BAB 10

Romance Completed 11879

“NO! Daripada mama setuju dengan pilihan Ryn tu, lebih baik mama setuju dengan kawan mama. Yang tu mama dah kenal budaknya. Confirm baik punya! Yang Ryn nak carikan tu, mama langsung tak tahu baik atau buruk. Mama tak suka macam tu!”

“Tapi mama…”

“Panggil Sara. Mama nak bercakap sendiri dengan Sara.” Pantas Puan Suri mencantas ayat anaknya itu. Jika tidak, banyak lagi alasannya nanti!

Qairyna tiada pilihan. Mahu atau tidak, dia melangkah ke bilik memanggil Sara. Kali ini dia turun bersama Sara.

“Ryn naik atas. Mama nak bincang dengan Sara aje.”

“Tapi mama… Ryn tak nak…”

“No! Mama kata naik! Mama tak nak dengar apa-apa lagi. Kalau Ryn sayangkan mama, naik sekarang! Mama nak bicang dengan Sara aje!”

Dia tetap berkeras. Bukannya dia tidak tahu, Qairyna sangat keras kepala. Itu kata dia, itu jugak yang dia mahu. Kali ini dia tak mahu Qairyna masuk campur. Jika tidak, pasti Qaisara tidak bersetuju dengan mudahnya.

Dalam keterpaksaan dia melangkahkan kaki. Sekilas anak matanya singgah pada seraut wajah Sara yang langsung tidak menunjukkan sebarang riak. Sara… Ryn minta maaf. Mama pun dah jadi macam papa. Itu kata dia, maka itulah!

Tak ada siapa pun yang boleh halang. Menyesal sungguh dia berterus terang dengan mama. Akhirnya Sara pula yang jadi mangsa.

“Sara… bincang elok-elok. Luahkan apa yang Sara nak luahkan.” Sempat dia berbisik kepada adik kembarnya itu.

Qaisara senyum sambil mengangguk perlahan.

………….

“WHAT? Kenapa dengan Sara ni? Kenapa Sara setuju? Sara berhak nak menolak, kan? Ryn tak puas hati kalau macam ni keputusan mama.”

“Dahlah, Kak Ryn… Sara dah malas nak cakap apa. Cuma Sara nak bagitahu Kak Ryn yang Sara dah setuju semuanya.”

Kali pertama Qairyna menitiskan air mata di hadapan adik kembarnya itu. “Ryn tak sanggup tengok Sara tak bahagia.” Dia memeluk adik kembarnya sambil tersedu-sedu.

Qaisara mengusap belakang kakak kembarnya. Sedaya upaya ditahan air matanya daripada menitis jatuh. Sudahlah! Dia tak mahu tengok Qairyna sedih. Juga mama dan papanya. Jadi… dia perlu kuat. Dia perlu sabar dan sabar.

“Kak Ryn… cinta boleh dipupuk, kan? Kata orang, cinta akan lebih bahagia bila bermula di alam perkahwinan.”

“Sara ni… banyak sangat baca novel Melayu! Sebab tu Sara selalu fikirkan bahagia. Happy ending! Sara kena ingat… yang dalam novel tu semuanya angan-angan! Dunia fantasi ciptaan penulis semata-mata. Tak akan sama dengan realiti, Sara.”

Dia mengangguk perlahan. Dan dia tahu tentang itu!

“Sara tahu… tapi ada juga penulis yang bercerita tentang realiti. Sebab tu Sara percaya pada takdir Allah.”

Lelah sungguh hatinya dengan jawapan Qaisara. Kenapa sampai macam ni jadinya?

“Sara tak menyesal?”

“Sara tak akan pernah menyesal bila Sara membuat keputusan yang membahagiakan hati mama dan papa.”

“Ini pasal masa depan Sara. Macam mana kalau dia tu bukan orang yang baik-baik?”

Qaisara melemparkan senyuman. Sebenarnya itulah yang dia takutkan.

“Kan Sara pernah cakap yang Sara redha dengan takdir Allah. Eh, bukan! Pasrah!”

“Kalau itu jawapan Sara… Ryn akan pastikan Sara bahagia! Kalau dia macam-macam dengan Sara, Ryn tak akan teragak-agak nak bunuh dia!”

Terkejut betul dia apabila mendengar jawapan kakak kembarnya itu. Sampai tahap membunuh? “Jangan Kak Ryn! Hukum membunuh tu dosa besar!”

“Ya, Ryn tahu! Nanti Ryn tahulah apa yang Ryn nak buat!” Dia membetulkan semula ayatnya.

………….

MAJLIS perkahwinan itu diadakan secara besar-besaran memandangkan pasangan yang berkahwin itu adalah dua pasangan. Qairyna dan Qaisara. Juga merupakan kedua-dua anak perempuan keluarga Tengku Qhai.

Berkerut dahinya memandang seraut wajah. Zaarif? Siapa yang jemput Zaarif? Takkanlah Kak Ryn? Tapi… kenapa si Zaarif ni pakai baju Melayu warna putih pulak? Lagak macam orang nak bernikah aje? Dia sudah tergelak perlahan.

“Hah! Pandang siapa tu!”

Qaisara menoleh ke arah suara yang menyergahnya. Dia menghulurkan senyuman manis. Cantik betul Kak Ryn ni! Agak-agak aku cantik macam tu tak dengan gaun pengantin ni? Haha… dia ketawa di dalam hatinya.

“Kak Ryn cantik.” Pujinya ikhlas.

“Sara pun! Cantik sangat! Tapi… macam patung cendana! Kenapa? Ada yang tak kena?”

Qaisara tersenyum. Seraut wajah kembarnya itu melihatan bahagia sangat. Apakah aku pun akan bahagia seperti dia? Ya Allah Ya Tuhan ku… aku memohon perlindungan dan kesejahteraan daripadaMu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience