BAB 15

Romance Completed 11879

Terkebil-kebil dia memandang suaminya. Debaran kencang menusuk ke jantung. Terus sampai cinta itu hingga ke hati. Melekat indah pada lubuk hati yang paling dalam.

Ya, Allah… sesungguhnya aku benar-benar mencintai suamiku ini…

“Abang cintakan Sara. Dulu… kini… dan selamanya.”

Ucapkanlah Sara… ucapkanlah cintamu. Sungguh, dia terlalu ingin mendengar kata cinta itu daripada isterinya. Walaupun malam tadi Sara mengucapkannya, namun dia ingin mendengarnya sekali lagi. Dan lagi… dan lagi… hingga hujung nyawa!

Qaisara menelan liur perlahan. Anak mata suaminya itu ditatap lama. Penuh dengan perasaan cinta dan sayang. Dulu… aku terlalu takut untuk mengucapkannya. Kerana bimbang ada hati yang terluka. Tapi kini… aku yakin! Terlalu yakin!

“Terima kasih abang… Sebab cintakan Sara.”

Nadzri tersenyum perlahan. Susahnya nak dengar suara dia mengucapkan kata cinta. Walaupun perbuatannya jelas menunjukkan rasa cintanya, namun dia juga ingin mendengarnya.

Qaisara menghampiri suaminya walaupun kedudukan mereka kini sudah terlalu hampir. Satu ciuman dihadiahkan di pipi kanan suaminya.

“Hadiah untuk kasih abang pada Sara.” Kemudian dia beralih mencium pipi kiri suaminya.

“Hadiah untuk sayang abang pada Sara.” Kali ini dia mencium dahi suaminya.

“Hadiah untuk perkahwinan kita.” Sepasang anak mata suaminya yang jelas terkedu itu dipandang bersama senyuman di bibirnya. Kali ini dia menghampiri wajah itu sekali lagi. Bibirnya tepat singgah pada bibir suaminya. Lama… bertaut dengan penuh kasih sayang.

“Hadiah untuk cinta abang yang tak terhingga.” Dia bersuara setelah melepaskan ciumannya.

“I love you so much, abang. So much and much… and much. Dulu… kini… dan selamanya.”

Mendengar ucapan cinta, kasih dan sayang itu dia terus memeluk isterinya kemas.

“Thanks, Sayang. Terima kasih untuk segalanya.”

Hampir menitis air matanya. Alhamdulillah… Ya Allah… terima kasih untuk pertemuan antara aku dan dia. Terima kasih keraja jodoh yang telah Engkau tetapkan sejak azali lagi. Sesungguhnya aku amatlah bersyukur kepadaMu, Ya Allah.

Nadzri untuk Qaisara… Zaarif untuk Qairyna…

Terima kasih, Ya Allah… Terima kasih cinta…

Semoga bahagia menemani hidup mereka untuk selama-lamanya.

Kata orang, cinta tak akan berbunyi jika bertepuk sebelah tangan. Maka sesungguhnya cinta itu perlu berbalas. Maka akan hadir bahagia mengiringi cinta itu. Kata orang juga, cinta tak akan nampak dengan sendirinya jika tidak diucapkan.

Maka ucapkanlah cinta yang pasti. Semoga cinta itu jelas. Dan kata orang juga, cinta perlukan kesabaran dan kesetiaan.

Cinta… Adalah suatu keajaiban. Tak mengenal siapa… tak mengenal rupa! Ia akan datang sendiri walau kita menolak atau merayunya… Cintailah cinta… kerana cinta itu indah dan sangat indah!

Kau mungkin tidak dapat melihat ia dengan mata kasar, ia terbit dari hati yang hanya orang dilamun asmara saja mengerti. Rasa dan kemudian barulah kita nampak.

Dan bila kau melihat cinta yang kau rasa sama, muncul pada mata si dia yang kau cinta, dimensi dunia ini nyata sudah berubah dari yang kau lihat sebelum ini. Padanya kau temukan bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience