Di dalam sebuah bilik.Khai terlihat seperti sedang memegang beberapa helai kertas.Kertas itu mengandungi maklumat yang diminta satu jam yang lalu.Khai meneliti maklumat serta biodata perempuan yang akan menjadi isterinya dalam masa lebih kurang 1 bulan lagi.Mengapa bergitu cepat?Papa dan Mama Khai memaksanya agar majlis perkahwinan dipercepatkan.
Rosalina dan Baharudin sentiasa iri dengan kawan-kawannya yang sudah mempunyai cucu.Mereka mahu mengendong cucu seperti kawan-kawan mereka yang lain.Sebelum menutup mata mereka berharap dapat merasai mempunyai cucu sendiri.
Memikirkan soal anak sahaja Khai pening,kerana tidak ingin mengecewakan kedua ibu bapanya dia mengikuti sahaja permintaan itu.
"Kenapa perempuan di dalam foto ini sama dengan perempuan yang terlanggar dia tempoh hari?"Bisik Khai dalam hati.Setelah melihat maklumat dan tempat di mana perempuan ini bekerja dia yakin memang orang yang sama.'Undivide Holding' itu ialah sebahagian syarikat milik papanya.Mereka bertemu buat kali pertama di parking milik syarikat papanya.Adakah ini takdir?
"Najwa Aina Binti Rosman."Satu nama yang akan mengubah hidupnya.
Terdapat banyak helai kertas di atas mejanya tetapi ada satu helaian yang menarik minatnya.Maklumat tentang perempuan yang bernama Aina itu.Dia menarik helaian tersebut, melihat helaian pertama dahinya mula berkerut.
"Dia sakit?"pikir Khai lagi.Terdapat banyak maklumat yang menyatakan Aina sering ke hospital.Malas memikirkan hal tersebut dia meletakkan kembali kertas itu di atas meja.Mengapa dia perlu memikirkan urusan seseorang yang dia tidak kenali.
Khai mengerling ke arah jam tangannya menunjukkan pukul 5.Dia perlu segera sampai ke rumah ibu bapanya agar tidak mendengar bebelan ibu bapanya kerana terlambat.
Dia perlu bersiap untuk menghadiri majlis merisik.Sesampai di rumah ,Khai hanya berpakaian T-shirt berwarna Navy blue dan berseluar slack berwarna coklat muda.Penampilannya sangat sederhana tapi tidak dapat menghilangkan kekacakan Menuruni anak tangga terlihat kelibat ibu bapanya yang sedang menunggunya.
"Kenapa kamu lambat Khai,majlis itu pukul 6 petang?"Tanya Baharudin.
"Petang tadi ada kerja yang tidak dapat dielakkan jadi Khai perlu selesaikan dengan segera."Jawap Khai tenang.
Baharudin yang mendengar jawapan anak lelakinya hanya mengangguk kerana dia juga sedia maklum dengan tingkah laku anak nya yang sangat mementingkan kerja berbanding segala-galanya.
Mereka semua menuju ke rumah bakal besannya.
Disisi lain.
Aina yang mundar-mandir kegelisahan kerana tidak lama lagi dia akan bertemu dengan keluarga bakal suaminya.Bagaikan mimpi buatnya menempuhi semua ini selama 21 tahun tidaklah mudah namun menghadapi situasi seperti ini sangat berat.Dia juga tidak mengenali suaminya seperti apa?Bukan mengenali rupa sahaja Aina tidak tahu.
"HAHAHAHAH."Aina tergelak memikirkan nasibnya .
Hari ini Aina hanya berpakaian sederhana, berbaju kurung moden berwarna coklat muda . Setelah puas dengan penampilannya dia keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.
Dalam masa yang sama kelihatan kedatangan tetamu yang diiringi oleh ayahnya.
"Assalamualaikum."Sapa tetamu tersebut.
"Aina yang mendengar suara yang familiar segera mencari sumber suara itu.Apa!!!!Adakah lelaki yang berdiri di sebelah ayahnya akan menjadi bapa mertuanya.Dilihat dari perlakuan ayahnya dia yakin itu lah yang bakal menjadi bapa mertua dan perempuan sebelah lelaki itu akan menjadi ibu mertuanya.Semua orang mengenali pasangan sejoli yang sedang berdiri di hadapannya.Mereka merupakan jutawan terkenal yang dikenali di merata tempat.Tapi bagaimana mereka jodohkan aku dengan anak mereka? What?Ommoo!!!
Adakah ayah telah menjualnya?Tidak Tidak Tidak.....
"Waalaikumussalam,duduk lah"Jawap Halizah ramah.
Dalam situasi yang tidak selesa menjadikan dia melihat ke sana ke sini agar dapat meneutralkan detak jantungnya.Dia tertangkap kedatangan seorang lelaki yang sedang berjalan ke arah ruang tamu.Aina yang melihat kedatangan lelaki itu hanya menunduk kan kepala setelah mata mereka secara tidak sengaja bertemu.
"Kenapa lelaki itu boleh ada di sini."gumam Aina sendiri.
Aina menghembuskan nafas berat.Dia mungkin sebahagian keluarga ini pikir Aina positif.
"Khai datang sini sayang.Duduk sini sebelah papa."panggil Baharudin kepada anak lelakinya.
Aina serta merta mendongak dan mata mereka bertentangan lagi.Aina yang gugup segera mengalihkan mata melihat ke arah lain.
"Sebelum ke perbualan yang agak serius jemput minum dulu."Jemput Halizah selesai menghidangkan air di atas meja.
"Betul juga."Jawap Rosalina.
Mereka mengambil gelas air yang terhidang di atas meja dan meminumnya.Aina meminum air itu dengan sangat rakus supaya dapat menghilangkan debaran di dadanya.
"Ini ke bakal menantu saya,sangat kacak dan sopan sekali."Tanya Halizah kepada bakal besannya itu.
"Ya dia ialah anak tunggal kami yang akan berkahwin dengan anak perempuan kamu yang cantik dan manis itu."Jawap Rosalina sambil merangkul Khai yang berada di sebelahnya.
"Uhuk Uhuk Uhuk."Aina yang mendengar terus terbatuk kerana saking terkejut tanggapannya semua salah.
Semua yang berada di situ menoleh ke arah Aina, termasuklah Khai yang hairan dengan kelakuan Aina.Bukankah ini semua kehendak Aina kenapa wanita ini kelihatan terkejut?
Aina menjadi salah tingkah setelah menyedari semua mata tertumpu ke arahnya.
"Maafkan saya,saya sedikit gugup."Aina tersenyum sambil menunjukkan giginya yang tersusun.Alia yang sejak tadi memerhatikan kakaknya hanya mengusap belakang milik kakaknya agak Aina lebih tenang.
Semua hanya tersenyum dengan kelakuan Aina sekarang ini.Muka cuaknya terlihat jelas.Cuma seorang lelaki yang hanya menunjukkan wajah datarnya.Khai sedang melihat kelakuan Aina sepertinya dia tertarik.
Khai memang kelihatan tidak tertarik tetapi hakikatnya dia mula tertarik dengan kelakuan Aina.
"Menarik."
****MAAF SEBAB BARU UP EP BARU PARA READERS II YANG BAIK LAGI PENYABAR HEHEHEH.******
Share this novel