Aina berjalan menuju ke ruang tamu sebentar tadi dia di hantar oleh Shasha dan Zulaikha setelah dia diperbolehkan balik ke rumah.Dia berjalan menuju ke bilik untuk merehatkan diri.Dia membersihkan diri terlebih dahulu.Selesai membersihkan diri dia membaringkan diri di atas katil dan tertidur.
Sesampai di rumah Khai mencari keberadaan Aina.Khai sudah mengetahui isterinya sudah selamat sampai ke rumah kerana petang tadi.Sebelum Aina balik ke rumah bersama sahabatnya Aina memaklum kepada Khai terlebih dahulu.
Melihat suasana rumah yang sunyi meyakinkan Khai yang Aina sedang berada di dalam biliknya.
TOK
TOK
TOK
Aina yang tidur tersedar kerana bunyi ketukan itu.Dia menghampiri pintu dan membuka.Terlihat Khai yang sedang berdiri di hadapan pintu biliknya.
"Maaf awak tadi saya tertidur."kata Aina sambil menyalami tangan suaminya.
"Hm,turun lah makan aku ada belikan makanan segera."ajak Khai.
Aina yang mendengar hanya tersenyum walaupun Khai yang terlihat tegas tetapi dia sangat peka terhadapnya.Khai mungkin tahu dia tidak sihat dan tidak larat memasak buatnya.
Sampai di dapur mereka menjamu selera dengan makanan segera yang telah dibeli oleh Khai.
Usai menjami selera Khai berjalan menuju ke balkoni rumahnya.Melihat pemandangan pada waktu malam sangat menenangkan.
Aina berjalan ke arah Khai dan meletakkan dulang yang berisi air panas di atas meja.
"Maaf, saya ada nak bincang sesuatu dengan awak."
"Hm."Khai mengalihkan pandangan dari Aina ke halaman yang luas dengan taman-taman yang berlandskap kemas. Lampu di tiang taman telah dihidupkan, cahaya kuningnya memancarkan ke seluruh taman.
“Katakan,” kata Khai ringkas apabila angin malam kembali menerpa tubuh mereka dan membuatkan rambut hitam panjang Khai bergoyang ditiup angin, sungguh kacak sekali.
"Saya telah mendengar apa yang berlaku," kata Aina.
Khai hanya menoleh memandangnya.
"Tentang awak dan Damia.Damia ialah gadis yang awak cinta, kan?"
Khai mengalihkan pandangannya dari Aina dan melihat semula ke halaman rumah.
Aina juga melakukan perkara yang sama. “Saya tidak rasa apa yang awak rasa jadi sudah tentu saya tidak akan faham perasaan awak dengan baik, dan saya juga belum mengalami apa yang awak alami jadi mungkin saya pun tak faham."
"Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa tentang awak tetapi saya melihat awak sebagai seseorang yang kuat." Aina menahan kata-katanya.
Aina berhenti bercakap, Khai masih tidak berkata apa-apa dan seperti tidak mengendahkannya kerana lelaki itu langsung tidak mengendahkannya ketika bercakap.
"Mm, jangan lupa habiskan air. Saya pergi sekarang."
Khai masih tidak berkata apa-apa. Melihat dia, Aina tidak berlengah lagi untuk pergi tetapi apabila dia sampai di pintu, Aina tiba-tiba turun keluar dari balkoni dan memanggilnya.
"Aina."
"Ya." Aina pantas menoleh memandang lelaki itu.
"Kalau kau dah tahu tentang aku dan Damia, kau akan tahu macam mana perasaan aku terhadap dia.Aku sangat sayangkan dia sampai sekarang pun aku masih sayangkan dia dan mungkin pada akhirnya aku akan tetap sayangkan dia. Jadi aku akan jelaskan, aku mungkin tidak akan pernah memberikan apa yang kau mahukan dan perkahwinan kita tidak lebih sekadar perkahwinan di atas kertas. Adakah kau..."
"Inilah jalan yang saya ambil," Aina mencelah. "Sama ada saya akan menyesal atau tidak saya tidak tahu, tetapi saya masih mahu melaluinya."
Kerana mencintai seorang lelaki adalah seperti meletakkan undi di atas meja judi. Dia tidak akan tahu apa kesudahannya sehingga dia mencuba dan dia memilih untuk mengambil risiko itu kerana dia mempunyai kepercayaan di dalam hatinya.Lagipun, Damia sudah berkahwin.
Sudah tiba masanya untuk Khai melupakan masa lalunya.
Share this novel