bab 10

Drama Completed 23525

Setelah kejadian di tempoh hari nampaknya Khai masih tidak mahu makan bersamanya di meja makan, lelaki itu menghabiskan masanya di dalam bilik.

Apabila Aina membuka pintu bilik Khai, seperti biasa lelaki itu duduk di balkoni biliknya, merenung ke halaman rumah dengan mata kosong.

"Selamat pagi, Khai."

Lelaki berambut hitam itu menoleh, Aina tersenyum kepadanya sambil membawa dulang makanan bersamanya. Dia meletakkannya di sana.

"Hari ini saya buat sup ayam dan sayur lemak, saya harap awak suka."

Khai memandang mangkuk sup ayam dan mangkuk sayur lemak serta segelas air, tetapi dia tidak berkata apa-apa, manakala Aina cuba menahan sikap acuh tak acuh Khai terhadapnya.

"Maaf mengganggu tuan dan puan.Saya ingin memberitahu bahawa Puan Damia dan suaminya datang bertamu ke sini.Mereka berada di bawah sedang menunggu Tuan Khai."Jelas Mak cik Yam sebagai pembantu rumah mereka.Cik yam sudah berkerja hampir 5 tahun sebagai pembantu rumah Khai.

Khai mendengar segera turun tanpa mengendahkan Aina yang sedang memahami keadaan hanya diam.

Khai perlu berjumpa Damia dan juga suami yang pernah bergelar sahabatnya suatu ketika dahulu.Mereka bertiga merupa sahabat namun siapa sangka Damia lebih memilih mencintai Hafiz berbanding dirinya.

Flashback

"Khai aku cintakan Damia.Aku tahu kau mesti tak terima jadi kita lihat Damia memilih siapa"kata Khai setelah menyedari persahabatan mereka begitu lama.

"Maafkan aku Khai,biar kali ini aku ego dan mementingkan perasaan aku."Khai yang mendengar mengepal tangannya menahan marah.

Alasan kenapa Damia sentiasa menolaknya kerana Damia mencintai Hafiz tetapi Khai memilih untuk mementingkan diri.Sakit cintanya tidak terbalas sedang Damia sudah menolaknya tetapi dia yang berkeras ingin mempertahankan hubungan mereka.

End Flashback

Aina mengekori suaminya dari belakang menuju ke ruang tamu.

Hafiz dan Damia tersenyum, tetapi senyuman mereka berdua serta-merta pudar apabila melihat susuk tubuh Aina. Mereka pernah mendengarnya, Khai sudah berkahwin dengan seorang gadis.

Aina senyum dan tunduk sedikit di hadapan mereka

Damia itu tidak berubah, sama seperti dia, dia sentiasa merasakan Damia secantik bunga matahari yang sedang mekar.

Sudah lama dia tidak melihat Damia dan melihatnya begini, dia benar-benar ingin berlari dan memeluk wanita itu.Mata Khai tertumpu pada perut Damia yang semakin membulat.

"Khai..."

“Khai apa dah jadi dengan awak okay tak?"

Pada mulanya Aina ingin mendekati lelaki itu tetapi dia menghentikan langkahnya sebaik sahaja Damia mendahuluinya dan mendekati Khai terlebih dahulu.

"Tengok awak, awak dah kurus sangat." Damia kelihatan begitu risau . Pandangan lembut yang diberikan Khai kepada Damia tidak dapat lari daripada deria penglihatan Aina yang membuatkan dia berasa sedih.

Itu adalah pandangan penuh cinta dan kasih sayang seorang lelaki terhadap wanita yang dicintainya, bolehkah Aina berharap dia juga akan mendapat pandangan seperti itu daripada Khai suatu hari nanti?

Khai yang tidak pernah tersenyum pun tiba-tiba tersenyum lembut apabila memandang Damia .

"Maafkan saya, Khai. Saya tak boleh terima perasaan awak tapi saya harap awak faham, walaupun saya tak boleh ada perasaan yang sama kita tetap kawan kan?" Damia tanya. "Khai, kita berkawan sejak kecil, adakah hubungan kita akan hancur begitu saja kerana perkara seperti ini?"

Mata Damia mula bergenang dengan linangan air mata, dia menundukkan kepalanya sambil mengesat air matanya. "Saya tetap nak kawan dengan awak, mustahilkah kita berdua berkawan seperti dulu?"

Melihat Damia mula menangis, Hafiz menghampirinya dan menepuk belakang isterinya.

"Beritahu aku, Khai. Bukankah kita masih berkawan? Perkara yang kita lalui dahulu, bukankah itu penting dan berharga? Aku tidak akan melupakan semua kenangan yang kita buat selama ini, apabila kita membantu Damia yang hampir lemas dalam sungai."

"Atau apabila kita pergi ke pergunungan untuk melihat bintang bersama-sama." Damia mendongak semula dan teringat beberapa perkara yang berlaku pada masa lalu sambil memandang Khai dengan mukanya yang sembab. Khai, awak dan Hafiz kawan baik saya, awak memang kedua-duanya sama penting dalam hidup saya. Jadi jangan cuba mengelak dari kami lagi."

"Jangan menangis." Khai membuka suara,. "Kamu berdua adalah kawan aku, sudah di anggap keluarga terdekat aku, aku banyak menghabiskan masa dengan kamu berdua sudah tentu aku tidak mahu kehilangan kamu berdua, cuma aku perlukan masa untuk menenangkan diri atas segala yang berlaku. Aku betul-betul minta maaf."

Aina melihat mereka bertiga berpelukan erat dan wajah suaminya kelihatan lebih ceria, malah dia dapat merasakan kebahagiaan yang jelas tertera di wajahnya.

Mereka bertiga berkawan rapat sejak kecil, hubungan mereka sangat rapat sehinggakan jika ada masalah dalam hubungan mereka bertiga, mereka bertiga masih boleh memperbaiki hubungan mereka sendiri.

Sedangkan dia...sendiri...

Aina diam menundukkan kepalanya, dia hanya orang asing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience