bab 20

Drama Completed 23525

Puan Lia hampir terkejut melihat keadaan sekeliling terutama air yang mencurah laju sehinggakan kanak-kanak berlari-lari kelihatan sangat gembira ketika bermain air.

"Wow," katanya. "Bagaimana dia boleh melakukan semua ini?"

Kata-katanya yang didengar oleh Khai dan Aina yang segera memberi salam.

"Salam, Makcik Lia dan Pakcik Fazly."

Aina melakukan hal yang sama dengan apa yang Khai lakukan, memberi salam kepada kedua lelaki dan perempuan yang berdiri di hadapan mereka.Menjadi orang yang seriang membantu penduduk di sini selain Khai. Aina menempel pada Khai dan berkata, "Awak tak cakap yang mereka akan datang ke sini"

Khai hanya memandangnya sekilas, tetapi dia tidak berkata apa-apa, sebaliknya lelaki itu memandang kedua lelaki dan perempuan yang sudah berumur sambil tangannya menepuk tangan Aina yang memegang lengan bajunya seolah-olah cuba memberi ketenangan.

Pakcik Fazly tersenyum menghampirinya dan memeluk Khai. "Senang bertemu dengan kamu, Khai. Kenapa kamu tidak datang ke rumah kebelakangan ini?

Tuan Sri Fazly dan Puan Sri Lia merupakan ibu bapa kepada Hafiz. Khai memanggil mereka makcik dan pakcik kerana permintaan dari keluarga mereka sendiri.Hafiz dan Khai sudah berkawan sejak kecil dan membesar dalam lingkungan yang sama.

"Maafkan pakcik. Saya mungkin tidak patut untuk mengatakan alasan seperti ini tetapi saya..."

"Sibuk?" Pakcik Fazly memotongnya. "Pakcik boleh faham," katanya sambil memandang Aina.

"Isteri awak sangat cantik, Khai, dan bakatnya..."

"Dia luar biasa!" Makcik Lia menyempurnakan ucapan suaminya.Wanita yang mempunyai kedudukan tertinggi itu tidak teragak-agak untuk menepuk lengan Aina dan memegangnya lembut. "Makcik sangat gembira bertemu dengan kamu."

"Saya gembira dapat membantu , Makcik," kata Aina dengan senyuman di wajahnya, tetapi ada kesungguhan dan ketegasan di matanya yang dapat dilihat oleh Makcik Lia.

Makcik Lia dan Pakcik Fazly saling menatap satu sama lain sebelum kembali menatap Aina seolah saat melakukan kontak mata sebelumnya mereka saling berbicara satu sama lain dengan tatapan mereka dan entah apa yang mereka pikirkan, Aina juga memiliki pemikiran sendiri dan dia akan menyuarakannya sekarang..

Aina berasa lega kerana dua orang ini terbuka dan menerima kehadiran dirinya. "Saya memang mahu membantu tempat ini, tetapi saya ingin menekankan bahawa tidak semua perkara harus bergantung pada bantuan saya."

"Apa maksud kamu?" Makcik Lia mengerutkan keningnya.

Pakcik Fazly memandang Khai, ketika itu riak wajahnya sedikit terganggu. Khai mengeluh, "Dia isteri saya dan tentang idea dia, saya harap semua pihak tidak mengambil kesempatan dengan bantuan dari isteri saya demi kepentingan projek ini. Isteri saya bebas menjalani kehidupannya mengikut apa yang dia mahu."

Hati Aina benar-benar gembira apabila mendengar Khai berkata semua itu di hadapan Makcik Lia dan Pakcik Fazly, sehingga dia tidak lepas dari mendongak dan memandang wajah tampan suaminya yang sentiasa kelihatan tenang, Aina hampir tidak dapat menahan senyumannya lalu meraih. Tangan Khai untuk di pegang.

Perbuatan Aina mengejutkannya.Dia menundukkan kepalanya melihat wajah Aina yang tersenyum kepadanya dan merasakan tangan wanita itu. Dia mahu melepaskannya, tetapi akhirnya dibiarkan sahaja.

"Saya bercadang untuk menanam sebanyak mungkin pokok yang boleh dikumpulkan dan diawet untuk bekalan, sebaliknya mereka boleh melakukan pekerjaan lain. Saya hanya akan melakukan sekali sahaja untuk membantu mereka mengembalikan apa yang sepatutnya mereka perlu dan selepas itu mereka masih perlu melakukannya seperti biasa."

