bab 19

Drama Completed 23525

Setelah sampai di tempat tersebut.Kawasan itu tidak seperti tempat tinggal manusia.Kekurangan bekalan makanan dan tempat tinggal yang kotor serta bangunan yang kelihatan tidak sempurna.

"Bagaimana mereka boleh bertahan dengan keadaan seperti ini?" Tanya Aina.

Khai yang sedang berbual dengan Syahrul dan beberapa wakil dari bandar itu terdiam seketika dan memandang ke arah wanita itu, tetapi di sebelah Aina ada seorang lagi wanita, ibu kepada dua orang anak.

Wanita itu ialah Emma, isteri kepada pengerusi yang berkhidmat di tempat ini.Malangnya, suaminya meninggal dunia dan kini dia sendirian menjaga dua anak lelakinya yang masih kecil, seorang daripadanya masih berusia dua tahun.

“Kanak-kanak mempunyai hati yang kuat, bukan mereka tidak berasa sedih, tetapi kadangkala mereka lebih bijak dan lebih cepat menerima keadaan berbanding orang dewasa,” jelasnya.

Dia kemudian memandang ke luar tingkap, melihat kanak-kanak bermain, terutama anaknya. "Tanpa mereka saya mungkin tidak akan sekuat ini."

Mendengarnya, Aina menjadi tidak tahu hendak berkata apa.

"Mm." Rungutnya lalu memandang perempuan itu. "Senang berkenalan dengan Puan Emma."

Puan Emma tersenyum lalu memegang tangan Aina dan menggenggamnya erat tetapi lembut. "Saya yang sepatutnya gembira dan tersanjung kerana kamu ada di sini, Puan Aina."

Aina tersenyum tipis.

Mereka berdua kemudian menghampiri Khai dan yang lain, mereka masih berbincang mengenai isu laluan air yang masih tersumbat oleh tanah dan bahan binaan.

Aina mula faham, inilah masalahnya di tempat ini mereka tidak mempunyai alat berat yang membuatkan mereka melakukan semua kerja mereka secara manual dan mengangkat batu-batu besar itu pasti satu kerja yang sukar.

“Kita perlukan sumber air itu untuk tumbuhan."

Aina memandang pelan perumahan yang terbentang di atas meja. Aina perlu mendapatkan seseorang yang memandu jentolak.Selesai menghubungi sahabat nya Zulaikha dan Shasha bagi mendapatkan pertolongan
"Sebenarnya saya ada rancangan."

"Apa?" Khai bertanya.

“Saya bercadang untuk menanam tanaman dan sayur-sayuran yang boleh membantu mereka dari segi makanan.Menunggu mereka menjalankan projek pembangunan ini akan mengambil masa jadi mereka memerlukan makanan untuk mengisi perut."

Aina tersenyum kepadanya. "Bukankah saya telah memberitahu awak bahawa saya akan membantu?"

Khai tidak faham apa yang Aina maksudkan, tetapi entah kenapa sejak kebelakangan ini dia selalu mendengar apa yang dikatakan oleh wanita ini. Walaupun wanita itu memegang tangannya dan memintanya menunjukkan tempat yang menyuberkan air itu, dia tetap melakukannya.

Beberapa jam kemudian Zulaikha dan Shasha datang bersama kenderaan yang akan membantu mereka mengali sumber air dan mendapat peralatan yang akan membantu penduduk membangunkan rumah.

Aina mengamati arah yang di tunjukkan oleh Khai."Kita akan mula menggali mulai dari sekarang jangan membuang masa."

Beberapa jam kemudia mereka menjumpai mata air yang akan menjadi sumber air kepada mereka.Hal ini dapat membantu mempercepatkan pembangunan yang mungkin menggunakan banyak air.Kawasan ini akan mendapatkan sumber air yang bersih.

Khai dan orang-orang yang berada di situ memandangnya dengan gembira, sebahagian daripada mereka bersorak gembira melihat air yang melimpah, manakala Khai berpendapat bahawa Aina layak di kagumi.

Bukan kekayaan Khai tidak dapat membantu penduduk di sini tetapi Aina yang mendahului dirinya.Khai memandang kagum kepada isterinya.

Kawasan ini berlaku kekurangan pembangunan dan makanan.Khai yang selama ini kerap turun padang melihat kesusahan penduduk kerana dan di situ dia pernah melihat seorang gadis yang sangat baik, dia membantu orang tanpa meminta balasan dengan senyuman di wajahnya, dan orang itu adalah Damia.Al hasil projek ini akan segera di jalankan dengan bantuan isterinya.

Kini Aina dapat memahami bahawa sumber air di bandar itu telah ditutup sepenuhnya, runtuhan bangunan, lumpur dan batu-batu besar boleh menjelaskan mengapa mereka mengambil masa 30 hari penuh untuk mencari sumber itu semula.

Khai memandang wanita yang berdiri tidak jauh dari dirinya, pandangan kagum yang tidak pernah luput.Wanita itu adalah isterinya.

_________
Saya disini ingin memohon beribu kemaafan ceyyyyy..sorry semua saya tak sempat nak update novel sampai ke tahun baru update teruk betolll....maaf yeee..sayang awak semua..jaga kesihatan sekarang musim covid okayyyyy...stay healthy..muachhhhhhhhh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience