BAB 13

Romance Completed 11879

“ABANG…” Panggil Qairyna dari luar balkoni.

“Hmm…” Dia mengangkat muka memandang isterinya. Senyuman dihulurkan. Cantik sungguh isterinya itu. Perlahan langkahnya diatur ke arah isterinya.

“Agak-agak abanglah, Sara boleh terima suaminya ke tak?”

Dia melemparkan senyuman kepada isterinya itu. Dia menghampiri isterinya lalu memeluk isterinya dari belakang. “Bukan ke Sayang cakap Sayang percayakan Sara?”

Kepalanya diangguk perlahan.

“Hmm… memang pun! Tapi… Sara macam terkejut gila bila terpandangkan muka suami dia. Terkejut sebab takut ke, terkejut sebab tak percaya ke… Sayang tak tahulah. Risau pulak bila Sayang tengok reaksi dia macam tu.”

“Ha’ah, lah… Tahu tak? Abang terkejut gila bila nampak muka Sara pucat macam tu. Bukan ke Sayang cakap yang dia sukakan Sara? Sejak kali pertama bertemu lagi, kan?” Dia menyoal ingin tahu.

“Iya. Itu Sayang tahu. Tapi… Sayang tak tahu hati Sara. Memang dia pernah cakap yang dia nak kahwin dengan lelaki yang mencintai dia. Walaupun dia tak cintakan lelaki tu. Hati dia tu… memang susah sangat nak diduga. Hati orang lain dia nak jaga. Tapi hati dia… terluka pun tak apa! Kalau abang nak tahu, Sara tu nampak aje lembut! Tapi kalau bab-bab cinta, keras betul hati dia. Kita tak akan dapat agak apa sebenarnya yang ada dalam hati dia.”

“Entahlah. Semuanya dah berlalu. Cuma sekarang… kita perlu mendoakan kebahagiaan mereka. Juga kebahagiaan kita.”

Tubuh isterinya dipusingkan ke arahnya. Sepasang anak mata itu di pandang sedalamnya.

Ada debaran halus yang bermain di jiwanya. Anak matanya membalas pandangan suaminya. Senyuman dihulurkan. “Sayang akan sentiasa mendoakan kebahagian mereka. Juga kebahagiaan kita. Selamanya…”

Lelaki itu tersenyum lebar. Dahi isterinya dikucup kudus.

“Terima kasih Sayang… Kerana sanggup bersabar dengan kerenah abang. Terima kasih juga kerana sudi menerima abang seadanya.” Kedua-dua belah pipi isterinya menjadi mangsa ciumannya.

Qairyna tertunduk malu. Senyuman mekar menghiasi bibirnya.

“Sayang pun nak ucapkan terima kasih untuk abang. Sebab cintakan Sayang sepenuh hati abang. Dan… sanggup menerima cinta Sayang. Sayang sayang abang Sayang.”

“Abang pun. Tak lupa pada mama dan papa. Nasib baik papa tak jatuh pengsan bila nampak keluarga abang datang meminang Sayang. Takut pulak abang bila mama abang ceritakan apa yang dah jadi. Alhamdulillah… semuanya baik-baik belaka.”

Qairyna tergelak perlahan. “Kalau abang nak tahu… papa memang macam tu! Nampak aje tegas dan garang. Tapi sebenarnya hati dia lembut sangat! Suci bersih macam kapas.”

“Macam Sayang, kan? Luaran nampak tegas dan garang. Tapi sebenarnya… Sayang adalah seorang perempuan yang terbaik untuk abang.”

Tubuh kecil itu dipeluknya kemas. Sungguh dia bersyukur dengan segala ketentuan Allah. Sebenarnya, di sebalik apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Hanya menunggu masa untuk diketahui hikmahnya. Semoga bahagia milik mereka selamanya.

………….

SERAUT wajah itu dipandangnya lama. Bibirnya menguntumkan senyuman. Sungguh, dia benar-benar tak sangka yang lelaki ini telah sah menjadi suaminya. Tak percaya… tapi ia nyata!