" Saya tidak mahu mereka bergantung pada pertolongan saya"

"Kenapa?" Seorang budak kecil yang bernama Lukman yang sudah lama berdiam diri tiba-tiba bersuara. "Bukankah bagus jika kakak boleh membantu mereka? Orang ramai tidak perlu bekerja keras lagi dan kami tidak pernah kekurangan makanan lagi. Kami tidak perlu risau jika kami tidak mempunyai makanan lagi kerana kakak sedia membantu kami.Mengapa kakak tidak mahu melakukannya dan masih mahu orang lain bekerja keras seperti sebelum ini?"

Budak lelaki itu kelihatan berumur dalam lingkungan lima atau enam tahun, kata-kata yang jujur dengan mata hitam cerahnya membuatkan hati Aina terdetik dan dia tidak dapat menahan tangannya mengusap rambut hitamnya yang beralun.

"Kedatangan saya memang boleh membantu ramai orang, tetapi pernahkah kamu berfikir? Bagaimana jika saya tidak dapat membantu mereka suatu hari nanti?"

Aina menundukkan diri sedikit di hadapan Lukman. "Seseorang itu perlu bekerja keras untuk mendapatkan apa yang mereka mahu, saya harap kamu akan ingat kata-kata itu. Ibu saya berkata bahawa tidak ada yang tidak sesuai dengan perjuangan dalam hidup ini. Tiada yang segera dan tiba-tiba berlaku, walaupun ada tanpa kamu menyedari ia wujud kerana usaha orang lain untuk menciptanya untuk kamu."

" dan kerana itu saya tidak mahu orang lain malah diri saya terlalu bergantung kepada bantuan saya. Kita masih perlu bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu, ia mengelakkan orang menjadi malas dan bergantung kepada saya mahupun sesiapa. Jadi jika saya tidak membantu mereka dari segi kewangan atau sebagainya, mereka tidak akan kehilangan apa-apa -kerana mereka sudah biasa melakukannya sendiri."

Lukman menundukkan kepalanya, budak lelaki itu seperti sedang memikirkan sesuatu. "Mm, nampaknya apa yang Kakak katakan itu betul. Ini seperti apa yang ayah saya katakan, yang selalu menyuruh saya belajar bersungguh-sungguh supaya saya menjadi orang yang berguna pada masa hadapan."

Aina tersenyum mengusap pipi kanak-kanak itu. "Senang awak faham, Lukman."

Bagaimanapun, Pakcik Fazly berfikir betul apa yang di katakan oleh Aina bahawa wanita itu mempunyai hati yang baik seperti Damia yang akan membantu orang tanpa mementingkan diri sendiri, tetapi kini dia dapat melihat bahawa terdapat perbezaan besar antara Aina dan Damia menantunya. Tidak seperti Damia, Aina bimbang tentang orang lain jika mereka bergantung kepadanya, bukan kerana dia takut keletihan atau menganggunya.

Wanita itu bimbang jika terlalu bergantung padanya, mereka akan menjadi malas dan hilang jati diri sebagai manusia yang harus terus belajar dan berjuang dalam kehidupan mereka, kerana kehidupan tidak selalunya stabil.

Wanita itu memikirkan jangka masa panjang untuk kebaikan semua orang.

Semasa Khai berdiri di sana, siapa tahu apa yang bermain di fikirannya sambil merenung Aina dan kanak-kanak di situ.

Wanita itu juga kelihatan begitu gembira sehingga terharu melihat kegembiraan penduduk, dia tidak berhenti mengesat air mata yang tidak henti-henti keluar dari matanya. Dia tidak menyangka dengan pertolongan sebejgini kecil dapat mengembirakan penduduk di sini.

"Kenapa kau menangis?" Tanya Khai sambil berjalan ke arahnya dan mengesat air matanya. "Kau berjaya, Aina."

Aina tergelak kecil. "Saya tahu, saya cuma..."

Khai mengeluh, senyuman kecil terukir di wajahnya sebelum dia menarik Aina ke dalam pelukannya dan membiarkan Aina menangis dalam pelukannya, mengusap belakangnya.

Wanita ini baru sahaja melakukan perkara yang begitu hebat, jadi bagaimana dia boleh menangis.

_____
double update for u all sarangaeeeeee yooo..(betul keee eja nya cam tu?)apa pun sayang u alllsss ceysssss. -°°-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience