BAB 3

Romance Completed 11879

Tiba-tiba sahaja sebuah Proton Satria Neo melintas laju di sebelah mereka berdua. Air lopak memercik ke arah mereka berdua. Qaisara terkena lebih banyak memandangkan dia berjalan bersebelahan dengan jalanraya. Terdengar jeritan kecil keluar daripada bibir mereka berdua.

“Hah? Habis basah? Kak Ryn pegang buku Sara kejap.”

Qaisara kelam kabut menyerahkan buku yang dipegangnya kepada Qairyna. Bajunya yang putih itu terkena lopak air yang kekuningan itu cuba disapunya. Namun sia-sia! Kesan kotor itu jelas kelihatan. Habislah aku! Macam mana nak masuk kelas kalau baju kotor macam ni?

Mereka menghentikan langkah dan terus menghalakan pandang ke arah Proton Satria Neo itu yang menghentikan keretanya di tepi jalan. Mungkin menyedari yang dia telah menyebabkan lopak air itu memercik ke arah dua gadis yang berjalan seiringan.

Kelihatan seorang lelaki berkaca mata gelap melangkah keluar daripada Proton Satria Neo itu. Qairyna menghalakan pandang ke arah lelaki itu. Sedangkan Qaisara masih cuba mengelap kesan air yang melekat pada bajunya. Berkerut dahinya memandang lelaki itu. Macam pernah ku lihat! Tapi di mana ya?

Qaisara yang kepelikan dengan pandangan Qairyna turut menghala pandang ke arah seorang lelaki yang melangkah ke arahnya. Dia melemparkan jelingan tajam. Mamat ni dah buat aku basah macam ni! Siapa mamat ni? Kenapa Kak Ryn tak berkelip pandang dia? Oh, sebab dia handsome ke? Ceh, handsomelah sangat macam tu? Tapi… memang kacak pun!

“Cik… sorry! Saya tak sengaja tadi. Tak nampak pun lopak air tu.”

Qaisara mengetap bibir sambil menjeling tajam. Tak sengaja ke? “Dah tahu kawasan universiti kan? Yang pandu kereta laju-laju tu kenapa?”

Dia membebel. Namun perlahan sahaja. Ingat aku berani ke nak berleter macam ni depan orang?

Qairyna tersenyum. “Abang Nadzri, kan?”

Cepat-cepat Qaisara menoleh kepada kakaknya itu. Kak Ryn kenal dia? Kemudian kepalanya ditoleh memandang lelaki itu. Tapi… aku tak kenal lelaki ni pun?

Kelihatan kerutan jelas tergambar pada seraut wajah lelaki itu. Sekejap sahaja dia mula mengukirkan senyuman.

“Ryn?” Dia menyoal gadis itu. Anak matanya singgah pula pada gadis di sebelah Qairyna. Masam betul muka dia. Eh, kejap! Sama? Kembar Ryn ke?

Qairyna yang perasankan kepelikan itu sudah tergelak perlahan. Qaisara di sisi diam membatu. Marah lagi tu!

“Abang Nadzri … bila Abang Nadzri balik Malaysia? Ryn tak tahu pun.” Ramah dia menyapa lelaki itu. Langsung terlupa Qaisara yang sudah kesejukan itu.

“Minggu lepas. Lepas tu abang diterima mengajar kat sini. So… hari ni abang datang lapor diri.” Dia sudah tersenyum lebar. Lama betul tak jumpa Qairyna. Anak matanya memandang semula ke arah gadis yang mirip Qairyna itu.

Dia nampak tangan gadis itu sedikit menggeletar. Mungkin kesejukan apabila bajunya sudah hampir basah keseluruhannya. Pantas dia membuka jaket hitam di badannya. Langkah kaki diatur menghampiri dua gadis itu. Jaket di tangan diletakkan di atas bahu gadis yang masih diam tak terkata itu.

Qaisara tersentak dengan tindakan pantas itu. Langsung tak sempat dia nak mengelak. Qairyna pun! Masing-masing jelas tergamam! Qairyna tersenyum. Gentlemannya Abang Nadzri ni…

“Pakai ni. Sorry sebab kotorkan baju awak. Nanti saya akan ganti balik baju awak.”

Qaisara mencebik. Jaket milik lelaki itu ditarik kemas kebadannya yang sudah kesejukan itu. Apa? Ingat aku tak ada duit nak beli yang lain ke? Nak ganti bagai, konon!

“Kak Ryn… Sara nak balik.”

“Hah? Habis tu, kelas?”

“Sara tak nak masuk kelas. Baju dah kotor macam ni. Tak selesalah.”

Langsung dia tidak memandang lelaki itu. Sakit betul hatinya! Gara-gara lelaki ini, dia terpaksa ponteng kelas. Dalam hidup aku ni, sekalipun aku tak pernah ponteng kelas. Tapi hari ni…

“Er… tapi… Nanti papa marahkan Ryn.”

Qaisara menggaru kepalanya sekejap. Betul jugak tu! Dulu pun Kak Ryn pernah kena marah sebab tak jaga dia baik-baik. “Kalau macam tu, Sara tunggu Kak Ryn dekat padang.”

“Baju Sara?” Tanya Qhairyna penuh simpati.

Qaisara menghulurkan senyum. Dia bimbang kakaknya akan risaukan dia. Lebih baik dia kawal riak wajah. Kesian pulak tengok muka bersalah Qhairyna itu.

“Takpe! Ada jaket Encik ni.” Dia memandang sekilas ke arah lelaki itu. Senyuman dimatikan sambil menjulingkan mata ke atas.

“Encik… saya pinjam dulu baju Encik.” Tanpa memandang lelaki itu, dia bersuara. Sungguh, dia rasa sedikit selesa bila dilindungi oleh jaket kulit itu. Mahal ke? Entahlah!

Nadzri diam tanpa kata. Jelas seraut wajah perempuan itu keliharan marah kepadanya. Dia mengukirkan senyum dalam diam. Perempuan ni cantik sangat. Walaupun marah… langsung tak ketara.

“Kak Ryn… dah lewat! Kak Ryn pergilah kelas. Sara tunggu bawah pokok macam biasa, ya?” Senyuman dihulurkan kepada kembarnya.

“Okey. Tapi… Sara tak apa-apa ke?” Dia masih risaukan Qaisara. Nanti apa pulak cakap orang yang lalu lalang bila nampak baju Qaisara.

“Sara tak apa-apalah, Kak Ryn. Dahlah. Meh sini buku Sara. Jumpa petang nanti, ya?” Dia terus tersenyum sambil mengatur langkah. Ditebalkan muka bila ada mata-mata yang memandang. Nasib baik uzur! Kalau tak, tak tahulah nak solat macam mana dalam keadaan macam ni. Dia terus mengatur langkah tanpa berpaling lagi.

Qairyna melemparkan pandang ke arah Abang Nadzri yang masih menanti di situ.

“Er… Itu Qaisara. Adik kembar saya.”

“Oh, ini ke dia yang selalu awak cerita dulu tu?”

Qairyna tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

“Sorry dengan apa yang jadi hari ni. Saya betul-betul tak tahu jalan kat sini banyak rosak dan berlopak. Jadi… saya tak perlahankan kerata.”

“Takpe! Sara bukan jenis yang suka simpan rasa. Kejap lagi dia okeylah tu.”

Nadzri melepaskan nafas kelegaan. Bimbang juga kalau-kalau Sara ambil hati dengan apa yang terjadi pada hari ini. Dia mengukirkan senyuman. Entah kenapa dia macam terjatuh hati pada pandang pertama! Mengarut betul!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience