TEKUN dia membaca novel Perempuan Lindungan Kaabah itu. Nasib baik ada bawak novel ni. Kalau tak mesti bosan nak tunggu Kak Ryn. Selepas menyiapkan tutorial dan tugasannya, dia terus mencapai novel itu dan menyandarkan tubuh pada pokok yang rendang itu. Nasib baik pokok tu besar. Boleh jugak dia berlindung.
Dia tercari-cari seraut wajah. Mana perempuan tu? Rasanya dah habis satu padang dia ronda. Langsung tak jumpa apa yang dicarinya. Bukan ke tadi dia cakap nak tunggu kat padang ni?
Dia berpaling ke kiri dan kanannya. Juga tak ada. Keluhan kecil dilepaskannya. Bibirnya menguntumkan senyuman hambar. Nampaknya bukan jodoh aku bertemu dengan dia sekali lagi. Dia kembali mengatur langkah berat berkira-kira untuk menghentikan pencariannya.
Dahinya dikerutkan. Anak matanya seolah-olah ternampak cebisan baju berwarna putih di sebalik pokok besar itu. Baju ke kertas? Dia menyoal hatinya. Perlahan langkahnya diatur menghampiri pokok besar itu. Ha’ah… memang baju pun!
Bibirnya mengukirkan senyuman perlahan. Nafas kelegaan dilepaskan. Akhirnya… jumpa jugak dia! Langkahnya diatur menhampiri gadis di sebalik pokok itu.
“Assalamualaikum.” Salam dihulurkan. Dia mengerutkan dahinya. Tak jawab? Masih marah pasal pagi tadi ke? Langkah diatur ke hadapan. Bulat anak matanya memandang seraut wajah itu. Akhirnya dia tergelak perlahan.
Seraut wajah mulus itu diperhatikan lama. Comel sungguh muka dia ni kan. Hmm… ada sedikit perbezaan jika dibandingkan dengan Qairyna. Tahi lalat pada hujung mulutnya sebelah kanan. Kalau tak diperhatikan betul-betul memang tak nampak. Mulus wajahnya tanpa sebutir jerawat yang mencelakan wajah.
Bibirnya mengukirkan senyuman apabila mendengar dengkuran halus terbit di bibir itu. Kenapa aku tak pernah kenal Sara sebelum ni? Wajah yang sama. Namun dia nampak perbezaan sikap yang ketara. Ya, dia sudah lama mengenali Qairyna.
Namun Qaisara… baru hari ni. Dia sudah jatuh cinta padah wajah innoncent Qaisara. Sikit pun Qaisara tidak melenting sewaktu bajunya dikotorkan tadi.
Dia mengerutkan dahi. Terasa seperti tidurnya terganggu. Biasanya kalau aku tidur sini tak ada pun yang menganggu. Padang ni terletak di suatu sudut paling hujung. Satu-satunya pokok besar yang sangat ditakuti penghuni fakulti ini.
Katanya pokok ini berhantu. Tapi tidak bagi Qaisara. Pokok inilah penemannya selama tiga tahun di universiti ini. Bukan nak bercakap besar, tetapi sekalipun dia tak pernah diganggu oleh benda-benda yang tak sepatutnya sebagaimana yang dikatakan oleh teman-temannya.
Namun hari ni… dia mula rasa seram sejuk. Dalam tidurnya yang lena itu, dia dapat merasakan ada sesuatu yang menganggu tidurnya. Kenapa setelah tiga tahun? Setelah tiga tahun baru benda-benda tu nak ganggu dia? Dia ada buat salah apa-apa ke? Sebab dia uzur ke? Atau sebab bajunya yang kotor?
Terasa dadanya berdebar semakin pantas. Di ruang matanya yang terpejam itu, dia dapat melihat bayang-bayang lembaga hitam sedang berada di hadapannya. Ya Allah… aku berlindung daripada segala kejahatan.
Matanya masih dipejamkan rapat. Namun tangannya sudah bergerak mencari beg dan buku-bukunya. Perlahan gerak geri tangannya diatur. Dia sudah berkira sendiri di dalam hatinya.
Setelah berjaya mencapai semua barangnya, dia akan membuka mata dan cabut lari dari situ. Dan dia berjanji tidak akan datang lagi ke pokok besar itu.
Nadzri mengerutkan dahi perlahan. Kenapa muka dia berkerut seribu ni? Dia mimpi ngeri ke? Anak matanya memerhatikan tangan Sara yangbergerak satu persatu mencapai beg dan buku-bukunya.
Pelik! Mengigau ke? Sedangkan matanya masih lagi terpejam rapat? Apa sebenarnya yang ada dalam fikiran dia?
Kali ini dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Fail besar setebal dua inci itu digengam erat di tangan kanan. Tangan kirinya sudah mememang buku dan begnya. Kaki dikuatkan ke tanah. Cepat sahaja dia membuka mata sambil menghayunkan fail tebalnya ke arah lembaga yang masih ada di hadapannya itu.
Terperanjat besar Nadzri apabila fail tebal itu kelihatan melayang hampir mengenai mukanya. Pantas dia mengelak sambil tangannya memegang tangan perempuan itu. Niatnya untuk menghentikan hayunan fail tebal itu. Berjaya! Tangan itu sudah berada dalam gengaman tangannya.
Qaisara panik apabila melihat seorang lelaki di hadapannya. Cepat dia menjerit. Harapannya semoga ada orang yang lalu lalang datang menolongnya.
“Aaa…”
Nadzri cepat bertindak menutup mulut Qaisara yang cuba menjerit itu.
“Sara… jangan jerit. Nanti orang ingat saya nak apa-apakan awak.”
Share this novel