Anak matanya meliar ke seraut wajah yang mulus itu. Masih lena memeluk pinggangnya. Matanya yang sepet… tapi memukau. Hidungnya yang mancung… tapi tak boleh lawan hidung Zizan. Bibirnya yang mungil… sangat menggoda. Seraut wajah lembut yang melemahkan imannya. Jari telujuknya bergerak ke kening lelaki itu. Lebat betul kening dia!

“Ryn akan pastikan Sara bahagia.”

Itu sebaris ayat yang diingatnya sampai hari ini. Rupanya Kak Ryn memang keras kepala orangnya. Dalam diam, tanpa pengetahuan papa dan mama, Kak Ryn berjumpa dengan tuning Qaisara dan melontarkan bermacam-macam ugutan demi kebahagiaan dia. Itu kata suaminya semalam. Rupanya, orang yang diugutnya itu adalah orang yang dikenalinya. Lelaki ini…

Qaisara tersenyum lagi. Terima kasih Kak Ryn… sebab dah bagi warning awal-awal pada lelaki ini… Dia melepaskan ketawa di dalam hatinya. Tak dapat nak bayangkan macam bila Kak Ryn tahu bahawa lelaki ini adalah lelkai yang dikenalinya.

Ada sesuatu yang menganggu tidurnya. Kelopak matanya dibuka perlahan apabila terasa seperti dirinya sedang diperhatikan. Qaisara ke? Ya, siapa lagi kalau bukan isterinya itu? Dia tersenyum lebar.

Qaisara tersentak sekejap. Cepat-cepat dia menutup kelopak matanya dan berpura-pura tidur apabila melihat seraut wajah yang sudah tersenyum itu. Jarinya cepat-cepat dialihkan daripada seraut wajah itu.

Lelaki itu sudah tergelak di dalam hatinya. Macamlah kita tak tahu yang dia dah bangun! Malulah tu! Kali ini dia ingin mengusik isterinya. Bibirnya didekatkan ke telinga isterinya.

“Sayang…”

Qaisara berdebar-debar. Suara perlahan yang romantik itu benar-benar membuatkan jiwanya kacau. Dia meneguk liur perlahan. Namun masih tetap mengeraskan diri, berpura-pura masih tidur.

Dia tersenyum lebar.

“I love you so much, Sayang.” Sekejap sahaja, bibirnya sudah mendarat pada bibir isterinya itu.

Qaisara yang terkedu pantas membuka kelopak matanya. Terkebil-kebil dia memandang suaminya. Namun, sekejap sahaja dia sudah memejamkan kelopak matanya. Menghayati hangatnya sentuhan bibir suaminya itu.

“Abang…” Dia bersuara setelah bibirnya dilepaskan. Anak matanya memandang sepasang anak mata galak suaminya.

“Syhh…” Dia meletakkan jari telunjuknya pada bibir isterinya itu. “Kalau abang cakap macam tu, Sayang kena cakap macam ni… I Love you too, abang. So much and much and much!”

Qaisara sudah tergelak perlahan. Oh, kenakan aku ke apa? Seraut wajah suaminya dipandang sedalamnya.

“Sara langsung tak sangka abang adalah lelaki yang melafazkan akad nikah semalam. Sara tak cam suara abang pun.”

Lelaki itu sudah tergelak manja.

“Abang pun… Bila mama abang cakap nak pinang seorang perempuan, abang langsung tak setuju.”

“Kenapa?”

“Sebab hati abang milik seseorang. Abang dah ada pilihan hati.”

“Siapa?” Perasaan ingin tahu membuak-buak dalam dirinya. Jangan-jangan… dia mula berfikir bukan-bukan. Seraut wajah kembarnya terlintas di fikiran.

“Seorang perempuan yang sangat cantik. Abang jatuh cinta pada pandangan pertama. Dan abang langsung tak sangka Sayang abang ni dan perempuan tu adalah orang yang sama.” Lingkaran tangannya pada pinggang isterinya dikemaskan. Dahi isterinya dicium penuh syahdu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience