BAB 12

Romance Completed 11879

Anak matanya langsung tak menyapa wajah suaminya. Tangan kanan yang dihulurkan kepadanya disambut perlahan dan tangan sasa itu diciumnya penuh syahdu. Dengan hai yang ikhlas! Menitis air matanya di saat hidungnya menyapa tangan lelaki itu.

Kelopak matanya masih ditundukkan. Giliran suaminya pula yang mencium dahinya penuh syahdu. Makin laju air matanya menitis ke pipi.

Lelaki itu memandang seraut wajah yang sudah basah itu. Dia tak nak pandang muka aku ke? Dia menyoal diri sendiri bila Qaisara masih menundukkan wajahnya. Senyuman mekar di bibirnya. Akhirnya wanita ini sah menjadi isterinya.

Dia mengalihkan wajah ke sisi Qaisara. Dekat dengan telinga Qaisara. “Selamat pengantin baru isteriku.”

Qairyna mencuit lengan suaminya. “Tengok tu! Romantiknya! Bukan macam awak.”

Suaminya mencebik. “Eleh, tadi tak sempat. Lepas ni siaplah awak!”

Bulat mata Qairyna memandang suaminya. Tiba-tiba dia merasakan tangan sasa suaminya melingkar di pinggangnya. Dia menoleh sekejap. Pantas lelaki itu mengucup pipinya. “Hisyh… malulah orang tengok!”

“Bukan salah pun! Kita kan dah sah suami isteri.” Usiknya bersama gelakan yang ditahan-tahan.

“Diamlah! Pandang depan tu!”

Ditolak pipi suaminya ke hadapan. Kalau nak tahu, suaminya ini memang gatal! Tak menyampat pulak! Malu kalau orang tengok! Pandangan di arahkan ke arah seraut wajah Qaisara. Kenapa dengan Sara? Dia tak suka ke?

Seraut wajah yang masih bersama sendu itu membuatkan hatinya keliru. Jangan-jangan aku tersilap tafsir hati Sara? Jangan-jangan Sara tak pernah sukakan lelaki ni pun! Dia mula serba salah.

Qaisara mengangguk perlahan. Tiada ucapan yang mampu diutarakannya. Sungguh, dia tidak berani untuk mendongakkan kepalanya walaupun lelaki ini sudah sah menjadi suaminya.

Qaisara… bukankah kau pernah cakap yang kau redha dengan takdir Allah? Bukankah kau dah ikhlaskan hati untuk semua ni? Dia mengingatkan diri sendiri.

Kedua-dua belah tangan suaminya hinggap ke pipi Qaisara. Air mata itu disapunya lembut. Penuh dengan kasih sayang. Jika diiukutkan hati, mahu sahaja dia memeluk tubuh itu dengan penuh kasih sayang dan perasaan cinta.

Dengan lafaz bismillah, Qaisara mendongakkan wajahnya, mencari seraut wajah. Hah? Hampir tengadah dirinya sebaik sahaja memandang seraut wajah suami yang baru dinikahinya itu. Terhenti tangisnya!

Tidak berkelip sepasang anak matanya. Biar betul? Aku tak mimpi, kan? Aku tak berangan, kan? Ini bukan khayalan, kan? Ini ke anak kawan mama? Dia meneguk liur perlahan.

“Hai, isteriku?” Dia menyapa isterinya bersama senyuman yang mekar indah pada seulas bibirnya.

“A.. a… awak?” Susah betul perkataan itu mahu keluar daripada mulutnya.

“Yes, I am. Are you okey, sayang?”

Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Sungguh, dia terkejut sangat-sangat! Macam mana lelaki ni boleh jadi suaminya. Pantas dia mencari seraut wajah. Wajah mamanya dipandang sedalamnya.

Puan Suri menganggukkan kepalanya, mengiakan walaupun dia tidak mendengar sepatah perkataan pun daripada mulut anak bongsunya itu.

Qaisara kembali mencari seraut wajah lagi. Siapa lagi kalau bukan kakak kembarnya. Seraut wajah itu dipandang lama. Macam mana pula dengan Kak Ryn? Bukan ke Kak Ryn cintakan lelaki itu. Seraut wajah itu jelas menggambarkan kegembiraannya. Habis tu, Kak Ryn kahwin dengan siapa?

Persoalannya tak pernah sudah. Dia mencari raut wajah seorang lelaki. Lelaki itu sedang memeluk pinggang kakak kembarnya. Suami Qairyna melemparkan senyuman. Sekali lagi dia hampir tengadah!

Apa dah jadi? Kenapa sampai jadi macam ni? Kak Ryn tak pernah bagitahu pun? Dan dia… dia berpaling ke arah suaminya. Macam mana pulak lelaki yang dicintai kakaknya boleh berkahwin dengannya pula? Semuanya menjadi suatu kebingungan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience