Mereka mencuba pelbagai baju yang telah di tempah oleh ibu Khai.Semua baju itu berlainan tema kerana konsep nya adalah mewah dan anggun.Selesai melakukan fitting baju untuk majlis kenduri kahwin mereka.Khai ingin mereka mengisi perut terlebih dahulu.Khai berhenti di restoran yang agak terpencil kerana perjalan yang akan mereka lalui agak panjang.Kelihatan di sini tiada pengunjung kerana restoran ini sangat jauh dengan bandar.
Ketika makan telefon khai berdering.Aina melihat kearah suaminya.Dia membayar makanan terlebih dahulu.
"Tunggu di sini."Arah Khai.Dia meninggalkan Aina dan menjawap panggilan dari sahabatnya.
Aina menganggukkan kepala tanda mengiyakan.
"Assalamualaikum,bro."Sapa Syahrul.
"Waalaikumussalam,hm"jawap Khai pendek.Dia malas jika membahasakan tentang pekerjaan buat masa sekarang.
"Aku ada information tentang Damia.Dia..."Belum sempat Syahrul menghabiskan ayat Khai memotong percakapannya.
"Kau tunggu aku dekat rumah kau dalam sejam aku sampai."Khai bergegas meninggalkan restoran dan menuju ke rumah Syahrul.Segala perkara yang berkaitan dengan Damia menjadi keutamaan buat Khai.Selama ini semua anak buah Khai tidak mendapat informasi tentang Damia.Tanpa sedar dia meninggalkan isterinya.
Aina yang sudah selesai makan keluar mencari keberadaan Khai.Kereta Khai sudah tiada di tempat tadi.
"Dia tinggalkan aku?"bisik Aina.
Aina yang tidak biasa dengan tempat ini hanya setia menanti kehadiran Khai.Dia cuba menghubungi Khai namun tiada jawapan.Dia bercadang untuk naik grab sahaja tiba-tiba dia mengingati sesuatu.
"Beg aku tertinggal dalam kereta."Aina menepuk dahinya.Dia tidak menyangka kejadian seperti ini berlaku.Sudah sejam Aina menunggu kehadiran Khai.Bayang-bayang Khai lansung tidak kelihatan.Langit mula mendung menandakan sekejap lagi hujan.
Jalan yang semakin sunyi membuatkan Aina semakin gelisah.Keberadaannya yang jauh dari bandar menjadikan tiada kenderaan yang lalu lalang di sini.
Langit semakin gelap.Dia cuba menghubungi semua kenalannya namun tiada seorang memberi respon.Aina tidak berputus asa menghubungi Khai dan menghantar mesej tetapi satu pun tidak di baca.
Aina ingin meminta tolong tetapi tidak tahu kepada siapa.Dia tidak mengenali siapa -siapa di sini.Dia tidak pernah berada jauh dari kawasan apartmentnya atau rumah kedua orang tua.Dia tidak biasa dengan tempat ini sebagai perempuan dia perlu berhati-hati.Dia cuba menenangkan diri.
Tutt...
Fhone Aina kehabisan bateri.
Aina kehujanan buat kali kedua dia mencari tempat berteduh.
'SAKIT DI ABAIKAN '
Aina menundukkan kepalanya tanpa di sedari air mata turun membasahi pipi,bibir semakin pucat.Badan Aina mula menggigil kesejukan kerana tiupan angin malam.
"Ya Allah"
Aina mula memejamkan matanya.
Di sisi lain.
Khai yang tiba di rumah Syahrul bergegas masuk ke rumah milik sahabatnya itu.Dia tidak sabar mengetahui maklumat tentang Damia.Sudah lama dia tidak mengetahui keadaan perempuan yang dicintai itu.
"Sabar Khai,aku tahu kau betul-betul mahu tahu keadaan Damia tetapi maklumat yang aku dapat mungkin akan mengecewakankan kau."jelas Syahrul.
Khai hanya mengerutkan dahi.
"Apa maksud kau?"
"Damia dah berkahwin dan dia sedang mengandung.Dia kembali ke Malaysia setelah pekerja suaminya selesai di UK."
Khai terduduk lesu.Harapannya hancur semua penantian hanya sia-sia.
Syahrul merangkul bahu Khai."Kau juga dah beristeri jadi hargai dia"
Khai yang mendengar perkataan isteri terus dia sedar yang dia telah meninggalkan isterinya kerana terlampau teruja.Dia membuka telefonnya dia melihat banyak panggilan yang tidak di jawap.Mesej yang masuk begitu banyak.
"Awak dekat mana Khai."
"Saya takut cepat datang ambik saya."
"Khai dekat sini mungkin akan hujan ambik saya."
Itu adalah antara mesej yang Aina hantar kepadanya.
Khai segera berdiri ingin meninggalkan rumah Syahrul dalam keadaan panik.Dia risau akan keadaan isterinya.
Syahrul yang melihat Khai yang panik menjerit.
"Kau pergi mana?"
"Aku tinggal isteri aku dekat restoran tadi"Khai tidak kalah menjerit juga.
Syahrul mula memahami keadaan hanya mengangguk.
Khai memasuk kereta dan memecut laju.
"Harap tidak berlaku perkara yang buruk kepada Aina kalau tidak dia tidak akan memaafkan diri sendiri."bisik Khai.Perjalan yang sepatutnya mengambil masa sejam seketika 30 minit Khai sudah sampai di restoran tersebut.Dia mencari kelibat isterinya.
Dalam keadaan hujan Khai mencari keberadaan isteri.Mata Khai tertumpu kepada seorang perempuan yang sedang memeluk lututnya dan kebahasaan.Khai menghampiri Aina.
"Aina."panggil Khai dan memeluk isterinya yang kesejukan.
Aina yang mendengar ada suara memanggilnya cuba membuka mata namun penglihatan mula kabur dan dia pengsan.
Khai melihat isterinya terbaring segera mengangkat masuk ke dalam kereta.Dia mematikan aircon serta menyelimuti Aina menggunakan blazer miliknya.Khai membawa Aina ke hospital berdekatan supaya mendapat rawatan dengan segera.
***Kalau tertarik dengan novel nie boleh komen nanti saya semangat sikit nak buat...HAHAHHAHAHAH******
Share this novel