam petang. Hari ini Qairyna habis kelas pukul enam petang.

Lamanya kena tunggu! Kalaulah baju aku okey boleh aku gi lepak kat Library. Ada juga manfaatnya! Dia mengeluh perlahan sambil melabuhkan duduk semula. Novel Perempuan Lindungan Kaabah diambil semula dari begnya. Bacaannya disambung kembali.

Selang dua puluh minit, dia terdengar derap kaki yang memijak daun kering tidak jauh daripada tempat duduknya. Ada debaran halus yang berirama di dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience